Dapur Teruna | Nasi Rendang versi Teruna

Assalamualaikum semua.

Nasi Rendang

Selamat malam.. Hari ni LH agak sibuk menguruskan kereta ayah. Aircond dia ada masalah. Besok dah la nak jalan jauh. Kereta LH pulak secomel LH saja jadi tak muat reramai. Hahaha..

Hari ni LH nak kongsikan satu menu yang dah lama ada dalam draft LH ni dan resipi ni sangatlah mudah. Serius kalau korang tak pandai masak tahap buta masak pon boleh buat. Caya sajalah. Nama memang gempakkan. Nasi Rendang. Kelas kau jah!.. kuikuikui... Sebenarnya sangat simple mimple tahap bujang trang tang tang. Haaaa gituh... *Over pulak.

Nasi Rendang ni mak LH selalu sediakan dekat LH masa zaman sekolah rendah. Masa tu mak kerjakilang jadi masa agak terbatas nak sediakan sarapan. Lagipun LH bukan dari golongan berada. Makan saja apa termampu.

Menu sarapan

Ok jom kita tengok sikit apa yang senangnya.

Bahan-bahan

1. Nasi putih yang dah sejuk. (Lebihan nasi)
2. Bawang putih (dihiris nipis)
3. Bawang merah (dihiris nipis)
4. Minyak 2 SDB
5. Garam secukup rasa

Caranya

1. Gaulkan garam dengan nasisebelum mul menggoreng.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga keperangan.
3. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi tidak lagi melekit antara satu sama lain.



Kuah banjir lagi best..

Senng tak? haaaa senang cerita, Nasi Rendang ni ialah nasi goreng biasa sahaja tetapi LH tak pasti kenapa keluarga LH panggil nasi ni NASI RENDANG. Nasi ni LH suka makan dengan sardin yang masin sikit. Sebab nasi ni dia macam kosong. Mak LH masa dulu dia suka makan dengan minyak goreng lauk tu. Lemak-lemak rasanya. *Sangat tak bagus untuk kesihatan.Tapi sekarang dia tak amalkan dah sebab tak tahan dengar bebelan LH.hahahahaha..

Selamat mencuba..

Kisahnya.. | Genting Bersama yang Disayangi

Assalamualaikum..

Lamanya LH tak bersiaran dan hari ini LH bersiaran dari kampung. Hari-hari LH makin sibuk dengan aktiviti harian. Baru-baru ni LH bawa 3 adik LH ke Taman Tema Genting. LH dah kali ke empat dah. Yang bertiga lagi tu kali pertamalah. LH pergi hari Sabtu yang lepas. Rancangan awal nak pergi hari Isnin masa Thaipusam tapi memandangkan LH nak jimatkan cuti LH sebab nak balik kampung awal sikit jadi LH ubah rancangan pergi hari Sabtu.

LH tak pergi dengan kereta sebab bukan nak bermalam pun. Lagipun pergi dengan bas lebih menjimatkan. Sangat menjimatkan untuk yang bujang. Kalau family yang besar mungkin pergi dengan MPV masing-masing lebih menjimatkan rasanya.

LH beli tiket awal 2 hari sebab risau tiket habis. Rancangnya pergi bas yang pertama dan alhamdulillah masih ada kosong untuk tiket tu. Naik di Pudu Sentral. Tempat bertolak ni sebenarnya ada banyak pilihan. Korang boleh pilih sama ada nak naik di Pudu,KL Sentral,One Utama,Kajang dan Stesen Lrt Gombak. Tetapi masa perjalanan adalah berbeza. Tiket tidak boleh dibeli on9 atau tempah melalui telefon dan hanya boleh dibeli melalui kaunternya sahaja. LH amik yang pakej punya sebab menjimatkan. Bukan kedekut ya! Tetapi lebih menjimatkan. Pakej ni menawarkan perjalanan bas pergi dan balik,tiket kereta kabel pergi dan balik dan tiket masuk ke outdoor theme park. kalau nak masuk indoor korang boleh beli di sana dengan harga RM 32 sahaja. Jadi harga untuk pakej ni ialah RM 58sahaja. Murahkan. Cuma masa beli tu akak jaga kaunter tu cakap bulan ni mungkin bulan terakhir pakej ini ditawarkan. Dulu ada sekali LH pergi dengan pakej ni juga, termasuk indoor theme park hanya dengan harga RM 47 sahaja. Tapi nasihat LH rancanglah perjalanan andan dengan baik. Sebab kalau pergi hari cuti memang sangatlah ramai. Tapi alhamdulillah LH ambil tiket paling awal dan bila sampai mainan baru tengah buka,dan LH dan adik2 dapat main dengan aman tanpa perlu beratur panjang. Serius panjang wei kalau dah ramai. Tepat jam 2 petang LH dan adik2 dah balik sebab dah selesai mencuba semua permainan indoor dan outdoor. Melampau tak? Dan yang paling best LH dah berjaya naik Space Shoot untuk kali pertama. Hahahaha.. ok.. Jom kita tengok Gambar.









