Kisahnya : SEAFOOD DAN AIRMATA

Lama menghilangkan diri...

Bukan sibuk tapi malas

LH bukan blogger tegar. hehehe

Ada kisah menarik yang LH nak kongsikan.

10.1.2015 LH dihantar pihak majikan untuk jalankan latihan di Dammam,KSA. Dah sebulan LH dengan kawan-kawan dekat sini. Hujung bulan Februari LH akan balik ke Madinah balik untuk jalankan tugas kat sana macam biasa balik.

Kisah ni jadi dalam 3 minggu lepas LH sampai kat sini. LH selalu masak bawak bekal pergi kerja. Biasalah mulut melayukan,mana tahan makan nasi tak berkuah je. Ada satu hari tu LH bawak sambal sotong untuk dinner. Masa dalam tempoh training ni LH dan kawan2 diberi latihan oleh cikgu masing-masing. Mudah cerita sorang ada satu cikgu dan LH pun ada sorang cikgu.


Masa dinner tu, LH dengan cikgu LH rehat sama-sama dengan kawan-kawan kerja yang lain. LH pun keluarkan sambal sotong. Semua nak rasalah kan sebab  rare sikit masakan Malaysia kat sini. Semua yang ada dari western dan filipin. Semua memuji cakap sedap terutama sebagai pembuka selera. Kita Malaysian ni memang la sangat membuka selera kan. Walaupun pada diorang sangat pedas tapi kalau orang Malaysia lain makan mesti akan tanya 'ko xmakan pedas eh?' Paham?

Sambal pun beralih tangan dan sampai kat cikgu LH. Tapi dia tak jamah pun. Dalam hati LH mungkin dia tak makan pedaskan sebab dia pun asal belah-belah western sana. LH pun abaikan.

Besoknya LH buat spaghetti Olio pulak. Spaghetti Olio kan seafood. Situasi sama jugak berlaku masa dalam pantri. Sampai kat tangan cikgu LH tapi dia tak makan. Kali ni LH tanya kenapa tak makan sebab spaghetti ni bukan pedas pun. Spaghetti kan memang la tak pedas.


Dia jawab dia tak makan seafood. LH cakap ' maaf sebab tak tahu you allergic seafood.'






Tau dia jawab apa..

Im not allergic to seafood but seafood too expensive to me. In my country it cost 200 for 1 plate and i cannot eat this because my family can't afford to buy seafood.

Speechless

Semua dalam pantri terdiam. Pandang LH. Gelabah jap.

Seriusly LH macam alamak,siannya,betapa bersyukurnya hidup aku ni. LH terus minta maaf dengan dia. Nasib dia ok. Dia cakap teruskan makan jangan hiraukan dia. Dia da biasa. Lagipun dia baru pasang gigi besi jadi boleh makan bubur saja.


Dalam hidup ni, banyak mengajar kita erti kehidupan cuma kita saja nak ambil sesuatu perkara tu sebagai iktibar atau tak. Serius sedih. LH kecik-kecik lagi dihidangkan dengan seafood. Walaupun bukan dari golongan berada dan dari golongan susah tapi sekurang-kurangnya mak usahakan juga hidangkan seafood sebulan sekali. Ketam antara makanan paling mahal masa LH masih kecik. Kalau dapat makan ketam tu muka masing-masing happy.


Kalau diingatkan kita kena sentiasa bersyukur.

Cer teka dia asal dari negara mana?

Sekian lalutan LH.

Dapur Teruna | Spaghetti Seafood Olio

Omg! BMI dah overweight.  Tahniah buat LH.
Lamanya xmasukkan resepi. Kesana kemari sampai lupa akan kewujudan blog nih.
Memandangkan BMI LH da overweight maka sesi mendietkan diri bermula.
Nasi of coz LH xbleh makan sebab LH ni kalau makan nasi mmg xleh stop. Kuantiti kalori pon xterkira. Alhamdulillah setakat 3 minggu ni LH amik nasi seminggu sekali saja dan ambil masa sarapan sahaja. Mana mungkin boleh lupakan terus makanan ruji kita tu kan. Dengan jayanya LH dah kurangkan berat sebnyak 4kg. Ni bukan diet saja ok.. LH campur aduk skali dengam workout macam cardio n weight lifting.  Ceh speaking pulak.. oklah xmau cerita panjang, pada yang mencari karbohidrat pengganti nasi boleh cuba resepi ini.
Spaghetti Seafood Olio
Bahan2
Seafood - udang/sotong/tiram.
Serbuk lada hitam
Minyak olive/butter/minyak biasa pon boleh
Spaghetti
Serbuk cili
Daun oregano
Garam secukup rasa
Cara
1. Rebus spaghetti sampai lembut. Spaghetti ni LH rebus 3/4 lembut sebab nanti nak menggoreng pulak.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan minyak olive dan butter sikit.
LH potong bawang putih dadu.
3. Masukkan seafood. Masak separuh masak. Jangan lelama kalau pakai sotong nanti dia liat.
4. Masukkan cili kering yang dipotong dan dah direndam air panas.
5. Masukkan spaghetti. Gaul sampai semua sebati dan spaghetti lembut.
6. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan daun oregano.
Siap untuk dihidangkan.
Pada yang xsuka rasa lemak2 jangan guna butter. Cukup sekadar minyak.
Jumpa lagi. Selamat mencuba.
#bodyjam+bodypump harini...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images