Kisahnya | Bukit Magnet, Madinah Al Munawarah

Setiap cerita ada gambarnya. Gicuh!

Cerita la sangat, cerita Istanbul pun dah terbantut. Semua gara-gara assignment. (Padahal diri sendiri malas)

Nanti LH sambung trip Istanbul tu, bukan tak nak sambung tapi sebab hari tu sibuk dan kena pulak entri akhir tu gambar tak edit lagi makanya lambat lah nak upload. 

Alih-alih LH update gambar ni dulu sebab ada beberapa keping saja.

Bukit Magnet atau dalam bahasa arab ni diorang ni panggil tempat ni Manthaqotul Baidu (tanah putih). Sebab pasir situ warna putih kot. Tak berapa rajin nak baca sejarah. Yang pasti kat sini best sebab ada ATV, kuda,unta(harus la ada) dan tasik.

LH paling suka tasik tu.



Sebenarnya plan macam terlewat sikit disebabkan oleh terjadi peristiwa tak diingini iaitu LH tertumpah garam dalam kuah Mee Udang. Maka nak menghilangkan masin dalam kuah tu amik masa. Tapi sangat kelakar sebab kuah Mee Udang tu LH letak macam-macam, dan endingnya boleh makan tapi manis sikit. Janji semua orang makan sudah.

Perjalanan dari bandar Madinah ke tempat ni lebih kurang 1 jam. Jalan dia boleh tahan horor. Sempit. 







Masa sampai tu kitaorang lalu kawasan ada empangan. Korang rasa berfungsi tak empangan kat Saudi ni? Takdanya berfungsi. Kering kontang. Mungkin perancangan awal kerajaan Saudi ingat kawasan ni banyak air kot, sebab kalau musim sejuk di Madinah kawasan ni mampu jadi kawasan tadahan air. Tapi tak jadi. 

Lepas saja dari kawasan empangan tu jumpa kawasan tasik macam dalam gambar ni, tapi kitaorang tak berhenti, kitaorang terus lagi sampai hujung sebab nak tengok kawasan ATV dan kawasan yang bermagnet tu. Sampai dekat kawasan ATV, semua taknak main sebab debu melampau. Pastu kitaorang patah balik ke kawasan tasik dan melalui kawasan bermagnet. Syazwan si driver, neutralkan kereta dan lepas break. Laju rupanya magnet ni tarik. lebih kurang 100km/H la lajunya. Kitaorang tengok meter kereta masa tu.

Sepanjang kawasan bermagnet tu banyak la kereta berhenti tepi jalan sebab nak menyaksikan keajaiban Allah SWT ni. Kalau curah air atas jalan, air akan bergerak melawan arus. Maksudnya kalau tempat air dicurah tu condong sepatutnya air turun mengalir dari tempat tinggi ke rendah tapi di kawasan bermagnet ianya terbalik.







Habis layan semua tu, terus gerak ke kawasan tasik. Kawasan tasik ni akan kering sebenarnya bila musim panas tapi sebab musim sejuk tahun ni di Madinah lambat habis jadi lambatlah kering. Masa lalu tengok macam cantik tapi bila dekat biasa saja. Kotor sikit dengan sampah tapi masih boleh lepak la.


Untuk yang dah 6 bulan tak penah nampak tasik macam LH ni nikmatnya tuhan sajalah yang tahu bila nampak tasik. Kitaorang ada nampak satu kawasan ni, hijau sangat dan cantik sangat. Ada unta pulak 2 3 ekor.Tapi kitaorang tak berani pulak nak pergi sebab rasa macam 'private property'.











Habis makan dan lepak-lepak, kitaorang balik dan singgah di Mall. Makan sikit-sikit terus selesai trip dekat-dekat kitaorang.

enjoy the pic.


Wassalam.

Kisahnya | Aidiladha di Madinah

Salam semua.. Ok gigih tak LH?

Kalau time rajin macam ni la.. setaip hari ada entri. Cuba kalau malas.. Haramm!!