...perjalanan pulang yang agak menyeramkan...

Dah selesai... Jom balik...Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat..

Terima Kasih pada adik-adik yang disayangi...

!. Mohamaad Fikri Tugiman
2. Nur Atiqah Alias
3. Nur Aqilah Alias

p/s: Siapa penah makan 'NASI RENDANG'?

Kisahnya.. | Status : Tak Sempat

Selamat Pagi dan berhari minggu semua.

Kelakar saja bila nak buat entri ni. Semalam LH ada cek LH punya barang order tu kenapa tak sampai-sampai sebab dalam track sistem diorang cakap dahkeluar untuk di edarkan. Sampai petang LH tunggu tak jugak sampai. Jadi malam tu LH pun ceklah kat mana barang tu. Sekali tahu apa yang keluar?



Bahagian yang hujung tu yang buat LH kelakar. TAK SEMPAT. Adoi.. Letakla yang best sikit. worldwide punya serviskan.Kalau orang 'obesea' yang cek camna?Diorang faham ke 'TAK SEMPAT'?...hehehehe... 

Mungkin dia kelam kabut nak balik kot. Semalam kan hari last kerja. Harini cuti. LH tak kisah pun. Cuma kelakar tengok status dia. Harap2 barang sampai Isnin ni.


p/s: Swis Roll Polkadot saya dah jadi!

Dapur Teruna | Kuey Teow Sup Thai(Siam)

Assalamualaikum,selamat petang semua... Sihat?Moga sihat hendaknya. Cewah.. Macam nak mengacara pulak. kuikuikui..


Hari dah 10 Januari 2013. Cepat masa berlalukan. Baru 10 hari dalam tahun baru rasa dah macam-macam yang berlaku. Banyak pulak aktiviti aku bulan Januari ni. Tadi pagi aku bangun saja terus jalan-jalan seorang diri. Korang tahu ke mana? aku 'blogwalking' lah. Saja mengintai tengok apa yang menarik di sana.Maklumlah blog ni kan blog baru,jadi mana na ada followers lagi. Sebelum nak ada followers biar aku follow diorang. Tengah jalan-jalan tadi baru aku tersedar akan inti pati blog aku ni. Tajuk blog Bachelor's Diary,tapi penuh dengan resipi saja kan? hehehe... Ok,lepas ni aku campur adukkan segala aktiviti ok.



Tadi pagi kawan dari Kedah telefon ajak keluar. Walaupun malam ni kena kerja,keluar jugaklah dah kawan datang dari jauh. Tak elok pulakkan.Aku pun mengemaslah apa yang patut sebelum keluar. Takkan nak tinggalkan bilik bersepah pulakkan? Betul tak?



Mengemas punya mengemas sampai ke dapur aku mengemas dan sekali aku teringat sesuatu. Ada menu menarik dari utara yang aku nak kongsikan. Menu ni semua gara-gara kawan sekerja akulahyang asal dari utara bawak masa kerja. Kuey Teow Sup Thai atau Kuey teow Sup Siam. Kalau balik kampung aku mesti pergi beli dekat 'nat' (pasar tani pagi) hari Sabtu di Balai Baru. Siapa orang Perlis mesti tahu. Kat sana ada satu kedai yang best jual ini makanan. Siapa yang nak cuba jom kita tengok resipi.

Bahan-bahannya.

