Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta 3 (Bandung)






Moh sambung cerita..

Konon kata nak sambung malam karang yer.. sekali berhari baru sambung.

Sampai saja pagi tu dekat stesen Bandung, macam yang LH cerita sebelum ni, LH dan rakan sekalian alam terus menapak mencari guesthouse yang telah ditempah. Pepagi tu jalan sekitar bandar Bandung dah. Masa memula keluar dari stesen, jalan raya tak sibuk lagi,baru nak bermula walaupun hari dah nak cerah. Sepanjang perjalanan tu sempat la LH tengok kehidupan pagi rakyat Indonesia di Bandung. Budak-budak ke sekolah dan ada yang ke pejabat dan tak kurang juga yang nak mula bisnes pepagi tu. Yang menarik perhatian kanak-kanak sekolah diorang ni tengok kecik-kecik saja tapi dah naik motosikal dalam bandar Bandung tu ke sekolah. No worries!! Abang Polis tak kacau. Kalau Malaysia mati kena kejar.

Cari punya cari siap tanya pakcik tepi jalan yang menyapu sampah di pagi hari. Dekat saja dari setesen cuma kitaorang terlepas lorong. Lumrah kalau datang backpack ni sesat. Masuk guesthouse tu dan alhamdulillah GH ni boleh check in serta merta walaupun masih awal pagi. LH sangat gembira sebab boleh mandi.

Maaf gambar GH dah hilang dan LH lupa dah nama GH tu.

GH ni nak kata hebat macam GH dekat Krabi tu taklah. Biasa saja. LH rasa memang standard GH Indonesia ni macam tu saja kot sebab dekat Jogja pun macam tu.

Abaikan tentang GH tu, selesai rehat sekejap kitaorang pun keluar menjelajah. Plan asal nak ke Trans studio. Hati berbelah bahagi nak masuk atau tak. Almaklumlah dah tua. Tapi hati berat ke arah nak masuk sebab nak tengok. Berkorban lah duit yang tak seberapa tu sebab nak jugak masuk TRANS STUDIO BANDUNG.

Sebelum tu, kitaorang ke stesen keretapi Bandung balik sebab nak beli tiket ke Jakarta pagi esoknya. Selesai beli tiket LH cari kedai makan dan jumpa kedai makan tepi jalan. Kawan-kawan pesan jangan makan dekat gerai tepi jalan di Indonesia tapi entah macam mana LH boleh pergi makan dekat kedai tepi jalan. LH masuk dengan kawan-kawan lain dan perseketiran kedai macam, oh kenapa aku masuk sini?

Yang jaga kedai tu makcik muslim sebab pakai tudung jadi LH berdoalah muslim. Makcik tu pun baik orangnya dan ramah.

LH tak tau nak makan apa, sebab nama-nama makanan dia pelik. Lepas tu mak cik tu cadangkan Nasi Gudeq. LH setuju. Nasi Gudeq menjadi sarapan merangkap maknan tengahhari. Rasa dia boleh tahan dan pada LH sedap ada nangka dan daging lembu. Rasa dia agak manis untuk gulai rakyat Malaysia. Sebelum makan bukan setakat doa makan, ayat kursi pun LH baca takut lah kan negara orang. Dan alhamdulillah sampai balik Malaysia perut LH sihat.

Waduh!! Kalau cerita bab makan panjang berjela. Jom layan gambar TRANS STUDIO BANDUNG.










sesuatu yang harus korang cuba kalau masuk sini


Kalau minta pendapat LH,LH rasa Taman Tema Genting lebih menarik. LH pun tak pasti kenapa mungkin faktor usia yang dah makin menginjak ke usia dewasa antara penyebab LH makin kurang dengan aktiviti macam ni. Lepas habis main 2 game kalau tak salah LH, LH sekadar jalan-jalan ambil gambar dan tunggu yang lain. Pada yang tak suka aktiviti macam ni jangan membazir. Cukup sekadar pergi depan tu dan ambil gambar dan balik. LH dah lupa dengan harga tiket. Ampun ya. Malah harga teksi ke Trans ni pun LH da lupa tapi kalau tak salah LH berjaya dapatkan harga kurang dari 100 ribu rupiah walaupun jalan sesak. Pastikan deal harga sebelum setuju.

Balik dari TSB LH dan kawan2 ke Pasar Baru beli telekung. Habis berborong balik hotel dan rehat. Gila penat. Duit LH dah habis masa ni. Tengah pikir camna nak buat sama ada nak tukar kat money changer atau withdraw saja. Sekali kawan LH inform kata boleh withdraw duit dari ATM tanpa sebarang caj. Cari bank yang ada lambank maybank kecik saja. Bri Bank kalau tak salah LH.

Ini buka trip Jimat. Jangan contohi. Hahahahaha....

Malam tu LH makan tepi jalan lagi. Hati kental perut waspada. Gituh!!

Jalan-jalan cari kedai semuanya kedai tepi jalan saja dan alhamdulillah semua sihat. Cuma pastikan kedai tu halal yer. Sebab ada kedai yang jual katak.

 Waiter kedai

 Kangkung hot plate


 Masih hidup!!(Ni belum dimasak dan bukan menu kitaorang)


 tepi jalan kan?


