Kisahnya | Istanbul Backpackers Part 1

Tuesday, March 10, 2015

Kenapa nak kena tulis tajuk backpackers tu?

Harus tulis sebab bila kalian-kalian Google,Langsirhitamm akan muncul. Sebelum trip ni berjalan, macam-macam LH Google sebab nak dapatkan tips ke Istanbul solo tapi majorotinya by travel agent. Yang LH jumpa ada dua blog saja kalau tak salah yang buat trip solo ke Istanbul dan naikkan entri trip tu ke blog. Terima kasih pada Azaleania dan Shah_rule sebab blog korang sangat membantu LH dalam menjayakan trip ni.

Skema pulak ko ni LH!



Lepas berbagai insiden di malam hari atas flight tu, LH selamat sampai di Atatur Hawalani Airport. Komen tentang airport dia,besar. Airport dia sangat besar. Sistem yang diguna pada LH biasa saja sebab macam tak berapa teratur. Yang lain ok. Tapi sesiapa sahaja yang nak masuk airport dia, tak kira la penumpang atau ahli keluarga sahaja yang nak mengantor orang haruslah melalui scanner dan polis. Kiranya semua pintu masuk ke airport ada scanner macam imigresen tu.


poket wifi.

Sampai pagi tu LH terus melilau cari pintu keluar. Lepas ambil beg LH sempat cari free wifi tapi airport sebesar alam ni tak menyediakan free wifi. Dalam hati pikir macam tak nak ada poket wifi. Kira redah saja. Tapi lepas keluar dari balai ketibaan,belok kanan  jumpa satu booth ni ada buat sewa poket wifi. Tengok harga macam mampu milik jadi LH pun setuju untuk menyewa. Kedai dia warna biru Celcom nama IUGO. Harga ada yang daily dengan kadar 6,99 EURO sehari untuk 1G sehari untuk daily package dan 5,99 EURO sehari  untuk Unlimited access untuk 5-28 hari. LH memula nak ambil yang murah tu yang daily pakej,tapi ambil tiga hari,jadi LH tanya dekat orang jaga kedai tu kalau daily pakej,next day akan renew ke 1G tu atau 1G tu untuk 3 hari? Dia takleh jawab dan dia cuba hubungi bos dia tapi tak berjaya. Pastu dia suggest ambil yang pakej 5-28 hari tu tapi dia tak boleh caj 3 hari sebab minimum 5 hari. LH kan pergi 3 hari saja. Last terpaksa juga ambil pakej 5 hari dengan harga 30 EURO. Bayaran sama ada melalui EURO cash atau Credit Card sahaja. LH guna CC. Deposit 55Euro. Sain segala borang kontrak dan dapat lah poket wifi.


Setel semua LH terus lagi ke kanan dan turun eskalator untuk ke Metro, korang ikut saja sign yang tergantung dalam airport tu mesti jumpa arah tuju. Sebelum ni LH ada baca yang kalau ke Istanbul jimat kalau beli Istanbulkart makanya kat depan gate metro tu LH cuba mesin nak beli Istanbulkart tu. Mesin tu ada disediakan dalam bahasa Inggeris cumanya guide dia bagi tak bagitau mana satu pilihan untuk Istanbulkart. Ada dua kad disediakan. Kad yang pertama adalah kad yang tak boleh ditopup dengan harga belian 10 Lira. Boleh 3 kali guna sahaja. Kad kedua adalah Istanbulkart dengan harga 10Lira juga dan ada 4 Lira dalam tu untuk digunakan dan boleh ditopup. Disebabkan malu bertanya LH beli yang 10lira tanpa topup. Kurang bijak. Memula LH tak tau yang kad tu tak boleh topup,hari kedua baru tau. Sengalkan? Jadi kalau nak beli beli yang boleh topup.

 metro


Naik metro dari Airport terus ke Stesen Zetinburnu dan tukar naik Tram dari Zetinburnu ke Sultanahmet. Masa kat Zetinburnu stesen Tram dan Metro adalah bersebelahan makanya tak yah risau nak jalan jauh cuma pastikan kat stesen Tram tu berada di arah yang betul. Kalau dah pernah naik LRT kat Malaysia insyaAllah tak ada masalah.