Kuey teow satu bungkus
Kangkung 1 ikat (Dipotng dan dicelur)
Serbuk Paprika
Serbuk Lada hitam
Kacang tanah (dikisar halus)


Sup Ayam

Isi ayam
Bawang Besar1 biji (dibelah 4)
Bawang Putih 3 biji dihiris halu
Halia satu inci
Lada sulah 1/2 sdb

Cara-caranya

Rebus ayam tanpa air dengan halia dan bawang sampai ayam separuh masak. Ini petua mak aku sebab nak elakkan bau ayamyang kuat sangat. 

Masukkan 3 cawan air dan serbuk lada sulah. Biarkan mendidih dan ayam empuk. Serbuk perasa dan garam jangan lupa yer. Ini sendiri punya rasa. Toskan Isi ayam tadi dan carik carikkan dan asingkan daripada sup.

Bila sup dah siap ketepikan. Bersihkan kangkung dan celurkan.Jangan terlampau lama nanti dia hilang rangupnya. Ketepikan.

Goreng bawang putih yang dah dihiris sampai garing dan keperangan.Isi dalam bekas termasuk minyak menggoreng sekali. Ketepikan.

Bila semua bahan dah siap. Bolehlah isikan Kuey Teow tu dalam mangkuk dan isikan semua bahan-bahan yang dah disediakan tadi. rahsia kesedapan makanan ni pada aku sebenarnya terletak pada serbuk paprika tu. Kalau pakai yang halus sangat dia kurang umph. Kalau dapat beli yang sederhana kasar memang sedap.

Pada yang kurang gemar rasa bawang putih,taknak taruk pun tak apa.

Selamat mencuba. Nak bersiap nak ke Ikea cari pinggan baru. Gigih tak aku platting?




p/s: Nanti saya bahasakan diri cik itam lah. Xsenonoh pulak bahasakan aku. Macam kasar kan?





Dapur Teruna | Profiteroles Si Bujang

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Sihat?
Aku sihat saja.

Kisahnya semalam teringin nak makan profiteroles(jenuh belajar menyebut dengan hsmate). Ni semua gara-gara tertonton Anna Olson punya rancanganlah ni. Korang ada tengok tak channel AFC tu. Huish dia punya eclair dengan profiteroles mantap sangat. Rasa mennilat jari sangat. Kena pulak masa aku balik kerja semalam hsmate aku da prepare nak buat Red Velvet katanya. Lagi lah membuak semangat aku nak menyibuk. Hahahahaha... Jadi aku pun mengigihkan diri walaupun tekak rasa perit sebab sakit tekak dan badan seram sejuk nak demam. Yang bestnya buat benda alah ni ialah bila filling tu. Haishh.. Aku suka sangat part tu. Satu filling satu masuk mulut. Hehehe... So korang nak tau resepinya? Resepi ni aku tengok dari blog kegemaran blog Masam Manis dengan blog Citarasawan. Aku tengok resipi diorang dan aku gubah cara aku sendiri. Aku kan amatur. Hehehe.. Jom kita tengok macam mana nak buat benda alah bernama profiteroles nih.

Bahan.

1. Air 120ml
2. Susu segar 50ml
3. Mentega 80g
4. Tepung gandum/tepung kek 100g
5. Esen vanila 1/2 tsp
6. Telur saiz A tiga biji


Caranya-

Mentega tu korang cairkan dengan susu dan air tu dengan api yang slow. Slow jer. Bila dah cair korang kacau.

Tutup api dan masukkan tepung yang dah di ayak tadi ke dalam mentega yang dicairkan dengan susu dan air tadi. Aku ikut petua kak Ita,masuk jer tepung terus kacau sampai tak melekat dekat periuk.

Bila dah sebati buka api sekejap,dan kacau sampai ada warna putih lekat dekat dinding periuk.

Pastu angkat dan swjukkan. ( boleh lah g ngemas dapur korang tu sementara menunggu benda ni sejukkan)

Bila dah sejuk korang masukkan sebiji telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan telur yang selebihnya satu satu sampai adunan boleh dipipe. Adunan dia lembut tapi macam liat liat sikit.

Kemudia bolehlah dipipekan atas loyang. Jangan lupa panas kan ketuhar korang sebelum membakar yer. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Kemudian bila membakar turunkan suhu ke 190c dengan api atas bawah selama 25 minit.

