Happy New Year, Goodbye 2017 and Welcome 2018

Happy New Year semua, LH dalam bas ni dalam perjalanan ke KL nak kembali ke negara padang pasir.

Eh ada lagi ke orang baca blog zaman sekarang ni?



Dua tahun LH menyepi, post terakhir pada Januari 2016. Macam-macam melanda dalam hidup LH tapi alhamdulillah LH masih survived. 2017 tahun paling menduga kesabaran dan ketahanan mental LH dan alhamdulillah LH berjaya keluar dari kepompong kemurungan tu. Nanti bila ada kelapangan LH akan ceritakan. Moga tahun 2018 membawa sesuatu yang baru dalam hidup kita.

Bila LH buka balik blog ini dan tengok rating viewers, tak sangka sampai hari ni masih ada pengunjung yang masih sudi datang menjengah. Terima kasih.

Tahun 2016 LH berjaya ke beberapa buah negara Eropah dan Bosnia manakala 2017 hanya berjaya menjejakkan kaki ke Filipina dan berkunjung semula ke Phuket untuk New Year Eve dan itu pun seorang diri(ada cerita menarik untuk dikongsi). Semua cerita masih terperap di dalam draft dan sekadar dipandang sepi. InsyaAllah tahun ni LH akan selesaikan semua tulisan tu dan publish ikut kemampuan.

Plan atau azam 2018?



Apa perancangan korang?

LH tak ada azam yang besar pun, dan seperti biasa akan terus membawa kaki melangkah ke negara-negara yang belum LH sampai. Ada satu azam atau perancangan yang besar untuk tahun 2018 dan LH harap LH berjaya untuk capai perancangan ni. Orang kata kalau ada plan for future jangan digembar gembur nanti kurang motivasi, betul ke?


Pembukaan 2018 ni LH harap kita sama-sama ke arah yang lebih baik dan berjaya dari apa segi sekalipon.

Chill!!!

Life Must Go On : Selamat Tahun Baru


Assalamualaikum,selamat pagi,salam sejahtera semua.

2013 membuka tirai blog langsir hitam kembali. Mungkin ada yang tak sempat tengok pun blog langsir hitam yang lama tu. Tak apa, jangan kisahkan tentang blog yang lama tu. Dengan hadirnya tahun baru ni biar semua berwajah baru. Sengaja aku buka blog langsir hitam ni dengan domain baru. Kali ini aku bawakan sesuatu yang bercerikan penceritaan harian tentang kehidupan aku dalam blog ini. Tidak terlalu ke arah  peribadi sangat sebenarnya cuma sekadar berkongsi aktiviti harian kehidupan langsir hitam sahaja.


Famous sangat ke langsir hitam sampai nak berkongsi rutin harian? Jangan salah faham, aku cuma perlukan medan untuk aku menulis jadi aku jadikan media elektronik tempat bercerita. Mana tahu dari penceritaan dan perkongsian ini membantu sedikit sebanyak aktiviti korang kat luar tu. Betul tak?

Bercerita tentang tahun baru,azam tahun baru dah ada? Atau azam 2012 masih belum diselesaikan? Pada aku,azam tahun 2012 ada yang dah berjaya dilaksanakan dan ada yang belum. Kiranya separuh-separuhlah ni. Tak kisahlah apa azam korang yang pasti aku mendoakan agar tahun 2013 yang akan muncul beberapa minit lagi ni akan lebih bermakna buat korang. Yang akan mendirikan rumah tangga moga kekal sehingga ke hujung nyawa,pada yang bakal bertambah ahli keluarga tahniah dan moga sentiasa dimurahkan rezeki. Moga blog ni akan kekal sampai bila-bila.oklah taknak tulis panjang-panjang,bosan pulakkan. Aku akan cuba pastikan blog ni menarik untuk dibaca dari segenap lapisan masyarakat. Wassalam. Anyeong...

Update 6 Jan 2013

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images