Kisahnya.. | Moga Kesihatan Berambah Baik

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Apa Khabar semua? LH kat rumah ni alhamdulillah sihat hendaknya. Cuma agak serabut kepala dengan aktiviti yang sedia ada. Lama LH tak bersiaran. Asal nak bersiaran saja ada yang mengganggu. Malam ini pun bersiaran pada masa dan ketika berehat dari menelaah assignment. Haish susah sungguh assignment sem ni. Moga dipermudahkan hendaknya.

Hah,apa kena dengan kesihatan ni?Sebenarnya begini kisahnya. Malam LH nak drive balik KL dari kampung hari tu,nenek LH tetiba jatuh sakit. Nenek LH memang dah ada stroke,tapi keadaannya tidaklah seteruk mana sebab masih boleh makan minum sendiri cuma tak boleh berjalan dan bercakap saja. Malam tu masa LH dah siap-siap nak balik tetiba nenek macam tak sedarkan diri. LH macam tak sedap hati sebab bila LH cek tekanan darah dan nadi macam tak normal. nadi dia semacam saja. Tapi LH diamkan saja dan tak beritahu mak sebab tak nak mak runsing sangat. Nenek muntah-muntah kemudian tak sedar sepenuhnya. Kiranya kalau cek GCS tu dalam 8 saja rasanya boleh bagi. Fikir-fikir dan fikir LH tetap kena balik juga sebab sebelum ni nenek penahalami benda ni tapi tak lama cuma kali ni lebih lama. Dalam perjalanan pulang LH cuma boleh berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sampai Tapah,mak LH telefon. Hati makin risau. "Nenek muntah darah dah dua kali". Hah!! " Tel ambulans" Itu saja yang LH boleh suruh buat. seketika kemudian mak telefon lagi dan bagitahu nenek dah admit.

3 hari di hospital macam-macam yang berlaku. LH tetap tak pulang ke kampung sebab bos LH cakap emergency leave bukan untuk nenek. Lagipun bukan kes kematian nak ambil leave. LH redha. Lepas 3 hari di wad nenek pun keluar dan nenek jadi macam tu sebab najis nenek banyak sangat terkumpul kat dalam usus. Nenk buang air besar macam biasa cuma apoa yang dibuang cuma 1/3 daripada kuantiti asal. Macam-macam kan?

LH cuma terkilan dengan pengurusan doktor kat hospital tu masa tu. Ahli keluarga LH dan buat aduan kata nenek meneran sakit tak boleh kencing tapi doktor tetap tak datang. Walhal masa tu bukan lepas pukul 5 lagi. Kalau lepas pukul 5 boleh diterima akal juga sebab tinggal doktor oncall saja. Last-last LH on9 sendiri dengan doktor tu. Tanya kenapa tak ada apa-apa tindakan. Barulah kelam kelibut. Bukan nak berlagak sombong tetapi bila keadaan macam ni kena atas batang hidung sendiri sesiapa pun akan sakit hati. Percayalah.

2 hari di rumah,lain pulak jadinya. Selera makan nenek hilang. Tak nak makan dan hanya minum. Masuk hari ke tiga di rumah nenek mengadu sakit pada bahagian kaki yang tak lumpuh. Sakit sampai menangis nagis. Kakinya sejuk dan kebiruan. Semuanya diceritakan oleh mak masa telefon LH. LH risau ada blok dekatsaluran darah nenek. LH terus suruh telefon ambulans. Pergi hospitallepas ambil darah dan buat scan. Kata doktor ini semua kesan dari kejadian tempoh hari dan perkara ini akan berulang dan doktor suruh mak bawa pulang saja nenek. Ya Allah,masa mak bagi tahu tu,LH terduduk sebab telahan LH betul.

Sekarang semuanya berserah pada takdair. Keadaan nenek makin baik dari hari tu cuma kakinya tak smebuh balik. Dia asyik mengadu sakit. Dan kaki dia terus-terusan kesejukan. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah. Andai ini penghujung hayatnya dan ini keputusan terbaik dariNYA kami sekeluarga redha.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin

Dapur Teruna | Hari Pertama Sekolah,Dulu dan Sekarang


Assalamualaikum.

Sihat semua? Moga sihat hendaknya. Hari ni hari pertama pelajar-pelajar sekolah kembali ke sekolah kan? Macam-macam cerita dengar tadi. Housemate yang baru balik dari kampung pun ada cerita pasal anak saudara dia baru masuk sekolah. Seronok rasanya bila ingat zaman ke sekolah. Macam-macam kenangan ada masa zaman tu. Masing-masing mesti ada kenangan manis masing-masing kan?

Bukan anak-anak saja yang banyak ragam,mak bapak pun banyak ragam masa hantar anak-anak ke sekolah. Masa kat tempat kerja tadi ramai yang ambil cuti nak hantar anak-anak ke sekolah. Siap ada yang amik cuti seminggu lagi. Masa tu aku terfikir,betapa berbeza zaman aku bersekolah dulu dengan sekarang. Aku tak pasti perbezaan tu pada aku semata atau pada semua orang tapi yang pasti memang berbeza.