Owh lupa,sebelum masukkan loyang korang dalam ketuhar,aku basahkan jari aku dengan susu dan tekan muncung tajam adunan tu supaya bila masak dia bulat elok saja atas dia. Basahkan guna air biasa pon bolehhhh...

Thaz to dua blog yang menyediakan resipi menarik ini.  filling dia aku tak sediakan resipi sebab aku beli yang dah siap dekat kedai. Aku guna strawberry filling. Sedap dan kena.

 
Ni rezeki kawan2 kerja hari ni. Selamat mencuba semua.


Dapur Teruna | Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum..


Asal cuti saja nak bakar cupcake kan. Dah muak housemate aku nih. Jadi masa hujung minggu yang bila tah,aku merajinkan diri bangun pagi dan pergi ke pasar mencari udang.



Nak buat sambal Tumis Udang katanya. Siapa suka makan sambal? Aku biasa-biasa saja. Tapi kalau bulan puasa masa sahur ada SAmbal memang lajulah aku bersahur. Aduh..rindunya dekat mak. Dah masuk 5 bulan tak balik. Hujung bulan kalau cuti lulu saya balik yer mak. Malas nak melalut pepanjang. Jom kita cuba buat...

Bahan-Bahan

Udang - 8 ekor saiz sederhana
Bawang besar - dimayang
Minyak masak
Asam Jawa - 3sdb airnya

Bahan untuk buat sambal

Cili kering - 6 batang
Bawang besar - 2 ulas
Bawang putih - 1 ulas
Buah keras - 2 biji
Garam halus - 1/2 sdt


Caranya

Cili kering dipotong(digunting pon boleh) menyerong dan direbus sampai mendidih. Kemudian toskan dan basuh bagi mengeluarkan bijinya.

Kisarkan cilikering yang dah direbus tadi dengan semua bahan untuk buat sambal.

Tumiskan minyak masak. Kuantiti minyak masak ni iala 1/3 daripada kuantiti sambal yang dikisar tadi.

Tumis sehingga naik minyak. Dalam proses ni kuantiti minyak tu penting sebab kalau terlalu banyak minyak sambal korang nanti rasa minyaksajaj,tapi kalau sikit sangat pula,sambal korang tak naik minyak.

Bila sambal dah agak masak dan naik minyak,masukkan udang korang(pastikan basuh yer). Masak dalam sambal sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar yang dah dimayang tadi.

Kemudian Masukkan air asam jawa.

Akhir sekali,sebelum menambah serbuk perasa korang rasa dulu sambal korang tu sebab tadi korang dah masukkan garam masa mengisar. Cara aku,aku tak masukkan Ajinomoto tapi aku gantikan dengan gula. Terserah pada selera masing-masing. Bila udang dah masak,dah boleh dihidangkan.

Petua- Kalau nak warna sambal kekal merah MakNgah pastikan gula tak dimasukkan awal. Masukkan last sekali. Sekali lagi paling last yer.

Selamat mencuba...

Dapur Teruna | Hokkaido Cupcake @ Hokkaido Chiffon Cupcake

Aiseh panjang pulak tajuknya..

Assalamualaikum semua..

Seronoknya bangun lambat..(hehehe tak senonoh..)
Isnin kalau bangun lambat seronok sebenarnya. Lepas Subuh sambung tidur. Pergh..hahaha..(Sapa baca entri ni kat pejabat mesti makan hati)

Ok,hari ni sebenarnya nak cerita pasal cupcake ketiga yang berjaya aku buat. Semuanya disebabkan gambar-gambar blog korang yang hebat itu. Gambar-gambar tulah membuatkan aku nak buat cupcake ini. Sesi mencari dan menjelajah segala blog yang ada pon dijalankan.Dan seperti biasa,tangan ni tetap klik padan Masam Manis punya blog. Kekekeke... Gambar2 kat situ,haish... Cantik sungguh. Terliur aku tengoknya.. Rasa nak buat saja semua jenis resipi yang ada kat situ.

Eh panjang pulak membebel. Resipi ni memang aku ambil dan ikut sebiji dengan apa yang di tulis oleh Kak Ita. Cuma ada sikit aku derhaka iaitu aku tak taruk 80% adunan dalam cup. Dan hasilnya?