Siapa pernah sambut raya kat negara orang? Mesti ramai kan? Terutama pelajar yang belajar di luar negara dan backpackers yang nak merasa raya di tempat baru. LH dah tergolong dalam golongan yang sama dengan golongan perantau tersebut tahun ni. Biasa feeling feeling perantauan di KL saja tapi kali ni memang bebetul perantau. Jauh sampai ke Madinah. Jauh pun takpe janji impian tercapai yer tak?

Solat sunat Aidiladha kat sini awal. Kalau di Malaysia lebih kurang pukul 8.30 pagi kan tapi di sini pukul 6.30 pagi. Awal tak? Mesti la awal kalau dah subuhnya jam 4.30 pagi. Selesai subuh semua akan bertakbir raya sampai jam 6.30 pagi dan tempat 6.30 pagi solat sunat raya dimulakan. Selesai solat, imam akan sambung dengan khutbah raya haji. Kawan LH yang paham khutbah tu dia cakap tiap tahun khutbah yang sama. LH senyum jer sebab tak paham.

Seminggu sebelum raya takbir da bergema setiap pusat membeli belah. Pusat membeli belah ok ada takbir. Hik..
Alhamdulillah tahun ni dapat merasa beraya di Masjid Nabawi. Walaupun orang asing tapi hati gembira dan tenang.

Ok jom layan gambar sekeping dua di Masjid Nabawi.

 Ni lah kawan LH kat sini, namanya Syazwan Senin. Dia yang bagitahu LH yang khutbah tu tiap tahun cerita tentang Nabi Ismail. Same topic.










































Orang memang sangat ramai,tapi bila kat dalam tu tak ada pun berasak-asak. Cool je jalan. Alhadulillah. Berpeluh pun tak. Tapi bilangan orang solat Aidiladha ni tak ramai sangat sebab rombongan haji semua tak ada sebab diorang tengah wukuf. Masuk raya kedua baru rombongan haji akan turun ke Madinah kembali. Kalau ke Madinah roger LH, boleh pergi makan kambing sesama

Sebut pasal kambing teringat ada beberapa gambar pasal jual kambing di sini. Syazawan yang bawak tunjukkan dekat LH dan kawan LH. Jom tengok..











Diorang ni jual kambing tepi jalan jer. Korang bayangkan korang lalu kat federal highway dan sampai dekat tol batu 3 ada orang jual kambing. Hah gitulah lebih kurang. hikhikhik...

Ok tu sajo. Esok LH kerja,selamat beradu.

wasalam...

p/s:11.15pm KSA.

Tempat Makan | Madinah 3

Rajin ok malam ni LH mengupdate.

Semalam ada cerita tentang VEGE SOUK kan, jadi hari ni LH dah berjanji nak bercerita tentang makanan dan tempat makan di sini.

Kat sini pertama sekali semua makanan adalah dalam kuantiti yang besar dan jenis makanan adalah makann utama sahaja. Tau kan makanan utama? Nasi saja memanjang. Kalau di Malaysia nasi beriani tu macam bila teringin baru makan kan? Kalau kat sini teringin ke tak semua nasi macam nasi beriani. Macam-macam perisa ada. Beras yang asia yang ada di sini pun beras dari Thailand. LH masih gagal memasak nasi di sini supaya menjadi nasi yang tak lembik. Mungkin beberapa minggu lagi arif lah kot.

Kuantiti di sini semua besar-besar,jadi dinasihatkan beli satu hidanngan dahulu dan kemudian tambah.

Food court sini takde makanan-makanan tradisional, semuanya fast food. Tapi maaf sebab LH lupa nak ambil gambar FC sini. Makanan saja LH ambil,itupun tak semua.

Masa sehari sebelum raya haji haritu LH ada pergi makan satu kedai makan ni. Menarik. Cuma nama setiap makanan tu LH tak tau. LH cuma tunjuk apa yang LH nak makan sekali bila dihidangkan, mak aiiii portion dia pengsan!!!

