Kisahnya | Trip Ke Krabi. (Backpackers) 3

Monday, January 13, 2014

Hah da masuk part 3 tak jugak habis. Pergi 3 hari je pon.

Dah alang-alang bangun awal harini LH sambung entri seterusnya ke Krabi ni. Kat mana kita sebelum ni?

Itinerary? Ish LH dah lupa la. Tak tau dah nak tulis macam mana. Sebab pergi pon main redah je dan berpandukan blog-blog je. Terutama blog SUPERMENG. Banyak berpandukan blog dia saja.

Hari ke tiga kat sana kitaorang dah ambil pakaej untuk island hoping. Dalam pakej tu disediakan makan tengahhari+tour 4 pulau+snorkelling. Murah yang pasti sebab naik long tail boat. RM40 sajo!!

Dapat kat Malaysia?

Pepagi kitaorang dah siap dan jejalan dulu sementara tunggu van datang ambik depan GH tu. Kitaorang yang kebulur ni jejalan mencari sarapan. Memula jalan pagi tu memasing macam blur sebab hari dah cerah macam pukul 9 gituh, tapi orang macam tak bangun lagi. Tapi kitaorang redah je. Cari punya cari jumpa la pasar pagi diorang. Tak jah pon dari GH tu. Lintas jalan pastu terus jerrrrrrrr.... sampai selekoh hujung sekali belok kanan. Besar pasar dia dan bahagian muslim diasingkan, for muslim only.











 nasi ayam thailand



Lepas je siap makan kitaorang turun bawah dan serahkan kunci balik dekat owner GH. Kalau korang kena bayar deposit sila dapatkan deposit malam sebelum sebab kaunter GH ni buka lambat. Kang hangus. Kalau pagi tu takde sesapa kat kaunter korang just tinggalkan saja dekat pinti bilik korang. Steady tak?
Perjalanan ke Aonan tak lama pun dalam 1/2 jam saja dari pekan Krabi. Sampai saja kitaorang simpan beg dekat ofis agen pelancongan tu. Baracuda kot tak salah LH nama dia. Pastu baru LH teringat yang handfon dan segala barang ni nak letak mana kan,jadi buat keputusan beli beg waterproof dengan case fon yang waterproof. Tak salah LH dapat 140 baht saja. Ok kitaorang dah ready. Tunggu saja depan kedai tepi pantai Aonang tu nanti ada lori datang amik. LH dapat duduk depan dengan driver dan driver tu fasih berbahasa melayu sebab dia penah kerja dekat Malaysia selama 4 tahun. Dia buka kedai makan. LH dah hilangkan kad dia. Im sorry. Dia pesan kalau nak segala murah datang masa low season iaitu musim yang langit mendung dan hujan. Kalau rate 2 kali ganda ialah pada musim high season tapi segalanya mahal dan korang dapat view yang lebih ohsem dari low season. Pilihan di tangan korang. Jom layan gambar.



Beli case telefon.



Sesi menaiki bot



Couple ni dari Thai. Muka laki tu macam pelakon Malaysia.




Perjalanan ke pulau pertama.



Pulau kedua. Makan tengah hari kat sini. Kat pulau ni kita boleh jalan kaki ke pulau sebelah disebabkan terbentuknya lalaun disebabkan oleh pertembungan 2 ombak.

*macam cikgu Geo







Cik abang ni akan turun dan cek dasar tempat nak snorkelling duu selamat atau tak. Tak selamat sebab ada landak laut. Tapi redah jugak. LH melampung je guna life jaket.



Ni sesi apa? Ini ialah pulau terakhir dan pulau ni ialah tanah persendirian. Nak masuk kena bayar kalau nak guna toilet. Disebabkan taknak membazir,berendam dalam laut dan KENCING!










Cari saiz korang?


Nak panjat-panjat pon boleh.



Snorkelling. Memang cantik. Siap ada belut laut. LH terkejut terus naik. Cuak



Amboih panjang pulak kisahnya. Balik dari semua pulau tu ombak ya ampun besar. Sekitar 1.5 meter. Melambung tak hingat. LH mengucap je sepanjang perjalanan. Kalau yang tak tahan dan takut akan semua tu bayar lebih sikit dan naik speed bot dan pilih la time high season sebab ombak tak kuat.

Sampai saja kat jeti kitaorang naik lori tadi dan balik ke Hotel. Hotel kitaorang duduk memang ohsem dan murah. Malam terakhir memang LH suka tinggal kat hotel. Kira reward ke atas diri sendiri. Hotel ni ada swimming pool dan segala lah. Tengok gaya dah macam 4 bintang tapi rega murah. 

Nanti LH sambung untuk entri penutup pasal hotel ni. 

*mati la sambung lagi.


p/s: high season bermula dari Nov sampai March. Selebihnya Low season. April rasanya ok lagi.

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images