 Nasi goreng


Ikan Gurami aka Ikan Kaloi. SEDAP!!

Balik hotel terus tidur sebab besoknya train ke Jakarta paling awal pukul 5.30. Pukul 4.00 pagi kitaorang dah bangun dan berjalan kaki ke Stesen Bandung tanpa sesat. Bangga tak sesat.
Nasihat untuk korang,sebelum makan Bismillah ye.

Pagi-pagi naik keretapi ke Jakarta. Kelas Eksekutif. Harga tiket rabak poket. 


EXECUTIVE x?

Sampai situ sahaja. Bye bye Bandung, Welcome Jakarta..

Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta 2

Kisah kedua bermula apabila.... 

Hah gitu permulaannya...



Harap menjadi iktibar pada korang semua kalau perjalanan backpack pastikan ada snack atau coklat dalam beg. Sampai saja di Malioboro LH dengan member lain dah macam kain buruk. LEMBIK!! sebab tak makan dari pagi. Member LH sorang ni siap nak pengsan dalam bas pastu terus dapat tempat duduk. Gituh peramah dan berbudi bahasanya orang Indonesia. GOOD!

Turun saja dari bas, terus melulu masuk KFC. Dah itu je kedai makan yang tak payah was-was segala. InsyaAllah halal. Sebelum trip ni LH dah study la sikit pasal KFC diorang jadi memang tahu KFC diorang ada nasi cuma tak menjangkakan yang semua set dekat KFC diorang ada nasi. Diulang sekali lagi semua set KFC ada nasi. Kalau kat Malaysia korang beli set SNACK PLATE, maka kat sana dapat sebungkus nasi dalam set tu. Tak ambil gambar pun sebab kebulur. Ada dua gambar saja dekat KFC diorang ni.






 Air boleh pilih sama ada air kotak atas ni atau bawah ni. Warna biru trademark gelas dia.



Dah selesai makan rehat-rehat sekejap dalam KFC tu bagi mendapat keyakinan diri nak redah kat luar LH dan member pun keluar mencari hala tuju walaupun tak ada hala tuju. Tempat pertama pergi ialah Stesen keretapi Yogyakarta. Ingat nak pergi sana la mana tahu ada kerusi boleh rehat dan lepak bagai macam Malaysia. Sekali kerusi disediakan untuk yang ada tiket sahaja ok. Kiranya ada guard jaga dekat gate untuk bertiket sahaja. Dah macam tu kitaorang pun amik keputusan nak sewa hotel atau rumah tumpangan sekejap. Member LH nak pengsan lagi sekali. Punggah!!!

Melilau la LH cari hotel yang murah-murah kalau-kalau ada per hour punya cas kan. Sekali tak ada. Kitaorang bantai jer bayar semalam punya rate tapi pukul 7 mlm dah check out. Terlopong receptionist tu. Indah khabar dari luar hotel kat Malioboro ni. Dari luar macam wowwwwww!!!  Sekali masuk dalam, aiyoooooo... So nasihat LH kalau korang nak check in kat Malioboro kalau walk in baik pergi check bilik dulu sebelum serahkan passport.

Ok sambung lagi, malam tu dah selesai semua rehat mandi solat kitaorang pun check out dan cari kedai makan yang halal. Walaupun banyak kedai makan kat situ cuma hati masih curiga dengan kebersihannya. Pastu jalan punya jalan jumpa la kedai makan sebijik Member LH yang datang sehari awal dia da belikan tiket keretaapi terlebih dahulu. Bisnes kelas ke Bandung. Wow duduk bisnes kelas! Selesai makan kitaorang terus pergi ke stasiun yogyakarta. Scan tiket dan lepak sana sampai train sampai.








Aiyoyo... Pengsan t engok gerabak sebenar. Indah nama dari rupa. Perjalanan dari Yogya ke Bandung mengambil masa 7-8 jam tanpa henti. Tiket kalau taku habis korang boleh beli secara online. Tapi selalunya kalau tiket executive banyak je. Tiket ekonomi dan bisnes selalu habis. sepanjang perjalanan ada waiter yang akan bawak makanan untuk dijual. Memacam la makanannya. Dia tak bawak atas troli tau, dia bawak guna tangan saja. Sekali bawak dalam 3 4 pinggan gitu. Yang bawak family lebih baik pilih pengangkutan lain sebab agak lama dan memenatkan. Tapi yang backpack tak rugi cuba kenderaan awam di negara orang. Menarik.

 Pagi di Bandung. Besar stesen Bandung ni. Bnayak lane.


Ni gambar kesuluruhan stesen Bandung. Kitaorang salah keluar masa keluar dari stesen ni. sepatutnya ambik pintu keluar sebelah kiri tapi kitaorang pergi keluar ikut pintu kanan pastu kena menapak pusing balik dan akhirnya dapat snap gambar kat atas ni. Ohsem. Bandung lebih sejuk dari Yogyakarta. Kata orang tempatan sebab Bandung lebih tinggi kawasannya dari negeri lain. Macet nya medium antara Jakarta dan Yogyakarta. Kitaorang stay sehari saja kat Bandung dan keesokan paginya bergerak ke Jakarta dengan domestic flight Air Asia Indonesia.

Nanti malam LH sambung entri pasal Bandung pulak.

-Adios-

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images