Dapur Teruna | Sup Daging ala Thai

Kenapa ala thai? Kenapa tak ala Malaysia?




Eh biarlah LH yang masak kan. Emo!hehehehe...

Sebenarnya tak ada ala thai sangat pun. Sikit-sikit je. Sebab apa LH cakap ala Thai? Sebab dia pedas. Sup Thai ni bagilah sup ayam ke apa sume pedas. Pedas yang guna serbuk cili tu. 

Nak tanya korang pembaca sekelian. Korang perasan tak kalau makan sup dekat KL mesti sup dia berwarna, dan tak jernih. Bukanlah warna biru,maksudnya sup LH berwarna tu tak jernih?

LH agakla kan,mesti dia tak keringkan air daging tu dulu.


Mak LH selalu pesan,kalau nak masak daging ke ayam ke kering kan air dia dulu. Korang tau tak nak keringkan camna?

Ha meh nak kongsi,

Panaskan kuali atau periuk kemudian masukkan daging atau ayam yang dah siap dibasuh. Jangan taruk minyak atau air. Panaskan kosong macam tu. Nanti daging atau ayam tu akan keluarkan air. Korang biarkan sampai air daging atau ayam tu kering. Api jangan la macam nak bakar rumah. Cukup macam nak panaskan diri di musim sejuk. Mampu perumpamaan gitu?

Bila da kering baru la menumis. Cara yang sama jugak kalau nak buat sup gearbox.


Bila dah tengah memasak sup tu,sup tu dah mula mendidih,akan ada buih dari daging atau ayam tu kan? Mak pun selalu pesan buang yang tu. Untuk elakkan bau katanya.

Korang bolehla cuba. Tapi pada yang suka pada bau tu tak la buat cara ni,nanti hilang pulak bau hamis daging atau ayam tu sebab ada sedara cakap sesetengah orang memang suka bau hamis tu. Kalau tak ada bau tak sedap katanya sup. Terserah la kan,tekak memasing.






 



Jom tengok resipi anak bujang ni


Sup Tulang ala Thai

Bahan

Daging 500g
Kentang 2 biji
Cili padi 4 biji
Karot *option
Bawang 1 labu * LH guna bawang holland,kurang umph. Pakai yang purple lagi best. Belah 4.
Halia 1 inci
Sup bunjut
Serbuk cili




Cara

1. Basuh daging dan toskan. Kering kan air daging bersama halia macam LH cerita kat atas tu. Ni terserahla pada selera masing-masing. Kalau nak sup yang warna ceria dan jernih sila keringkan. Hik..

2. Lepas air dah kering,masukkan air 3 cawan dan cili padi. Biarkan mendidih.

3. Bila dah mula mendidih masukkan kentang. Masak sampai kentang separuh masak dan masukkan karot dan bawang

4. Akhir sekali masukkan sup bunjut dan serbuk cili. Memandangkan kali ni sup LH dah pedas LH tak masukkan serbuk cili. Korang rasa dulu sebelum masukkan serbuk cili.

5. Perasakan dengan garam.


Pada yang suka ajinomoto tapi nak berhenti guna ajinomoto macam mana? Macamni, balancekan rasa dia guna gula. Ni petua mak juga. Sebab LH memang masak tak pernah taruk aji,cukup sekadar garam. LH memang boleh tau kalau makan makanan ada aji banyak ni. Hbais makan je mesti xpuas minum air pastu sakit kepala. Sebab tu tak pernah pakai aji. Family pun jarang pakai. Mak pakai pun untuk masak untuk katering je. Korang boleh gantikan dengan gula, tapi jangan la masukkan seguni gula tu. Kang nak elak darah tinggi terus dapat kencing manis. Berpada-pada.


Manis tu racun,Pahit tu penawar.




Selamat mencuba




 p/s: Cantik tak template baru langsirhitamm? Tapi tak dapat tukar data penulis.




Dapur Teruna | SAMBAL

Special entry..

Why special entry? first because its in bbroken English and second because i made this entry for those who reguest the sambal recipe.

I just suggest this blog if somone need the SAMBAL recipe.

Sambal?

Why sambal? I wish i know the answer. All my friends here in Hofuf addicted to sambal. One by one are learn how to make sambal. Their try to search the dried chili every where. Hik..
Lucky i bring from Malaysia.

Sambal?

Its spicy but all of them keep eating even their face turn red and the nose start drooling.(Macam salah je ayat aku). Their fall in love with The special taste of sambal

well this is the recipe...




