Kisahnya | Trip ke Koh Lipe (SOLO)
Sunday, May 04, 2014UPDATE: 16/2/2015@ DAMMAM , KSA
Hah malasnya nak sambung cerita pasal Yoyakarta... Sebab trip dah lama. hehehe
Di kerajinan LH ni Lh nak cerita pasal Koh Lipe sebab trip ni xbasi lagi. Pantai yang memutih dan laut yang jernih masih jelas dalam kepala otak.
Ini trip pertama LH pergi solo. SOLO ok. Sesorang meredah Thailand dengan berbekalkan sedikit ilmu sajo. Walaupun cuak gementar segalnya lah tapi mengenangkan laut Koh Lipe yang Ohsem tu hilang semua perasaan tu.
Trip ni LH pergi masa 27hb April 2014 dan perancangannya balik 29hb April tapi tergendala. Itu nanti LH cerita kemudian.
Banyak cara sebenarnya nak ke Koh Lipe ni. Antara jalan yang ada dan LH tau:-
Langkawi
Orang Malaysia boleh ikut Langkawi kalau nak ke Koh Lipe direct dari Malaysia. Langkawi ada menyediakan perkhidmatan bot laju berharga RM240 pergi balik. Tiket ni korang boleh book online dari laman web telaga harbour. Telaga Harbour ni jeti untuk ke Koh Lipe. Bukan jeti Kuah yer.Tiket pastikan korang beli awal sebab sangat laris di pasaran. Sangat-sangat laris. Masa LH pergi tu tiket pergi habis dan LH cari alternatif lain iaitu melalui Satul. Pada yang duduk KL atau memana area lain di Malaysia boleh naik flight ke airport Langkawi dan ambil teksi ke Jeti Pearl Harbour. Harga teksi lebih kurang RM30. Jeti ni juga dikenali Awana Portal Malai,Pantai Kok. Tiket ada 2 waktu pagi dan petang. Pagi pukul 9.30 am dan petang pukul 2.00pm.
Satul/Satun
Ini jalan yang LH amik untuk ke sana. Disebabkan kehabisan tiket dari Langkawi terus ke Koh Lipe terpaksalah LH berhempas pulas melalui jalan Satun. Memandangkan LH da beli tiket flight ke Langkawi jadi LH amik bot ke Satun dari Langkawi berharga RM30 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kalau yang drive kereta boleh ambil bot ke Satun juga dari Jeti Kuala Perlis tapi LH tak pasti harganya. Kalau tak salah RM100.
Sampai di Satun(Jeti Tammalang) kena ambil teksi pulak ke Jeti Pak Barra iaitu jeti yang menghubungkan Koh Lipe. Teksi ke Jeti PakBarra mengambil masa 1jam dengan harga RM80. Kalau pergi reramai kira boleh jimatlah sebab boleh kongsi. Sampai Jeti Pak Barra jangan lupa bayar 20baht untuk masuk jeti yer dan sampai jeti Koh Lipe juga kena bayar 70baht. Duit sajo diorang ni.
LANGKAWI-->SATUN (JETI TAMMALANG <jalan darat naik teksi>JETI PAKBARRA)
PAK BARRA --> KOH LIPE
Selain laluan ni LH ada juga terbaca yang ada laluan ke Koh Lipe ni melalui Penang,Krabi dan Koh Lanta. Cuma harga dan tempoh perjalanan LH tak pasti.
Ok cantikkan? Gila ohsem pulau dia. Alhamdulillah LH selamat sampai kat sana secara solo. Nanti bila dah siap edit gambar dan video LH akan buat satu lagi entri pasal KOH LIPE.
p/s: LOW SEASON bermula MAY sampai OKTOBER. Harus diingat tiket bot juga berkurang masa ni.
FACEBOOK LH: LANGSIR HITAM
7 comments
hi, nak tanya psl koh lipe ni.. i akan ke koh lipe 22 ogos ni dr pak bara.. sampai langkawi 21 ogos kul 9pm.. esoknya bru ke satun.. i x paham yg part sampai kat satun tu.. u ckp dr satun ambik teksi ke pak bara rm63.. pastu dr jeti tammalang ambik teksi ke jeti pak bara lg rm100.. 2x ambik teksi ke? and boleh mintak tak link nak beli tiket teksi on9 tu? pastu tiket ke koh lipe u beli under bundhaya tour kan.. tu beli kat sana ke beli on9 jgk? byk plak sy tanya.. hehe.. tq in advance..
ReplyDeleteSory LH lambat reply. Kemurungan nak buka Blog. Jeti Tammalang adalah di SATUN. Maaf akan kekeliruan tu. Tempat yang sama yer. Teksi awak boleh sewa masa sampai jeti tammalang. Deal bebaik jangan sampai tetipu. Timing sampai tammalang dengan bot di pak bara jaga elok-elok takut terlepas bot di pak bara. Jeti Tammalang ke Pak bara sejam perjalanan. Maaf bukan rm63 tp 80. Yang seratus tu kalau amik bot dari kuala perlis ke satun berharga 100.
DeleteTiket ke koh lipe dari pakbara LH beli on9 tapi tak ingat under bundhaya atau tak. tapi botnya nama tiger bot. Bot laju. Tiket beli on9 sesiap or else you boleh tengok saja orang lain melambai dekat you dari dalam bot. Kekeke..
Harap membantu
hi! last ferry dr pak bara ke lipe pukul berapa? dr satun ke pak bara berapa lama?
ReplyDeletethank you.
Hi nurnabila, last ferry kalau xsalah pkul 5 but u kena beli online tiket dia sebab selalu sold out. Satun ke pak bara sejam perjalanan by van or teksi. Happy travel😀
DeleteSalam LH, nak tanya kalau org perempuan selamat tak sorang2 pergi bercuti di Koh Lipe?
ReplyDeletewasalam tinnie. InsyaAllah selamat. Yang perlu dirisaukan cara ke sana saja. Selamat bercuti
Deletedari jeti kuah /harbour bkn ke blh amek ferry tru ke lipe ?
ReplyDelete