Dapur Teruna | Tepung Bungkus vs Pulut Udang

Assalamualaikum dan selamat malam...

Memalam ni nak buat apalah yer kalau tak meng'hapdatekan' blog ni.. Tak gitu..Masa jejalan tadi ternampak Cik Mat Gebu masukkan resipi wat roti tu.. Sungguh menyelerakan.. LH pun teringat menu sarapan pagi tadi yang mak LH watkan. Menu tu sebenarnya dia buat jual. Ala jual sesuka katanya. LH dah melarang sebab usia-usia dia tu bukan masanya dah. Tapi degil jugak nak buat katanya isi masa lapang. Jadi terserahlah. Janji dia gembira. Tak gitu?

Sarapan Pagi

Pagi tadi mak buatkan tepung bungkus dengan pulut udang. Sekali lagi ditekankan MAK BUAT yer bukan LH buat. Jadi resipi ni resipi mak yer. hehehehehe...

Pulut udang biasanya LH takkan beli kalau mak tak buat sebab tak gemar. Kalau mak buat saja LH makan sebab mak tau anak dia tak suka makan pulut udang yang garing. Di sebelah utara memang dipanggil PULUT UDANG tapi sebelah selatan LH tak pasti. Pulut Bakar kot panggilannya. Mungkin sesapa sebelah sana boleh kongsikan. Mana tau pulut udang dan tepung bungkus ada nama lain? Rasanya orang jawa panggil lain tepung bungkus ni.

 Pulut Udang

Tepung Bungkus

Jadi korang nak resipi yang mana? Hehehehe... Malam ni LH boleh sediakan resipi tepung bungkus saja sebab mak macam sibuk sediakan cucur badak. Nak habiskan inti katanya. Nak tolong tak pandai nak buat. Kalau nak makan sendiri boleh la tolong kalau tak jadi pun tak kisah. Ini nak jualkan. Kang kantoi anak teruna dia yang buat. hahahaha...





LH sangat lah tak berkesempatan nak minta resepi dari mak LH. Balik kampung saja mesti lupa. Jadi korang layan gambar je lah yer. Nyum Nyum.


Dapur Teruna | Seri Muka Bakar

Resepi oh resepi..

*Kannn gituh mukadimmah entri kali ini...

Terlanjur da masak bagai ni terus lah LH amik gambar bagai menerai atau bahasa suratnya mencuba kamera baru yang LH beli.

*motif nak bagitahu kamer baru..hehehe

Seri muka memang kegemaran LH. Asal balik kampung saja mesti LH beli. Wajib beli dekat satu kedai ni dekat 'nat' balai baru kat Perlis. Memang ohsem dia unya rasa. Keaslian rasa dia tak penah hilang kot. Satu lagi kuih yang best dekat situ ialah kuih bengkang ubi kayu. Itu pon feveret.


gambar so so saja

Alkisahnya nak makan mengalahkan orang ngidam. Lagipu baki beras pulut susu dari Thailand hari tu masih ada. Jadi LH habiskan saja. Sebenarnya LH penah buat seri muka ni masa bercuti dan balik kampung hari tu dan menjadi dengan baik. Tapi cubaan kedua ni agak lembik sikit atas dia. Tapi LH suka saja senang nak sedut. Hahahahah..

Soalan cepumas!!!

Kenapa bakar?

Sapa penah makan Seri Muka bakar?

Benda ni mungkin tak ada kejanggalan pada yang dah biasa makan seri muka bakar. Tapi pada yang tak pernah jakun sekampung jadiknya macam teman serumah LH ni. Memacam ditanya.. Xkose nak menjawab. G tanya cik Google.

Ok jom intai resepi cara anak teruna.

Bahan

1. Beras pulut 500g (direndam 3 - 4 jam)
2. Santan - 400 mls cair* dan 250 mls pekat
3.Daun pandan 2 helai*
4.Gula pasir 200 g(kalau nak lebih manis lebihkan 50g)*
5. Tepung gandum 100g*
6. Tepung kastard atau tepung jagung 50g*
7. Telur 3 biji*
8. Pewarna Hijau*
9. Perasa pandan*
10. Garam secubit*



Cara

PULUT
1. Basuh dan toskan beras setelah direndam 3-4 jam.
2. Masukkan ke dalam loyang yang xde lubang dan masukkan santan 250mls. Ini bergantung pada kehendak memasing. 250mls tu ada orang buat semua santan dan ada yang campur air. LH buat semua santan.
3. Kemudian kukus selama 30minit. 
4. Setelah siap dikukus pulut dah masak,gaulkan pulut tu bagi sebati dan tekan pulut tu dengan senduk bagi dia padat. Senang cerita bila masak pulut tu macam hampir penuh loyang kemudian tekan pulut tu sampai dia separuh loyang. Ratakan.Biarkan kat tepi.

TOPPING
1. Sediakan blander. Masukkan semua bahan bertanda * dan kisar sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak sampai naik wap sahaja. (Xmasak pun xpe).
2. Tapis dan tuangkan ke atas pulut yang dah dimampatkan tadi. 
3. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Pada yang pertama kali guna pengukus dan buat kuih ni, pastikan atas loyang di tutup dengan aluminium foil atau tuala bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kuih. Nanti lembik yer makcik2.

Dah siap semua masukkan dalam oven dan bakar dengan api atas saja selama 15 minit dengan suhu 120 celcius.

* pengsan nak ajar makcik2 padahal resepi dari makcik2.

Dah siap sejukkan dulu baru potong yer. Jangan gatal nak potong awal- awal.

Ok selamat mencuba.

p/s:kalau topping korang lembik maksudnya tepung xcukup leh tu.. Masukkan kan dalam peti nanti dia ok.



Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images