SAMBAL

Ingredient

1. Dried Chili- 8-10 chili equal to 1 big purple onion *
2.Garlic- 3-4*
3-Ginger- 1/2 cm *option*
4- Purple Onion -1 *
4-Salt
5-Sugar
6-Oil


How to cook

1- Soak dried chili in hot water for 30 mins until it soft and watch it under tap water to remove the seed. Also can boil it to make it soft.
2. Blend all * ingredient with 1/2 cup water untill it really smooth.
3. Heat 1/2 cup to 1 cup of oil(depends on blend ingredient) and cook the blend ingredient until the water dry and oil is on top of the SAMBAL as know as evaporate.
4. Sugar and salt is option. If wanna keep the sambal to use later, no need to put sugar and sambal.

EGG/ANCHOVY/FISH/CHICKEN/SEAFOOD

5. Once well coo, we can add all the ingredients like seafood,chicken etc.
6. For me, Egg sambal can make either boil egg or fried egg. Depends on what we like. Fish have to fry first.
7. Once all the main ingredient inside,now we can add sugar and salt.
8. Ready to be serve.



Haaaaa ko mampu nak menulis dalam omputih. Ayat tunggang terbalik. Grammar letak kat lutut. Tu je la mampu. hahaha

Gambar pun sendu-sendu ayam je sebab pakai handphone saja. Malas nak guna kamera. Besar tak tahap malas tu?


LH cuba yang terbaik ok nak bagi deme2 ni pandai buat sambal. Tapi yang bestnya nak juga ubah sambal tu jadi manis. Kuikuikui.. Orang filipin kan tak makan pedas.

Well selamat mencuba hokey dokey.




Dapur Teruna | Terung Gulung dengan Udang (Eggplant roll with Shrimp)

Assalamualaikum semua.

Semangat pagi-pagi ni buat entri. LH tak boleh tidur sebenarnya. Sekarang jam 0259 waktu Madinah.

Resepi terung ni LH buat minggu lepas kalau tak salah. Masa tu teringin nak makan terung cili macam ayam penyet tu tapi sini tak ada cili padi makanya jadi sambal terus. Olah-olah jadi terung dengan udang. Tercetusnya idea terung ni dari rancangan foodnetwork. Resepi masa tu dia gulung terung dengan daging. 

Mula-mula LH macam risau jugakkan takut tak sedap sebab jadi resepi sendiri tapi alhamdulillah kawan-kawan sini cakap sedap dan siap bertambah. (harap idok la menipu😉😉😉)



Sebenarnya resepi ni jadi 2 resepi sebab resepi satu macam dalam gambar. Tapi kalau yang tak cukup masa boleh gaul je semua tanpa gulung-gulung. Tapi rasa dia memang berbeza. LH dah cuba dua-dua cara dan memang rasanya berbeza. Mungkin berbeza sebab kalau yang gulung macam dalam gambar terungnya digrill dengan olive oil dulu sebelum digulung tapi yang resepi tak cukup masa tu campur je semua.

Moh la tengok resepi. Cerita panjang pon pening je.i



Terung gulung dengan Udang


Bahan

1. Terung. (kuantiti bergantung pada saiz hidangan)
2. Udang saiz sederhana -1/2 kg
3. Olive oil
4. Cili kering*  (8 tangkai. Potong dan rendam dengan air panas sampai lembut.)
5. Bawang besar* (2 ulas)
6. Cili besar* (4 tangkai)
7. 4 sdb minyak masak
8. Garam dan gula
9. Serbuk parsley

Cara

1. Terung potong memanjang dan nipis. Kalau nak buat sikit saja yang bergulung dengan udang, lebihan terung yang belum dipotong boleh potong biasa. Basuh dan rendam dalam air bagi elakkan lebam.

2. Kisar semua bahan bertanda * sampai halus.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Naik minyak ni maksudnya baham tumisan tu ditumis sampai kering kemudian terus gaul sampai berminyak. Api perlahan.

4. Masukkan bahan perasa. LH biasa perasa dengan garam dahulu. Kemudian baru perasakan dengan gula. LH gantikan ajinomoto dengan gula. Gula ni memghitamkan sambal jadi LH taruk akhir.Dah masak ketepukan.

5. Udang yang dibersihkan dan dibuang kulit digaul dengan minyak zaitun, sikit garam dan serbuk parsley. Biarkan dalam 5 min kemudian grill sampai masak. LH suka kalau grill udang tahap masaknya sederhana sebab taknak bagi manisnya hilang. Minyak zaitun boleh juga digantikan dengan minyak biasa dan serbuk parsley boleh juga digantikan dengan herba lain yang wangi. Ketepikan.