Sampai di Sultanahmet LH keluar dari tram terus nampak Blue Mosque dan saat tu rasa indahnya Istanbul. Jujur cakap Istanbul memang cantik. Hari LH sampai tu tak ramai orang lagi sebab Jumaat,diorang belum cuti. LH menapak mencari hostel. LH dah book sesiap dah melalui booking.com di Big Apple Hostel and Hotel. Keluar dari tram terus sampai ke depan Masjid biru dan nampak banyak kerusi bersusun dan jalan terus lagi. Ahh korang guna saja Google map macam LH buat. Senang kerja. Google map kat fon tu kalau tak ada internet pun boleh guna asalkan korang simpan sesiap map mana korang nak pergi tu dari Malaysia lagi.

Hotel


Jumpa kedai dulu dan kemudian belok kanan



 Jumpa hostel check in. Masa ni LH pikir macam nak duduk single room jadi LH tanya kaunter tu boleh upgrade tak dan masa tu memang ada keksongan untuk single room. Harga semalam 50EURO. 2 malam 280Lira. LH tak ada Euro makanya pakai Lira. Masih mampu jadi setuju upgrade.

Siap semua,tinggal beg di hotel sebab belum boleh masuk bilik,LH teruskan perjalanan. Cewahh.Poyo. Pikir mana nak pergi. Masa ni dalam plan LH,hari pertama melawat masjid biru dan yang berada disekitar tu tapi pikir balik macam nak melawat yang jauh dulu. LH terus amik tram dan pergi stesen Eminonu. Jalan-jalan area situ dan cari tiket untuk Bhosphorus Cruise. Tips dia,keluar dari stesen Eminonu korang lintas jalan ke sebelah kawasan laut tu dan jalan ke kiri menghala ke jambatan. Jalan melintasi jambatan tu melalui terowong bawah tanah dan korang akan nampak kedai-kedai jual kebab ikan dan terus lagi akan nampak kedai pakej untuk Bhosporus Cruise, namanya TURYOL. Setiap 2 jam kalau tak salah. LH terus beli dengan harga 12 Lira untuk masa lawatan 1 jam 30 minit. Ada juga yang lama punya cruise dalam 6 jam tapi LH dah terlepas waktunya. Moh berlayar dan layan gambar.

jambatan  

 Asia


Bot


 Transit


 Dolmahbace Palace


 Asia


Eropah



Selesai naik bot ni LH balik hotel sebab nak rehat kejap dan nak keluar balik petang tu. Bilik pun dah ready.

Tengok bilik dia wow!









Orang-orang sini pun wow!!

Masuk bilik nampak katil terus landing. Main fon sebab bajet macam nak rehat saja. Sekali tertidur dan tersedar jam 11.59 PM. Hamik kau!! Rugi separuh hari. Ni lah akibat kalau flight malam dan tak boleh tidur. Menyesal tak sudah sebab dah buang masa kat situ. Tapi LH memang fresh lepas bangun tu. Perut lapar. Mandi bersiap terus capai jaket dan keluar balik. Masa ni dah sunyi sepi area Sultanahmet. Dalam hati was-was patut ke tak patut keluar ni. Kena culik naya ni. Tapi perut asyik berbunyi. Jalan jugalah menapak cari kedai makan. Malam tu masjid biru cantik sangat cuma tak mampu nak melepak depan masjid tu sebab sejuk. Semua kedai dah tutup.




Tetiba ada sorang ni datang mintak ambilkan gambar dia depan masjid biru. LH pun tolong. Pastu ajak bersembang pulak. LH layankan saja. Dia pernah ke sana ke sini. LH anggukkan saja. Sampailah berjalan depan McD LH cakap LH nak beli makanan sebab lapar. Dia terus tahan teksi nak ajak ke Taksim sebab sana banyak kedai makan masih buka. Ko gila! pukul 2 pagi nak bawak aku naik teksi. Dalam Malaysia pun aku takut ini negara orang. LH biar dia naik dulu teksi tu lepas tu LH cakap TQ very much kat dia,tutupkan pintu dan cakap dekat driver teksi tu Taksim. Teksi jalan,LH patah baik ke McD.


 Sekian untuk cerita hari pertama. Patah balik jumpa satu kedai 24 jam jual nasi dan lain-lain sebelah kanan Masjid Biru. LH makan kat situ. Owner dia pun baik. Sembang dan layanan baik. Nasihat LH, banyak sangat orang Syria kat Turkey,lebihkan hati-hati dan kurangkan kasihan.

Esok LH sambung part 2.


p/s: Gambar-gambar ni campur ada yang pakai Gopro 3+ dan ada yang pakai Note 2. Kalau buruk tu Note 2.


You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images