Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta Tamat

Sambung entri Jogja.

Ok last entri JOGJA

Penat memerah otak mikir kisah lalu. Gituh!

Sampai Airport JOgja kembali. Sampai saja kitaorang ambil teksi ke hotel sebab nak check in dan tinggal barang. Masa di Jogja kitaorang ada member CS aka COUCHSURFING. Korang kena cuba program ni. Best kot. Check in dan alhamdulillah boleh masuk bilik terus. Nama hotel tu The Edelweis Hotel. Hotel cantik dan menarik. Kalau korang naik ke atas sekali tempat kolam renang boleh nampak gunug merapi. Lepas check in aktiviti pertama bertemu dengan member CS. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Lama juga tunggu. Last-last LH buat keputusan pergi makan dulu kat kedai minang sebelah hotel. Boleh tahan.

Lepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. Sempat kitaorang melepak dalam bilik. Nama member CS ni Farnani. Graduan TESL di Universiti apa tah tak ingat. Dia datang dengan member dia yang lain naik motor. Ada sorang pompuan. Cun bak ang!!

Kitaorang pon berangkat ke Borubudur naik motor. Best!! sebab kali pertama naik motor di Indonesia. Diorang pun baik. Just tolong isikan minyak dan belanja makan. Malas nak cerita panjang jom layan gambar.




p/s:mohon seribu keampunan,semua gambar penutup kisah ni dalam PC di kg dan LH sekarang di Madinah. Insyallah balik cuti LH update gambar.


Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta 4 (Jakarta)

Astafirullahalazim...

LH baru sedar perjalanan di JOgja ni tak habis lagi. Nasib teringat nak tengok balik. Baru gigih sambung cerita di Singapore sekali teringat Jogja da setel ke belum. Ampun semua cerita terbantut.

Kembali ke Stesen Keretapi Bandung LH dan rakan seperjuangan sampai awal pagi dan check in. Harus check in macam airport tu. Siapa yang tak bertiket tak boleh masuk. Tunjuk kat pegawai jaga pintu tu pastu nanti dia scan dan gate akan tebuka. Cari-cari keretapi tak ada lagi jadi LH dan member lepak kejap nak sarapan tepi stesen tu. Kitaorang dah beli roti awal-awal. Baru buka pembalut LH terperasan nama keretapi yang kitaorang kena naik. Pastu nampak pulak 2 ala-ala pramugari diorang. Hati tak sedap terus LH pergi tanya dan abaikan member yang khusyuk melantak. SAH! itu keretapinya dan lepas kitaorang naik lebih kurang 10 minit keretapi jalan. Syukur!!!

Perjalanan ke Jakarta disimbahi hujan saja. Masa nak dekat sampai Jakarta sempat la tengok ada kawasan yang dinaiki air. Pastu air dia hitam ngan hijau. Rebah!!

Sampai stesen Jakarta aka Gambir, kitaorang turun dan melilau mencari teksi. Hotel kitaorang dah book. Teksi yang dinasihatkan ialah BLUE BIRD. Tengok bebetul sebab teksi blue bird ni macam ada tiruan juga. Cuma corak berbeza. Keluar dari stesen kalau dari Bandung korang keluar ikut gate sebelah kanan. Pastu nampak kaunter macam podium orang berucap tu untuk korang amik nombor giliran. Tunggu sampai giliran korang tiba. Memang ramai masa kitaorang haritu yang guna perkhidmatan teksi ni.

Masa dalam perjalanan ke hotel kitaorang bagi alamat hotel ke driver teksi. Driver teksi ni cuba la hubungi hotel sebab nak bertanya kat mana. Korang tau apa jadi? Dia tak tau camna nak hubungi nombor hotel tu. Asyik tak dapat. Last-last kitaorang yang hubungi dan bagi driver tu cakap. Beriya driver tu minta maaf. No hal la uncle.

 Sampai hotel check in bagai pastu ambil map Jakarta. Terus kitaorang blurr tak tau nak ke mana. Melengu dalam bilik memikir. Hakikatnya LH ngan kawan bilik LH je pikir. Yang 2 lagi membuta. Akhir sekali kitaorang buat keputusan pergi Tanah Abang.

