Kisahnya | Trip ke Koh Lipe (SOLO)

Sunday, May 04, 2014

UPDATE: 16/2/2015@ DAMMAM , KSA

Hah malasnya nak sambung cerita pasal Yoyakarta... Sebab trip dah lama. hehehe

Di kerajinan LH ni Lh nak cerita pasal Koh Lipe sebab trip ni xbasi lagi. Pantai yang memutih dan laut yang jernih masih jelas dalam kepala otak.

Ini trip pertama LH pergi solo. SOLO ok. Sesorang meredah Thailand dengan berbekalkan sedikit ilmu sajo. Walaupun cuak gementar segalnya lah tapi mengenangkan laut Koh Lipe yang Ohsem tu hilang semua perasaan tu.

Trip ni LH pergi masa 27hb April 2014 dan perancangannya balik 29hb April tapi tergendala. Itu nanti LH cerita kemudian.

Banyak cara sebenarnya nak ke Koh Lipe ni. Antara jalan yang ada dan LH tau:-

Langkawi

Orang Malaysia boleh ikut Langkawi kalau nak ke Koh Lipe direct dari Malaysia. Langkawi ada menyediakan perkhidmatan bot laju berharga RM240 pergi balik. Tiket ni korang boleh book online dari laman web telaga harbour. Telaga Harbour ni jeti untuk ke Koh Lipe. Bukan jeti Kuah yer.Tiket pastikan korang beli awal sebab sangat laris di pasaran. Sangat-sangat laris. Masa LH pergi tu tiket pergi habis dan LH cari alternatif lain iaitu melalui Satul. Pada yang duduk KL atau memana area lain di Malaysia boleh naik flight ke airport Langkawi dan ambil teksi ke Jeti Pearl Harbour. Harga teksi lebih kurang RM30. Jeti ni juga dikenali Awana Portal Malai,Pantai Kok. Tiket ada 2 waktu pagi dan petang. Pagi pukul 9.30 am dan petang pukul 2.00pm.

Satul/Satun
Ini jalan yang LH amik untuk ke sana. Disebabkan kehabisan tiket dari Langkawi terus ke Koh Lipe terpaksalah LH berhempas pulas melalui jalan Satun. Memandangkan LH da beli tiket flight ke Langkawi jadi LH amik bot ke Satun dari Langkawi berharga RM30 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kalau yang drive kereta boleh ambil bot ke Satun juga dari Jeti Kuala Perlis tapi LH tak pasti harganya. Kalau tak salah RM100.

Sampai di Satun(Jeti Tammalang) kena ambil teksi pulak ke Jeti Pak Barra iaitu jeti yang menghubungkan Koh Lipe. Teksi ke Jeti PakBarra mengambil masa 1jam dengan harga RM80. Kalau pergi reramai kira boleh jimatlah sebab boleh kongsi. Sampai Jeti Pak Barra jangan lupa bayar 20baht untuk masuk jeti yer dan sampai jeti Koh Lipe juga kena bayar 70baht. Duit sajo diorang ni.

LANGKAWI-->SATUN (JETI TAMMALANG <jalan darat naik teksi>JETI PAKBARRA)

PAK BARRA --> KOH LIPE

Selain laluan ni LH ada juga terbaca yang ada laluan ke Koh Lipe ni melalui Penang,Krabi dan Koh Lanta. Cuma harga dan tempoh perjalanan LH tak pasti.

Jeti Tammalang

Meh LH story mory kat semua susah payah LH nak ke Koh Lipe. Lepas turun di airport Langkawi LH amik teksi ke Jeti Kuah. Tujuan ke Jeti Kuah ni sebab nak sewa motor nak ke rumah saudara di Langkawi sementara menunggu bot jalan. Sampai langkawi 8.30 pagi dan bot ke Satun pukul 1. Jadi Lh sewa motor dulu dan lepak rumah saudara. Pada yang tak ada apa nak di buat boleh sewa motor dan jejalan sekitar Langkawi sementara menunggu bot boarding. #makcik kaunter pesan "boarding pukul 12.30 yer dik"

Siap jejalan LH pon beredar semula ke Jeti Kuah, dan fefeeling nak check in. Sekali gate tak buka pon lagi. Untuk panduan masuk saja dalam jeti kuah tu korang boleh tengok sign board nak naik bot ke Satun. Korang jalan saja ikut arah yang sign tu tunjuk. Kemudian tunggu lah situ sampai cik kastam buka gate. 

Bila cik kastam buka saja gate urusan macam biasa tunjuk passport kemudian masuk bot. Takpayah nak scan2 beg bagai.

Alkisahnya LH ni baru habis keje malam masa hari pertama tu. Makanya tak tidur lah malam tu. Bila sampai Langkawi pun tak lelap pun. Naik bot ke Satun pun lelap kejap-kejap saja. Sampai Satun LH da pening lalat. Hah gelabah kejap. Konfius kejap. Betul ke Jeti ni. Turun dari bot saja di Jeti Tammalang tu LH macam menggagau jap kat mana ni. Pastu LH tunjuk tiket bot ke Koh Lipe dan orang kat jeti tu cakap kena naik teksi ke Jeti Pak Barra. LH diam menyepi. Berfikir sejenak. Ok betul memang itu yang LH baca. Lepas cek passport di imegresen Satun LH di tawarkan teksi dengan harga 800baht lebih kurang RM80. Disebabkan ada sejam saja lagi sebelum bot di Jeti Pak Barra berlepas LH dengan selamba terus setuju.
Maka naiklah LH dengan teksi yang ditawarkan.