Hah jangan nak fikir kek ni bantat yer.. Ni lah kesannya kalau menderhaka. hahahaha... Aku sebenarnya dah test dengan satu cup ni. Aku taruk 80% adunan dalam cup tu. Masa masak tu,terkezut sebab dia kembang walaweh.. Disebabkan terkejut dengan kejadian tu,aku pun masukkanlah 1/2 adunan saja setiap cup. Sekali bila sejuk,kek tu mengempis rupanya,tapi tekstur dia masih sama. Haish.. Takpelah nanti aku buat lagi sebab cream custard ada lagi. Jom kita intai resipinya...



HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

(Resepi asal blog Masam Manis)


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.







p/s: Kak Ita mohon copy yer..

Selamat Malam | Tahniah Yuna dan Aizat

 Mana satu gaya korang?

OK dah cuci kaki? Dah baca doa? Jom kita tidur. ..

Sebelum terlelap, 
Tahniah buat Yuna anda sememangnya layak untuk anugerah itu, dan untuk Aizat juga tahniah di ucapkan,mungkin suara lelaki membawa tuah untuk lagu itu. Congrates both of you!!

Selamat Malam semua.

Kisahnya.. | Kedai Peralatan Kek

Kenapa Berubah?

Apa yang berubah?

Sebelum tu Assalamualaikum semua..

Sebenarnya macam ni..Korang perasan tak gambar2 sebelum ni ada watermark wordpress kat gambar tu... ok? Sebenarnya aku bukan curik gambar sesapa,gambar tu gambar aku jugak,cuma aku tukar host dia. host sebelum ni ada masalah. Baru nak bertapak dah buat hal,haish..

Sebab tulah segala entri aku sebelum ini pada tarikh yang sama.. Penjelasan telah diberi jadi jangan nak isukan pasal gambar tu eh? Hehehehe..

Hari cuti ni,bangun pagi saja terus aku bersiap mencari kedai 'bakery' katanya. Hah.. Gigih nak buat kek lagi katanya. Ketagih kot.. menggigih lah aku di pagi hari sengsorang mendrivekan diri ke Shah Alam. Masa kat rumah tu,aku dah Google lah carik sume maklumat tentang kedai yang ada dan aku tertarik dengan sebiji kedai ni,nama dia Bake The Yen kalau tak salah aku. Sampai sana kedai ni tutup pulak. Haish nak cari kedai apa pulak ni sebab tak ada pelan B. Terus Google dan Bagus yang keluar. Nama syarikatnya Bagus. Bukan nak promote cuma sekadar info pada yang mencari kedai peralatan bakery.

sumber: Google

Masuk kedai saja,terus terbelalak mata ni. Rasa semua nak beli. Pergi sana nak capai pergi sini rasa nak capai. Nasib ambil raga saja,kalau ambil troli masa masuk tu memang lah kopak. Jadi bermulalah sesi membeli belah aku. Dalam membeli-belah tu aku tersedar sesuatu. Sesuatu yang pelik untuk diri aku. Dalam kedai yang agak ramai pelanggan masa tu, aku seorang saja lelaki bujang. Hoh!!.. Lelaki lain semua datang dengan isteri dan anak-anak. Patut la ada dua tiga biji mata asyik memandang. Tapi aku cuma terfikir dan aku tak kisah pon. Nampak je bahan-bahan yang berwarna warni tu terus saja aku lupa pasal semua tu. Aku tak ada gambar pasal kedai ni,tapi alamat adalah. korang klik saja link aku bagi tu. Semua maklumat ada situ. ok?

Selamat Bekerja besok.

p/s: Aku masuk pukul 12 besok,jangan jeles...huhuhu

Dapur Teruna | Hari Pertama Sekolah,Dulu dan Sekarang


Assalamualaikum.

Sihat semua? Moga sihat hendaknya. Hari ni hari pertama pelajar-pelajar sekolah kembali ke sekolah kan? Macam-macam cerita dengar tadi. Housemate yang baru balik dari kampung pun ada cerita pasal anak saudara dia baru masuk sekolah. Seronok rasanya bila ingat zaman ke sekolah. Macam-macam kenangan ada masa zaman tu. Masing-masing mesti ada kenangan manis masing-masing kan?