Yang memang suka shopping memang ok ke sini. Yang meneman orang shopping idok payah la ke sini. Tempat dia memang shopping semata. LH ke sini sebab nak makan tengah hari. Kitaorang pergi naik tuk tuk. Kat Indonesia tak ingat nama apa. Bayaran murah saja. Pada yang pergi trip mewah-mewah tak payah la naik nanti maki je keja korang.LH naik sebab nak rasa naik kenderaan awam diorang. To me such a great experience. Dengan jem gila bapak dengan hon sana sini. Memang gerun. Sampai tanah abang member jejalan shopping dan LH melangut je. Balik dari tanah abang kitaorang cuba naik KOMUTER diorang. Merasa la tunggu dekat sejam komuter dia sampai. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia komuter kita lebih selesa. Tapi pengalaman yang best sebenarnya kalau cuba kenderaan awam di negara orang ni. Tiket boleh dipulankan dan ambil balik deposit. Harga tak ingat.

Balik dari tanah abang LH turun kat stesen Mangga Dua. Tujuan ke mangga dua bukan sebab shopping tapi nak cari soket universal tu. Member tak ada. Jalan punya jalan nasib jumpa. Mangga dua ni ada 2 mall besar. Satu mall ni ada barang gajet saja. Memang besar lebih kurang Lowyat KL.

Balik hotel memasing malas nak jalan dah sebab jem amat. Dari mangga dua dekat saja dengan hotel. Kitaorang naik angkut yang tayar 3 tu. Gila babeng dia bawak angkut tu. Selit sana selit sana. Mengucap je dalam hati. Alhamdulillah selamat sampai. Hahaha..

Petang sampai malam LH duduk saja depan hotel tengok persekitaran Jakarta. Dalam hati ini kalai pertama dan terakhir ke sana. Bukan jiwa LH nak ke Jakart lagi kecuali ada pantai di Jakarta. Ada kisahnya nanti LH cerita.

Sok pagi kitaorang balik ke Jogja dengan flight domestik. Malam tu terus arrangekan dengan receptionist hotel amik teksi nak ke airport. Malam tu hujan tanpa henti.

Bangun seawal 3.30 ke airport takut jem. Dalam perjalanan ke airport LH perasaan air sungai di Jakarta dah sama paras dengan bahu jalan. Dalam hati bersyukur LH dah tinggalkan Jakarta. Maka pagi tu kitaorang pon selamat tinggalkan Jakarta. Jom Layan gambar.

 Cantik x?





 Komuter tanah abang


 Angkutan


 Airport



4 gambar sajo? Yes 4 saja. LH tak berminat nak usung kamera. Bandar kan. Rasa tak ada benda nak capture. Tak pe nanti korang enjoy gambar JOGJA ok.

Sayonara...

Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta 3 (Bandung)






Moh sambung cerita..

Konon kata nak sambung malam karang yer.. sekali berhari baru sambung.

Sampai saja pagi tu dekat stesen Bandung, macam yang LH cerita sebelum ni, LH dan rakan sekalian alam terus menapak mencari guesthouse yang telah ditempah. Pepagi tu jalan sekitar bandar Bandung dah. Masa memula keluar dari stesen, jalan raya tak sibuk lagi,baru nak bermula walaupun hari dah nak cerah. Sepanjang perjalanan tu sempat la LH tengok kehidupan pagi rakyat Indonesia di Bandung. Budak-budak ke sekolah dan ada yang ke pejabat dan tak kurang juga yang nak mula bisnes pepagi tu. Yang menarik perhatian kanak-kanak sekolah diorang ni tengok kecik-kecik saja tapi dah naik motosikal dalam bandar Bandung tu ke sekolah. No worries!! Abang Polis tak kacau. Kalau Malaysia mati kena kejar.

Cari punya cari siap tanya pakcik tepi jalan yang menyapu sampah di pagi hari. Dekat saja dari setesen cuma kitaorang terlepas lorong. Lumrah kalau datang backpack ni sesat. Masuk guesthouse tu dan alhamdulillah GH ni boleh check in serta merta walaupun masih awal pagi. LH sangat gembira sebab boleh mandi.

Maaf gambar GH dah hilang dan LH lupa dah nama GH tu.

GH ni nak kata hebat macam GH dekat Krabi tu taklah. Biasa saja. LH rasa memang standard GH Indonesia ni macam tu saja kot sebab dekat Jogja pun macam tu.

Abaikan tentang GH tu, selesai rehat sekejap kitaorang pun keluar menjelajah. Plan asal nak ke Trans studio. Hati berbelah bahagi nak masuk atau tak. Almaklumlah dah tua. Tapi hati berat ke arah nak masuk sebab nak tengok. Berkorban lah duit yang tak seberapa tu sebab nak jugak masuk TRANS STUDIO BANDUNG.