Moh tengok gambar, kalau bercerita panjang-panjang pun bukan korang suka.







Pergi memana pun sayur ni saja yang ada


Sos. Sedap


Tengok pakcik ni, hidangan dia sama saiz macam kitaorang dan dia boleh habiskan.. kitaorang tak mampu...





 Nampak tak roti tu? sedap!!



Amacam? Terliur tak?

Sambung cerita, ada satu hari ni LH bersembang dengan senior kat tempat kerja, dia cerita pasal STEAK HOUSE. Terus LH terliur nak makan steak. Makanya malam tu gigih pergi makan juga.

Steak House ni terletak di Al Rashid Mall. Terletak di tengah-tengah bandar Madinah. Pusat membeli-belah yang menarik untuk kaki shopping dan kaki makan. 

Maaf dengan keadaan gambar itu. Biasalah kalau pakai phone ni. Tunggu LH dapat gaji LH beli kamera baru. HikHikHik..


 Tak ingat nama menu ni tapi dagingnya sedap. Cuma udangnya tak sedap. LH tak suka campur daging dengan seafood. Tak sesuai rasa. Tapi gigih amik menu ni kan? Kawan suggest jadi LH orderlah dan memang berbaloi.


Ini menu kawan LH. Burger apa tah. Sedap. Tapi dia makan tak habis sebab dia makan side dish banyak sangat. Side dish dia adalah free dan disediakan secara buffet. Itu yang kawan LH lupa diri.



OK nanti LH akan update lagi kalau ada kerajinan.


p/s: Nantikan entri trip ke Yanbu,Madinah.

Kisahnya | Madinah - Vege Souk

Assalamualaikum semua..

Baru muncul kan? Gituh la LH. Janji tinggal janji. Malas bercampur tak rajin. Acane tu?

Entri lepas kan LH ada janji nak kongsi gambar-gambar dari vege souk di Madinah.


Meh LH cerita asanya dulu..

Vege Souk ni pasar basah atau pasar tani untuk orang-orang Madinah. Yang menariknya pasar ni, pasar ni wujud setiap hari dari siang sampai malam. Pasar ni lebih besar dari padang bola dan dibahagi mengikut barang-barang yang dijual. Contoh LH bagi maca jual sayur dan buah, bahagian sayur dan buah ada satu blok bangunan untuk sayur dan buah saja dan tak ada campur apa-apa. Macam tu juga bahagian lain ada bagunan untuk ayam, bahagian untuk kambing dan bahagian untuk ikan. Memang syok.

Selalunya kalau ke Madinah biasa orang ramai akan ke tempat membeli belah macam jubah, air zam-zam, kacang cerdik dan memacam lagi kan. Apa kata lain kali kalau datang ke Madinah lagi cuba melawat VEGE SOUK. Satu lagi yang menarik tentang vege souk ni ialah ikan fresh akan digoreng di pasar ni. Korang pergi ke bagunan yang jual ikan dan bangunan tu ada bahagian menggoreng. Pergi situ cari ikan dalam peti ais besar dia dan kemudian suruh dia goreng. Memacam ikan wooo... Ikan nemo pon ada.

Yang lain layan gambar je lah yerk...

 musim buah delima sekarang


 Kuali menggoreng. Boleh buat kolam renang kan?


 Pilih ikannya disini


 Bas ke vege souk


 Vege Souk dari luar



 Hasil tuaian



Nilah ikan yang dibeli. Kerapu seekor dan Peacock 2 ekor. SR120.


 Sayur dan buah



Buah-buah kat sini semua buah western dan yang tak best ialah sayur di sini tak ada sayur asia. SOBSOBSOB...

Sebenarnya LH tak makan kambing,tapi alhamdulillah kat Madinah LH boleh makan kambing. Tak pasti kenapa tapi kambing di sini bau tak sama macam kambing kat Malaysia. 



Nanti-nanti kita bercerita tentang makanan kat sini pulak.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images