Bukan anak-anak saja yang banyak ragam,mak bapak pun banyak ragam masa hantar anak-anak ke sekolah. Masa kat tempat kerja tadi ramai yang ambil cuti nak hantar anak-anak ke sekolah. Siap ada yang amik cuti seminggu lagi. Masa tu aku terfikir,betapa berbeza zaman aku bersekolah dulu dengan sekarang. Aku tak pasti perbezaan tu pada aku semata atau pada semua orang tapi yang pasti memang berbeza.

Aku ingat lagi masa mula-mula aku jejak kaki ke sekolah rendah ayah aku yang daftarkan dan masa tu kelas pelajar diletakkan mengikut susunan abjad pada nama. Kira pelajar yang namanya bermula dengan huruf A akan berada di kelas pertama.  Tak adilkan? Hehehehehe... Sebenarnya tu sebelum ambil peperiksaan penentuan kelas. Masa ambil peperiksaan tu soalan yang tak boleh aku lupa ialah 1+1= ? Haaaaa... Apa korang jawab kalau korang dalam kelas darjah satu pada hari pertama dengan semua tingkap kelas ditutup supaya pelajar tak nampak mak ayah? Korang tau apa aku jawab? Jawapan aku bagi ialah 11. Hahahahaha... Kelakar. Sebab 1+1=11 kan bila disusun nombornya akan jadi sebelas. Kuikuikuikui... Walaupun nampak sangat cam bebal aku ni tapi kenangan tu aku tak boleh lupa. Andai boleh divideokan segala memori tu dari kotak fikiran aku,aku pasti ianya kenangan yang paling bermakna sebab aku masih ingat semua kenangan tu dengan jelas.

Masuk darjah dua hari pertama dah tak ada siapa yang teman aku ke sekolah. Semua aku lakukan sendiri. Yuran pun aku bayar sendiri. Dengan beg Swan yang besar tu aku ikat belakang basikal dan aku kayuh ke sekolah seorang diri. Malam sebelum ke sekolah tu mak aku bagi duit untuk bayar yuran dan aku ingat lagi perasaan aku masa tu sangat lah takut. Takut sebab apa nak dibayar nanti,takut duit tak cukup,takut cikgu tanya pasal yuran aku tak boleh jawab. Takut segala-gala lah. Masa tu adik aku baru di tadika. Disebabkan mak ayah aku kena bekerja(kerja kilang) jadi aku terpaksa uruskan sendiri. Dan aku berjaya menguruskannya sendiri. Itu yang aku terfikir sebenarnya. Bertapa berbeza dunia sekarang dengan dunia zaman aku dulu.

Sekarang mak ayah ambil cuti walaupun anak-anak dah masuk tingkatan atau da masuk sekolah menengah. Pelik sebab dulu aku boleh je uruskan semua sendiri. Siap masa aku darjah tiga aku yang uruskan pendaftaran sekolah adik aku di darjah satu. Aku tak rasa kurang kalau dibandingkan dengan budak sekarang malah aku berbangga sebab aku mampu berdikari pada umur semuda itu.

Tapi tak kisahlah. Rambut manusia sama hitam cuma hati lain-lain. Mungkin keluarga sekarang berbeza cara mendidik anak-anak masing-masing. Aku pun belum berkeluarga jadi semua tu sekadar pandangan dari mata kasar aku. Macam mana dengan pengalaman sekolah korang?

Dalam memikirkan semua tu,sempat juga aku siapkan cupcake lagi hari ni.hehehehehe... Hari ni aku berjaya buat Cupcake Chocolate Chips.
Cuma aku bermasalah dengan topping cupcake ni. Haish susah sungguh. Asyik cair saja topping aku. Apa tak kena entah. Jom kita intai resepinya.


Bahan

Tepung naik sendiri - 2 cawan
Butter - satu ketul
Gula Ising - satu cawan
Telur - 4 biji
Esen vanila satu sudu kecil
Chocolate chips secukup rasa

Caranya

Ayak tepung dan ketepikan

Pukul gula dan butter sampai kembang

Masukkan telur sebijik sebijik dan pukul sampai kembang dan ringan

Masukkan esen vanila

Kemudian tumar pemutar mixer kepada pemudar untuk mengadun

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. 

Masukkan chocolate chips yang dan dihancurkan atau yang biasa. Bergantung pada citarasa. Gaulkan sebati dengan pengadun.