Sebelum tu, kitaorang ke stesen keretapi Bandung balik sebab nak beli tiket ke Jakarta pagi esoknya. Selesai beli tiket LH cari kedai makan dan jumpa kedai makan tepi jalan. Kawan-kawan pesan jangan makan dekat gerai tepi jalan di Indonesia tapi entah macam mana LH boleh pergi makan dekat kedai tepi jalan. LH masuk dengan kawan-kawan lain dan perseketiran kedai macam, oh kenapa aku masuk sini?

Yang jaga kedai tu makcik muslim sebab pakai tudung jadi LH berdoalah muslim. Makcik tu pun baik orangnya dan ramah.

LH tak tau nak makan apa, sebab nama-nama makanan dia pelik. Lepas tu mak cik tu cadangkan Nasi Gudeq. LH setuju. Nasi Gudeq menjadi sarapan merangkap maknan tengahhari. Rasa dia boleh tahan dan pada LH sedap ada nangka dan daging lembu. Rasa dia agak manis untuk gulai rakyat Malaysia. Sebelum makan bukan setakat doa makan, ayat kursi pun LH baca takut lah kan negara orang. Dan alhamdulillah sampai balik Malaysia perut LH sihat.

Waduh!! Kalau cerita bab makan panjang berjela. Jom layan gambar TRANS STUDIO BANDUNG.










sesuatu yang harus korang cuba kalau masuk sini


Kalau minta pendapat LH,LH rasa Taman Tema Genting lebih menarik. LH pun tak pasti kenapa mungkin faktor usia yang dah makin menginjak ke usia dewasa antara penyebab LH makin kurang dengan aktiviti macam ni. Lepas habis main 2 game kalau tak salah LH, LH sekadar jalan-jalan ambil gambar dan tunggu yang lain. Pada yang tak suka aktiviti macam ni jangan membazir. Cukup sekadar pergi depan tu dan ambil gambar dan balik. LH dah lupa dengan harga tiket. Ampun ya. Malah harga teksi ke Trans ni pun LH da lupa tapi kalau tak salah LH berjaya dapatkan harga kurang dari 100 ribu rupiah walaupun jalan sesak. Pastikan deal harga sebelum setuju.

Balik dari TSB LH dan kawan2 ke Pasar Baru beli telekung. Habis berborong balik hotel dan rehat. Gila penat. Duit LH dah habis masa ni. Tengah pikir camna nak buat sama ada nak tukar kat money changer atau withdraw saja. Sekali kawan LH inform kata boleh withdraw duit dari ATM tanpa sebarang caj. Cari bank yang ada lambank maybank kecik saja. Bri Bank kalau tak salah LH.

Ini buka trip Jimat. Jangan contohi. Hahahahaha....

Malam tu LH makan tepi jalan lagi. Hati kental perut waspada. Gituh!!

Jalan-jalan cari kedai semuanya kedai tepi jalan saja dan alhamdulillah semua sihat. Cuma pastikan kedai tu halal yer. Sebab ada kedai yang jual katak.

 Waiter kedai

 Kangkung hot plate


 Masih hidup!!(Ni belum dimasak dan bukan menu kitaorang)


 tepi jalan kan?


 Nasi goreng


Ikan Gurami aka Ikan Kaloi. SEDAP!!

Balik hotel terus tidur sebab besoknya train ke Jakarta paling awal pukul 5.30. Pukul 4.00 pagi kitaorang dah bangun dan berjalan kaki ke Stesen Bandung tanpa sesat. Bangga tak sesat.
Nasihat untuk korang,sebelum makan Bismillah ye.

Pagi-pagi naik keretapi ke Jakarta. Kelas Eksekutif. Harga tiket rabak poket. 


EXECUTIVE x?

Sampai situ sahaja. Bye bye Bandung, Welcome Jakarta..

Kisahnya | Trip ke Yogyakarta/Jogjakarta 1

Yogyakarta yang juga dikenali dengan nama Jogjakarta. LH tak pasti apa yang membezakannya tetapi LH yakin ianya merupakan tempat yang sama iaitu salah sebuah negeri di Indonesia. Juga dikenali dengan kota budaya dan dipenuhi dengan pelbagai warisan serta pelajar dari segenap ceruk negara kerana Yogya juga merupakan tempat menuntut ilmu yang besar.

Gituh!!
Kekdahnya tulis blog skema gini kan?

Kisahnya...
LH buat trip dengan rakan muda yang duduk serumah dan rakan muda yang tak duduk serumah. (Ada hati nak ngaku muda lagikan?)