Korang tau apa jadi?

Teksi dia kalah kereta uzur. Cuak kejap. Bleh ke sampai?

Yang bestnya lagi,ada beberapa sketsa menarik di tengah jalan. 3 kali teksi tu mati!!!

MINYAK HABIS!!!

Mulut LH tak berenti baca ayat seribu dinar moga-moga sempat sampai di PakBarra sebelum bot jalan. Selepas pakcik driver bertungkus lumus masukkan minyak dan alhamdulillah LH sempat sampai di Jeti Pak Barra 2 minit sebelum pukul 3 petang waktu Thailand. Bila sampai tunjuk ticket yang korang print pada agensi yang berkenaan. Macam LH di bawah syarikat Bhundaya maka carilah kedai nama syarikat tersebut. Terus lah catwalk ke jeti dan bayar 20baht kat kaunter jeti untuk masuk ke jeti. Jom layan Gambar sekitar Jeti Pak Barra.






LH tak sempat nak ambil gambar depan Jeti PakBarra sebab kejar bot. Bila masuk dalam botnya lambat lagi tapi tak berani nak keluar balik ambik gambar sebab jauh ke depan. Kang terlepas bot. Kuikuikui...

Sampai kat jeti korang tanya saja sesapa yang pakai nametag bot korang mana satu nanti dia akan explaine. Beg nanti akan dikumpul satu tempat untuk di uruskan untuk naik atas bot. Korang boleh melenggang.

Sepanjang perjalanan LH tetap tak boleh tidur. Bot laju yang amat dan ombak yang amat tinggi walhal belum monsun lagi tapi mungkin dah petang. Jadi sapa yang tak tahan pukulan ombak tu lebih baik ambil tiket pagi.

Sampai di Koh Lipe selepas 2 Jam perjalanan dan di Koh Lipe airnya tenang. Bot laju tak boleh masuk sampai ke pantai dan LONGTAIL BOAT akan jemput korang. Tapi...

Dekat jeti Koh Lipe ni ada kaunter untuk korang bayar pengeras. Pengeras ni lebih kurang macam cas untuk masuk kawasan terjaga la. Lebih kurang 70baht. Kemudian Naiklah longtail bot ke pantai. Biasanya bot akan mendarat di Sunrise Beach. Koh Lipe ni ada tiga pantai iaitu Pattaya Beach,Sunrise Beach dan Sunset Beach. Pattaya Beach paling meriah. Jom layan gambar.









Ok cantikkan? Gila ohsem pulau dia. Alhamdulillah LH selamat sampai kat sana secara solo. Nanti bila dah siap edit gambar dan video LH akan buat satu lagi entri pasal KOH LIPE.


p/s: LOW SEASON bermula MAY sampai OKTOBER. Harus diingat tiket bot juga berkurang masa ni.

FACEBOOK LH: LANGSIR HITAM 

You Might Also Like

7 comments

  1. hi, nak tanya psl koh lipe ni.. i akan ke koh lipe 22 ogos ni dr pak bara.. sampai langkawi 21 ogos kul 9pm.. esoknya bru ke satun.. i x paham yg part sampai kat satun tu.. u ckp dr satun ambik teksi ke pak bara rm63.. pastu dr jeti tammalang ambik teksi ke jeti pak bara lg rm100.. 2x ambik teksi ke? and boleh mintak tak link nak beli tiket teksi on9 tu? pastu tiket ke koh lipe u beli under bundhaya tour kan.. tu beli kat sana ke beli on9 jgk? byk plak sy tanya.. hehe.. tq in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sory LH lambat reply. Kemurungan nak buka Blog. Jeti Tammalang adalah di SATUN. Maaf akan kekeliruan tu. Tempat yang sama yer. Teksi awak boleh sewa masa sampai jeti tammalang. Deal bebaik jangan sampai tetipu. Timing sampai tammalang dengan bot di pak bara jaga elok-elok takut terlepas bot di pak bara. Jeti Tammalang ke Pak bara sejam perjalanan. Maaf bukan rm63 tp 80. Yang seratus tu kalau amik bot dari kuala perlis ke satun berharga 100.

      Tiket ke koh lipe dari pakbara LH beli on9 tapi tak ingat under bundhaya atau tak. tapi botnya nama tiger bot. Bot laju. Tiket beli on9 sesiap or else you boleh tengok saja orang lain melambai dekat you dari dalam bot. Kekeke..
      Harap membantu

      Delete
  2. hi! last ferry dr pak bara ke lipe pukul berapa? dr satun ke pak bara berapa lama?
    thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nurnabila, last ferry kalau xsalah pkul 5 but u kena beli online tiket dia sebab selalu sold out. Satun ke pak bara sejam perjalanan by van or teksi. Happy travel😀

      Delete
  3. Salam LH, nak tanya kalau org perempuan selamat tak sorang2 pergi bercuti di Koh Lipe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wasalam tinnie. InsyaAllah selamat. Yang perlu dirisaukan cara ke sana saja. Selamat bercuti

      Delete
  4. dari jeti kuah /harbour bkn ke blh amek ferry tru ke lipe ?

    ReplyDelete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images