Kalau masukkan chocolate chips yang dihancurkan,sebelum bakar boleh tabur lagi chocolate chips yang tak dihancurkan. Jadi ada extra chocolate chipslah.

Akhir sekali bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 160c selama 20-25 minit bergantung pada saiz cawan kek tu. Kalaj saiz besar bakar selama 25 minit.


Dah siap boleh lah topping. Resepi topping xdisediakan sebab belum mahir. Hehehehe... Alkisahnha resepi asal cupcake ni dari blog kegemaran aku,blog Masam Manis. Resepi asal kak ita sebenarnya masukkan oreo. Disebabkan aku tak gemar Oreo aku masukkanlah chocolate chip. Dan cara penyediaan sedikit berbeza sebab cara kak ita macam otai sangat. Hehehehe... Aku tak berani guna cara tu. Tapi terpulang pada korang sebenarnya cara mana korang selesa.

Pada semua pelajar selamat kembali ke sekolah dan pada yang ingin mencuba dengan resipi ni selamat mencuba.

P/s: Kak Ita, cawan cupcake kita sama.hehehehe

Update 6 Jan 2013

Dapur Teruna | Cupcake Hadiah Untuk Diri Sendiri


Assalamualaikum

Apa khabar?Moga dirahmati selalu hendaknya...
Dah masukhari kedua untuk tahun baru.
Azam baru dah berjalan? hehehe.. Bosan kalau asyik sebut tentang azam sajakan?
Semua orang nak update FB pasal azam.Balikke topik asal..
Masa malam tahun baru korang sambut kat mana?

Aku kat rumah saja. Walaupun bujang,malasnak keluar.Perangaiaku memang jenis taksuka tempatsesak. Kalau ikut hati nak elak sesak ni,semua benda aku nak elakkan. Jadi disebabkan aku tinggal kat rumah saja masa malam tahun baru tu dan tak ada benda nak buat,maka terciptalah cupcake.
Sebenarnya ni adalah kali pertama aku mencuba untuk membuat cupcake dan nasib baiklah boleh di makan.Kekekekek...



Cantik tak? Gambar memang lah cantik...hehehe..Ni lah hadiah aku hadiahkan untuk diri sendiri sempena tahun baru hari tu. Sorang-sorang di rumah dengar mercun. Rindukan keluarga di kampung.. Ok resepi di bawah... Selamat mencuba..



Bahan-bahannya.

Tepung Gandum 1/2 cawan
Tepung Naik Sendiri(Tepung Kek) 1/4 cawan
Butter 1/2 cawan
Gula ising 3/4 cawan
Susu cair 1/2 cawan
Telur 3 biji(Gred A)
Esen Vanilla satu penutup botol dia.
Pewarna

Caranya.

Sediakan semua bahan dalam kuantiti yang dikehendaki terlebih dahulu.Nanti senang nak gaulkan.

Panaskan ketuhar suhu 180c dan susun cawan kertas atas bekas        pembakar.

Ayak kedua-dua tepung.Dicampurkan sekali pun tak apa.

Pukul butter dan gula sampai gebu atau dalam erti kata lain dia tukar jadi warna putih.

Masukkan telur putih sikit demi sedikit sampai habis. Kemudian pukul lagi sampai doh kembang dan ringan.

Kemudian masukkan telur kuning dan pukul lagisehingga kembang.

Kemudian masukkan tepung sedkit demi sedikit berselang seli dengan susu sejat.Pastikan ending selangseli ni dengan tepung.

Kalau xguna mixer pon boleh masa masukkan tepung ni,gunakan spatula dan guna kaedah kaup balik. (sesetengah mixerputaran paling perlahan pun masih kuat)

Akhir sekali warnakan ikut kesukaan.Kalau nak pelangikan asingkan bancuhan tadi dan warnakan dengan warna berbeza.

Masukkan dalam cawan kek dan boleh dibakar.

Semalam masa cubaan pertama aku masak dengan suhu 180c selama 25 minit tapi bontot cupcake tu berkerak,aku tak suka. Cubaan kedua aku masak selama 20 minit sahaja dengan suhu yang sama dan api dari atas dan bawah. Dan semuanya selamat.