Trip ni sangat singkat sebenarnya kalau nak dikira kerana LH pergi 3 buah negeri di Indonesia dalam masa 5 hari dan ianya memenatkan. Walaupun memenatkan LH rasa berbaloi dan LH suka dengan pengalaman yang LH dapat.

Bermula pada 26 Januari 2014, flight pada pukul 12 tgh hari kalau tak silap LH. Mampu nak ingat? 4 bulan lepas kan?

Pepagi dah siap bagai. Macam nak keluar pergi airport lepas Subuh je punya excited. Hakikatnya malam tak leh tidur nyenyak pun. LH memang keluar awal pun ingat dalam pukul 8.30 pagi dari rumah sebab ingat nak sarapan dulu. Sekali sampai airport nak setel semua urusan bagai sebab nak check in juga beg sebijik sebab ada makhluk yang tak backpackkan jadi amik masa kat situ. Alih-alih tengok jam dah pukul 11 pagi. Hah!! ko tak gila? Sarapan apa tak dari pagi pastu nak naik flight 3 jam lebih. Pusing punya pusing pintu masuk pulak LH tak jumpa. Ini pintu pelepasan. Cari dekat 20 minit baru jumpa. MALU OK!!

Dah check in segala bagai dan dah tunggu dalam dewan pelepasan, mengharapkan ada kedai makan dalam tu tapi memang mimpi di tengahhari lah. Maka kitaorang pun berlepas ke Yogyakarta dengan perut yang berbunyi.

Atas flight rasa sedap je bau segala bagai makanan tapi malu nak beli sebab tak penah beli sepanjang naik flight. Maka jawapannya LAPAR!





Landing time!!

Lebih kurang pukul 3 kitaorang sampai dekat Airport Yogyakarta. Lupa pulak nama airport tu. Turun je flight, nampak dari jauh orang beratur dari dalam airport sampai keluar hah. Kejutan budaya kejap. Mulut terlopong. Ramai sampai gitu ke?

Tau kenapa? Airportnya kecik sajo. Airport SULTAN ABDUL HALIM< ALOR SETAR< KEDAH lagi besar ok. Tapi alhamdulillah segalanya selesai dengan jaya dan pantasnya.

Part ni menarik. Keluar saja airport LH dah di inform kawan  yang sampai awal sehari supaya naik bas depan airport tu. Keluar saja airport macam biasa drebar2 teksi akan datang memujuk korang. LH macam biasa pekakkan telinga muka nak kekwat sikit.

Jalan saja menonong ke kiri sebab nampak ada bas kat situ, sekali drebar teksi tu cakap kalau nak naik bas ke kanan. LH toleh kanan dan sungguh terkesima dan sentap sebab memang pondok bas sebelah kanan ok. MALU!!

Pondok bas dia kalau dekat malaysia macam ermmm...... macam mana erk.. Lupa pula ambil gambar. Hah! En Google tolong. Pondok bas nya macam ni bawah ni. Kalau korang keluar saja dari bangunan airport tu korang boleh ke pondok bas ni.

sumber GOOGLE

Nombor bas tak ingat tapi korang tak yah risau sebab Yogya ni tak sesibuk Jakarta, dia macam KL sajo. Masuk dalam pondok bas tu sistem dia macam LRT kat Malaysia tapi kaunter dia sebalah gate saja. Cakap nak ke mana dan dia bagi kad macam LRT tu dan masukkan dalam gate macam LRT tu. Berapa kali LRT da...

Kemudian korang tunggu la bas sampai. Setiap kali bas sampai dia akan jerit nak ke mana. Korang jerit je balik dekat dia MALIOBORO?

Kalau dia panggil korang memang yer la tu. Dan korang jangan terlepas untuk turun kalau dah sampai Malioboro sebab dia tak akan beritahu pon. Tapi
senang nak agak mana satu malioboro sebab di malioboro dia macam sibuk lain macam. Kalau korang dah lepas setesen keratapi tuli tugu apa tah dah boleh standby untuk turun next stasen tu. Cukup setakat tu. Ponet den nulis. Jom layan gambar. Entri paling panjang ni sebab 3 negeri. huhuhu...



Teka dia jual apa?

 Nampak saja ni, betul la malioboro.

 Bersepah-sepah beca kat sini kalau-kalau korang xlarat nak jalan.






Jadi sape yang nak berbackpack ke sini tanpa persediaan yang kukuh,LH rasa insyaAllah semuanya senang berbanding pergi Bandung dan Jakarta.



Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images