Bersawang | Status Klise

Asalamualakum
Tengok status tu. klise sangat kan..
Itulah LH asyik malas nak update
Apa nak jadi tah dengan blog ni.

Semester baru LH dah bermula. Alhamdulillah ini dah masuk semester ke empat untuk pengajian LH.
Tak lama dah nak habis. sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah juga sebab semester lepas LH dapat pointer yang memberansangkan walaupun masih belum layak bergelar dekan. Jadi semester ni berazam nak jadi lebih baik.

Bulan lepas LH dikejutkan dengan tempahan pertama untuk cupcake. Ini semua gara-gara suka update FB gambar kek cawan. sekali ada yang nak order. memula tu risau juga sebab tak pernah ambil tempahan. Ex pengajar LH masa diploma lah nak order ni untuk jamuan diorang. Fikir punya fikir LH pun setuju ambil tempahan untuk 50 biji saja. Dah nama pun amatur kan,50 biji tu dah rasa macam 500 biji saja. hahahaha...
Kelakar kalau ingat kelam kabutnya. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar jugak walaupun kelam kabut sikit. Pengajar LH tu tempah perisa vanila dan pisang. Kesukaan LH tu.

\
Ni saja gambar yang LH ada. LH tak ambil banyak gambar. Almaklumlah nerbes katakan. Nasib LH ada hosmate yang membantu. Diorang tolong2 untuk topping. hehehehe..Ini kali pertama pakai fondant. Sangatlah xbest sebenarnya. LH suka buttercream dan creamcheese lagi untuk topping. sebab rasa dia sedap. Kalau fondant ni buang jer. Hehehe..Ada ke yang makan fondant?

Ini pula tempahan kedua dari orang yang sama cuma berbeza topping. LH guna creamcheese. Sedap pakai creamcheese ni. lemak-lemak gitu. 

Sebenarnya LH penuhi tempahan ni sekadar isi masa terluang saja. Dapat lah LH menajamkan lagi skill yang tak seberapa ni. Sekaligus mengisi hobi LH. Sebab kalau buat suka-suka hobi macam ni kang membazir takder orang makan. Housemate LH boleh gemuk asyik makan cuppies jer.

Dan ini tempahan ketiga setakat ini. Sebenarnya takada apa2 permintaan pun dari yang menempah kek ni. Jadi LH buat keputusan untuk buat fruit cheese cake dan chocolate mouse yang diambil resepi daripada blog femes dan favourite LH kak Azlita.

Resipinya ohsem. Memandang kan topping dia ambil masa lama untuk disediakan mengikut resipi kak Ita jadi LH guna buttercream coklat saja untuk topping tapi filling kek coklat tu LH buat mouse yang macam kak Ita. Resepi FRUIT CHEESE KEK pon LH ambil dari resepi kak Ita. Memang ohsem dan mendapat pujian ramai. Bukan nak puji diri sendiri yer sebab LH pun terkejut degan rasanya. Bezanya Kak ita buat 5 layer tapi LH buat 3 layer saja dengan rasa ros,oren dan pandan. Padanan yang sangat ohsem sebab tak muak bila makan. Mungkin sebab ada rasa Oren kak situ. Base dia plak buat kek span vanilla. Gebu sangat. TQ kak AZLITA for the recipe.



p/s: Ini bukan entri untuk promosi tempahan yer. Belum bersedia. Follow instagram LH(Langsirhitam). Banyak gambar makanan dalam tu..

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images