6. Sapukan terung dengan minyak zaitun dan grillkan dia sampai masak.

7. Bila dah siap semua bahan, letak udang di tengah dan gulung dengan terung. Kemudian simbah dengan sambal yang disediakan.


Kalau korang malas nak gulung2 ni korang potong terung ketul2 dan gaulkan saja terung dan udang dengan sambal tu. Udang dan terung tu tak payah grill pon tak pe terus saja gaul dengan sambal. Cuma rasanya berbeza dengan yang digrill tu.

Rasa yang digulung tu lebih seimbang dan sedap.


P/s: entri gigih menggunakan smartphonr. Kebas jari jemari.

Dapur Teruna | Udang Masam Manis (edisi perantauan)

Salam

Semalam LH cuti,makanya Lh jadi rajin tetiba nak memasak. Malamnyer tu bergelak ketawa dekat rumah member alih-alih tertidur kat sana. Sedar-sedar dah tengahhari. Subuh pun terlepas. Nasib baik cuti. Balik rumah terus mengeledah peti ais cari apa nak masak.



Hakikatnya LH selalu masak bawak pergi kerja sebab makanan kat sini sepesen jer kat kafe dia makanya LH merajinkan diri memasak. Cumanya kalau hari kerja tu macam mana nak buat presentation cantik-cantik kan untuk masuk dalam blog. Sudahnya masuk perut sajo. Memandang kan semalam LH cuti makanya ada masa la nak dressup cecantik pinggan tu. Cantik ke?

Menunya seperti dalam tajuk. Udang Masam Manis. Masa LH pergi Vege souk LH beli udang harimau sekilo. SR 60. Macam murah. Takpasti pulak dengan harga di Malaysia.

Jom intai resepi. Ini resepi versi perantauan. Versi asal dari chef blogger yang famous la Abg Mat Gebu.


Udang Masam Manis

Bahan

Udang 500 g           *pakailah apa jenis udang sekalipun
Capcicum 3 biji      *lain-lain warna dan potong dadu.
Bawang putih
Bawang besar         *guna holland dan potong membulat.
Cili Kering             *bawak dari Malaysia,potong pendek dan rendam dengan air panas sampai lembut.
Cili Besar Hijau     *3 biji hiris nipis
Lemon                    *potong jadi 3 keping

Garam
Gula




Cara Memasak

1.Basuh udang macam biasa dan toskan. Kemudian gaulkan garam dan serbuk kunyit pada udang. Biarkan 5 minit kemudian goreng udang separuh masak. Separuh masak di sini pada LH ialah tak terlampau garing.Ketepikan.

2. Siap menggoreng, guna minyak menggoreng tadi untuk proses seterusnya. Ambil 4 sudu minyak menggoreng tadi dan tumiskan bawang putih dan cili kering sampai garing.

3.Kemudian masukkan 4 sudu sos cili dan 3 sudu sos tomato.Gaulkan sampai sebati tapi jangan hangus. Masukkan 1 cawan air. Pada yang suka banyak kuah boleh tambah kuantiti sos dan air.

4. Masukkan garam dan gula bila kuah dah mendidih.

5. Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi,capcicum,bawang besar, lemon dan cili besar. Gaulkan sebati dan biarkan sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba

p/s Tolong jangan komen saiz capcicum tu erk. hehehe.. Bujangkan.. 

Dapur Teruna | Seri Muka Bakar

Resepi oh resepi..

*Kannn gituh mukadimmah entri kali ini...

Terlanjur da masak bagai ni terus lah LH amik gambar bagai menerai atau bahasa suratnya mencuba kamera baru yang LH beli.

*motif nak bagitahu kamer baru..hehehe

Seri muka memang kegemaran LH. Asal balik kampung saja mesti LH beli. Wajib beli dekat satu kedai ni dekat 'nat' balai baru kat Perlis. Memang ohsem dia unya rasa. Keaslian rasa dia tak penah hilang kot. Satu lagi kuih yang best dekat situ ialah kuih bengkang ubi kayu. Itu pon feveret.


gambar so so saja

Alkisahnya nak makan mengalahkan orang ngidam. Lagipu baki beras pulut susu dari Thailand hari tu masih ada. Jadi LH habiskan saja. Sebenarnya LH penah buat seri muka ni masa bercuti dan balik kampung hari tu dan menjadi dengan baik. Tapi cubaan kedua ni agak lembik sikit atas dia. Tapi LH suka saja senang nak sedut. Hahahahah..