Dari resipi aku tu ada petua yang aku ambil dari blog kak Azlita.Cantik sangat cupcake dia. Envi sangat. Korang boleh klik sini ---&gt; <a href="//fromintankitchen.blogspot.com/2012/01/butterfly-rainbow-cupcakes.html" title="Masam Manis" target="_blank">MasamManis</a>

Topping dia korang boleh menuntut dengan blog Masam Manis lah sebab aku tak pandai sangat.

Terima kasih dekat Makcik Jamlyah untuk resipi kek yang gebus ini..

Selamat Mencuba

Update 6 Jan 2013

Dapur Teruna | Sotong Masak Kunyit



The most favourite food. Sebab apa?sebab aku ni hantu sotong. Kalau ada sotong dalam makanan tu makanya sotong dululah yang akan habis. Ni hidangan petang semalam sebenarnya. Bila dah tak ada idea nak masak apa dan kemalasan melanda diri,ini menu yang paling senang sebab campak saja terus jadi. Resipi sebenarnya dah ramai yang bagi macam dekat myresipi tu bersepah korang boleh dapat. Tapi aku tetap nak bagi resipi aku sebab mana tahu ada kelainan. Kan?

Bahan-bahan

1. Sotong(aku suka sotong saiz besar dan sederhana)
2. Asam jawa(guna airnya lebih kurang 3sdb)
3. Serbuk kunyit ( sekadar mewarnakan sotong)
4. Bawang besar (potong membulat)
5. Cili besar 
6. Perasa 

Caranya

1. Sotong dibasuh.dipotong dan di toskan. Ini bagi mengelakkan masa masak tu air sotong ni banyak sangat.
2. Panaskan kuali dengan dua sudu besar minyak masak.
3. Tumiskan bawang kecil yang dihiris sampai wangi.
4. Masukkan sotong yang dah di toskan tadi.
5. Masak sotong sampai separuh masak. Api jangan kuat dan jangan masak terlalu lama sebab nanti sotong jadi liat.
6. Masukkan serbuk kunyit sebelum sotong masak atau airnya kering. Gaulkan sebati.
7. Bila sotong dah separuh masak,masukkan bawang besar yang dah dihiris membulat tadi bersama cili besar.
8. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan perasa. Kalau nak kuah lebih mssukkan air dahulu sebelum air asam jawa dan perasa.
9. Siap untuk dihidang.

(yang dalam gambar tu aku mixkan udang dan sotong)
Selamat mencuba....

update 6 Jan 2013

Life Must Go On : Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum,selamat pagi,salam sejahtera semua.

2013 membuka tirai blog langsir hitam kembali. Mungkin ada yang tak sempat tengok pun blog langsir hitam yang lama tu. Tak apa, jangan kisahkan tentang blog yang lama tu. Dengan hadirnya tahun baru ni biar semua berwajah baru. Sengaja aku buka blog langsir hitam ni dengan domain baru. Kali ini aku bawakan sesuatu yang bercerikan penceritaan harian tentang kehidupan aku dalam blog ini. Tidak terlalu ke arah  peribadi sangat sebenarnya cuma sekadar berkongsi aktiviti harian kehidupan langsir hitam sahaja.


Famous sangat ke langsir hitam sampai nak berkongsi rutin harian? Jangan salah faham, aku cuma perlukan medan untuk aku menulis jadi aku jadikan media elektronik tempat bercerita. Mana tahu dari penceritaan dan perkongsian ini membantu sedikit sebanyak aktiviti korang kat luar tu. Betul tak?

Bercerita tentang tahun baru,azam tahun baru dah ada? Atau azam 2012 masih belum diselesaikan? Pada aku,azam tahun 2012 ada yang dah berjaya dilaksanakan dan ada yang belum. Kiranya separuh-separuhlah ni. Tak kisahlah apa azam korang yang pasti aku mendoakan agar tahun 2013 yang akan muncul beberapa minit lagi ni akan lebih bermakna buat korang. Yang akan mendirikan rumah tangga moga kekal sehingga ke hujung nyawa,pada yang bakal bertambah ahli keluarga tahniah dan moga sentiasa dimurahkan rezeki. Moga blog ni akan kekal sampai bila-bila.oklah taknak tulis panjang-panjang,bosan pulakkan. Aku akan cuba pastikan blog ni menarik untuk dibaca dari segenap lapisan masyarakat. Wassalam. Anyeong...

Update 6 Jan 2013

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images