Aku ingat lagi masa mula-mula aku jejak kaki ke sekolah rendah ayah aku yang daftarkan dan masa tu kelas pelajar diletakkan mengikut susunan abjad pada nama. Kira pelajar yang namanya bermula dengan huruf A akan berada di kelas pertama.  Tak adilkan? Hehehehehe... Sebenarnya tu sebelum ambil peperiksaan penentuan kelas. Masa ambil peperiksaan tu soalan yang tak boleh aku lupa ialah 1+1= ? Haaaaa... Apa korang jawab kalau korang dalam kelas darjah satu pada hari pertama dengan semua tingkap kelas ditutup supaya pelajar tak nampak mak ayah? Korang tau apa aku jawab? Jawapan aku bagi ialah 11. Hahahahaha... Kelakar. Sebab 1+1=11 kan bila disusun nombornya akan jadi sebelas. Kuikuikuikui... Walaupun nampak sangat cam bebal aku ni tapi kenangan tu aku tak boleh lupa. Andai boleh divideokan segala memori tu dari kotak fikiran aku,aku pasti ianya kenangan yang paling bermakna sebab aku masih ingat semua kenangan tu dengan jelas.

Masuk darjah dua hari pertama dah tak ada siapa yang teman aku ke sekolah. Semua aku lakukan sendiri. Yuran pun aku bayar sendiri. Dengan beg Swan yang besar tu aku ikat belakang basikal dan aku kayuh ke sekolah seorang diri. Malam sebelum ke sekolah tu mak aku bagi duit untuk bayar yuran dan aku ingat lagi perasaan aku masa tu sangat lah takut. Takut sebab apa nak dibayar nanti,takut duit tak cukup,takut cikgu tanya pasal yuran aku tak boleh jawab. Takut segala-gala lah. Masa tu adik aku baru di tadika. Disebabkan mak ayah aku kena bekerja(kerja kilang) jadi aku terpaksa uruskan sendiri. Dan aku berjaya menguruskannya sendiri. Itu yang aku terfikir sebenarnya. Bertapa berbeza dunia sekarang dengan dunia zaman aku dulu.

Sekarang mak ayah ambil cuti walaupun anak-anak dah masuk tingkatan atau da masuk sekolah menengah. Pelik sebab dulu aku boleh je uruskan semua sendiri. Siap masa aku darjah tiga aku yang uruskan pendaftaran sekolah adik aku di darjah satu. Aku tak rasa kurang kalau dibandingkan dengan budak sekarang malah aku berbangga sebab aku mampu berdikari pada umur semuda itu.

Tapi tak kisahlah. Rambut manusia sama hitam cuma hati lain-lain. Mungkin keluarga sekarang berbeza cara mendidik anak-anak masing-masing. Aku pun belum berkeluarga jadi semua tu sekadar pandangan dari mata kasar aku. Macam mana dengan pengalaman sekolah korang?

Dalam memikirkan semua tu,sempat juga aku siapkan cupcake lagi hari ni.hehehehehe... Hari ni aku berjaya buat Cupcake Chocolate Chips.
Cuma aku bermasalah dengan topping cupcake ni. Haish susah sungguh. Asyik cair saja topping aku. Apa tak kena entah. Jom kita intai resepinya.


Bahan

Tepung naik sendiri - 2 cawan
Butter - satu ketul
Gula Ising - satu cawan
Telur - 4 biji
Esen vanila satu sudu kecil
Chocolate chips secukup rasa

Caranya

Ayak tepung dan ketepikan

Pukul gula dan butter sampai kembang

Masukkan telur sebijik sebijik dan pukul sampai kembang dan ringan

Masukkan esen vanila

Kemudian tumar pemutar mixer kepada pemudar untuk mengadun

Masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai habis. 

Masukkan chocolate chips yang dan dihancurkan atau yang biasa. Bergantung pada citarasa. Gaulkan sebati dengan pengadun.

Kalau masukkan chocolate chips yang dihancurkan,sebelum bakar boleh tabur lagi chocolate chips yang tak dihancurkan. Jadi ada extra chocolate chipslah.

Akhir sekali bakar dalam ketuhar yang dah dipanaskan pada suhu 160c selama 20-25 minit bergantung pada saiz cawan kek tu. Kalaj saiz besar bakar selama 25 minit.


Dah siap boleh lah topping. Resepi topping xdisediakan sebab belum mahir. Hehehehe... Alkisahnha resepi asal cupcake ni dari blog kegemaran aku,blog Masam Manis. Resepi asal kak ita sebenarnya masukkan oreo. Disebabkan aku tak gemar Oreo aku masukkanlah chocolate chip. Dan cara penyediaan sedikit berbeza sebab cara kak ita macam otai sangat. Hehehehe... Aku tak berani guna cara tu. Tapi terpulang pada korang sebenarnya cara mana korang selesa.

Pada semua pelajar selamat kembali ke sekolah dan pada yang ingin mencuba dengan resipi ni selamat mencuba.

P/s: Kak Ita, cawan cupcake kita sama.hehehehe

Update 6 Jan 2013

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images