Soalan cepumas!!!

Kenapa bakar?

Sapa penah makan Seri Muka bakar?

Benda ni mungkin tak ada kejanggalan pada yang dah biasa makan seri muka bakar. Tapi pada yang tak pernah jakun sekampung jadiknya macam teman serumah LH ni. Memacam ditanya.. Xkose nak menjawab. G tanya cik Google.

Ok jom intai resepi cara anak teruna.

Bahan

1. Beras pulut 500g (direndam 3 - 4 jam)
2. Santan - 400 mls cair* dan 250 mls pekat
3.Daun pandan 2 helai*
4.Gula pasir 200 g(kalau nak lebih manis lebihkan 50g)*
5. Tepung gandum 100g*
6. Tepung kastard atau tepung jagung 50g*
7. Telur 3 biji*
8. Pewarna Hijau*
9. Perasa pandan*
10. Garam secubit*



Cara

PULUT
1. Basuh dan toskan beras setelah direndam 3-4 jam.
2. Masukkan ke dalam loyang yang xde lubang dan masukkan santan 250mls. Ini bergantung pada kehendak memasing. 250mls tu ada orang buat semua santan dan ada yang campur air. LH buat semua santan.
3. Kemudian kukus selama 30minit. 
4. Setelah siap dikukus pulut dah masak,gaulkan pulut tu bagi sebati dan tekan pulut tu dengan senduk bagi dia padat. Senang cerita bila masak pulut tu macam hampir penuh loyang kemudian tekan pulut tu sampai dia separuh loyang. Ratakan.Biarkan kat tepi.

TOPPING
1. Sediakan blander. Masukkan semua bahan bertanda * dan kisar sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak sampai naik wap sahaja. (Xmasak pun xpe).
2. Tapis dan tuangkan ke atas pulut yang dah dimampatkan tadi. 
3. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Pada yang pertama kali guna pengukus dan buat kuih ni, pastikan atas loyang di tutup dengan aluminium foil atau tuala bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kuih. Nanti lembik yer makcik2.

Dah siap semua masukkan dalam oven dan bakar dengan api atas saja selama 15 minit dengan suhu 120 celcius.

* pengsan nak ajar makcik2 padahal resepi dari makcik2.

Dah siap sejukkan dulu baru potong yer. Jangan gatal nak potong awal- awal.

Ok selamat mencuba.

p/s:kalau topping korang lembik maksudnya tepung xcukup leh tu.. Masukkan kan dalam peti nanti dia ok.



Dapur Teruna | Kerabu Perut Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sarapan apa hari ini? LH makan apa yang ada saja tadi. Hari ini LH nak kongsikan menu atau resipi kerabu perut. Siapa suka makan perut? Bak kata teman serumah LH,LH ni suka makan makanan eksotik. Hahahahaha.


Perut ini sebenarnya perut kitab(panggilan orang kg), Perut yang putih tu. Kalau perut lilit yang usus tu. Yang tu biasanya bila balik kg saja LH makan sebab kena bakar. KL susah mahu buat. Kerabu ni hari tu LH buat sebab nak habiskan sisa perut yang ada dalam peti. Dari buang baik buat sesuatu yang semua bolehmakan. Sebab kalau rebus kosong dan cicah air asam teman serumah LH tak makan. Jadi LH amik keputusan buat Kerabu. Kerabu ni LH namakan Kerabu Perut Mudah. Sebabnya main campak sahaja. Jom kita intai resepinya.





Bahan-Bahan

1. Perut 2 keping(saiz tapak tangan)
2.Tomato 2 biji
3.Bawang besar (Dimayang)
4.Bawang putih di tumbuk halus
5.Cuka satu SDB
6.Garam dan Gula secukup rasa
7.Serbuk kacang tanah *pilihan


Caranya

1. Rebus perut tu terlebih dahulu selepas dicuci sehingga masak.
2. Potong perut tu menjadi bahagian kecil-kecil.
3. Masukkan dalam bekas yang agak besar untuk digaulkan. Masukkan bawang putih,bawang besar,cili potong, dan perut. Gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan cuka,gula,dan garam dan gaulkan lagi. 
5. Pada yang suka rasa kacang tanah boleh masukkan kacang tanah.
6. Biarkan campuran sebati selama 1/2 jam sebelum boleh dimakan.


Selamat mencuba

Dapur Teruna | Nasi Rendang versi Teruna

Assalamualaikum semua.

Nasi Rendang

Selamat malam.. Hari ni LH agak sibuk menguruskan kereta ayah. Aircond dia ada masalah. Besok dah la nak jalan jauh. Kereta LH pulak secomel LH saja jadi tak muat reramai. Hahaha..

Hari ni LH nak kongsikan satu menu yang dah lama ada dalam draft LH ni dan resipi ni sangatlah mudah. Serius kalau korang tak pandai masak tahap buta masak pon boleh buat. Caya sajalah. Nama memang gempakkan. Nasi Rendang. Kelas kau jah!.. kuikuikui... Sebenarnya sangat simple mimple tahap bujang trang tang tang. Haaaa gituh... *Over pulak.

Nasi Rendang ni mak LH selalu sediakan dekat LH masa zaman sekolah rendah. Masa tu mak kerjakilang jadi masa agak terbatas nak sediakan sarapan. Lagipun LH bukan dari golongan berada. Makan saja apa termampu.

Menu sarapan

Ok jom kita tengok sikit apa yang senangnya.

Bahan-bahan

1. Nasi putih yang dah sejuk. (Lebihan nasi)
2. Bawang putih (dihiris nipis)
3. Bawang merah (dihiris nipis)
4. Minyak 2 SDB
5. Garam secukup rasa

Caranya

1. Gaulkan garam dengan nasisebelum mul menggoreng.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga keperangan.
3. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi tidak lagi melekit antara satu sama lain.



Kuah banjir lagi best..

Senng tak? haaaa senang cerita, Nasi Rendang ni ialah nasi goreng biasa sahaja tetapi LH tak pasti kenapa keluarga LH panggil nasi ni NASI RENDANG. Nasi ni LH suka makan dengan sardin yang masin sikit. Sebab nasi ni dia macam kosong. Mak LH masa dulu dia suka makan dengan minyak goreng lauk tu. Lemak-lemak rasanya. *Sangat tak bagus untuk kesihatan.Tapi sekarang dia tak amalkan dah sebab tak tahan dengar bebelan LH.hahahahaha..

Selamat mencuba..

Dapur Teruna | Sambal Tumis Udang

Assalamualaikum..


Asal cuti saja nak bakar cupcake kan. Dah muak housemate aku nih. Jadi masa hujung minggu yang bila tah,aku merajinkan diri bangun pagi dan pergi ke pasar mencari udang.



Nak buat sambal Tumis Udang katanya. Siapa suka makan sambal? Aku biasa-biasa saja. Tapi kalau bulan puasa masa sahur ada SAmbal memang lajulah aku bersahur. Aduh..rindunya dekat mak. Dah masuk 5 bulan tak balik. Hujung bulan kalau cuti lulu saya balik yer mak. Malas nak melalut pepanjang. Jom kita cuba buat...

Bahan-Bahan

Udang - 8 ekor saiz sederhana
Bawang besar - dimayang
Minyak masak
Asam Jawa - 3sdb airnya

Bahan untuk buat sambal

Cili kering - 6 batang
Bawang besar - 2 ulas
Bawang putih - 1 ulas
Buah keras - 2 biji
Garam halus - 1/2 sdt


Caranya

Cili kering dipotong(digunting pon boleh) menyerong dan direbus sampai mendidih. Kemudian toskan dan basuh bagi mengeluarkan bijinya.

Kisarkan cilikering yang dah direbus tadi dengan semua bahan untuk buat sambal.

Tumiskan minyak masak. Kuantiti minyak masak ni iala 1/3 daripada kuantiti sambal yang dikisar tadi.

Tumis sehingga naik minyak. Dalam proses ni kuantiti minyak tu penting sebab kalau terlalu banyak minyak sambal korang nanti rasa minyaksajaj,tapi kalau sikit sangat pula,sambal korang tak naik minyak.

Bila sambal dah agak masak dan naik minyak,masukkan udang korang(pastikan basuh yer). Masak dalam sambal sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar yang dah dimayang tadi.

Kemudian Masukkan air asam jawa.

Akhir sekali,sebelum menambah serbuk perasa korang rasa dulu sambal korang tu sebab tadi korang dah masukkan garam masa mengisar. Cara aku,aku tak masukkan Ajinomoto tapi aku gantikan dengan gula. Terserah pada selera masing-masing. Bila udang dah masak,dah boleh dihidangkan.

Petua- Kalau nak warna sambal kekal merah MakNgah pastikan gula tak dimasukkan awal. Masukkan last sekali. Sekali lagi paling last yer.

Selamat mencuba...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images