Kisahnya | Trip Ke Krabi. (Backpackers) Tamat

Wednesday, January 15, 2014

Ok LH kembali. Merajinkan diri di pagi hari. Masa di Aonang lepas selesai island hoping, Barracuda agen tu hantar kitaorang balik ke hotel. The Small hotel. Korang cakap saja dekat agen nama hotel dia akan hantar korang balik. Hotel ni memang ohsem. Tak pasti berapa bintang tapi memang best. Bilik cantik dan bersambung dengan kolam renang. Sebelum keluar jejalan malam tu layan berenang dulu sejenak dua.

*gituh

Hotel ni berdekatan dengan jalan utama di Aonang tu,jadi senang nak jejalan tak payah nak amik transport. LH book hotel ni melalui Agoda. Jom layan gambar.


























Amacam? cantik tak? Oh sem weh. Setiap bilik disediakan jacuzzi yg terletak dalam swimming pool bersebelahan dengan setiap sliding door memasing. Kannn.. feeling2 kayo.

LH lupa nak amik gambar depan hotel tapi hotel ni warna orange. Dari tepi jalandah boleh nampak.

Malam tu kitaorang cari makan dan jumpa satu kedai tepi jalan ni. Kedai biasa saja. LH makan suun somtam. Pergh!! Sangat membuka selera dan menyelerakan. Biasa la somtam kan. Pastu jejalan shopping. Memula nak shopping sikit tapi memandangkan ni trip pertama LH jadi LH beli la banyak sikit dekat member2 dan mak ayah di kampung. Baju bercop Krabi saja LH beli sampai 12 helai. Gilo. Pastu gelabah duit airport transfer dah tak ada. kekeke.. Pastu LH withdraw duit kat atm diorang guna akaun Maybank dan kena cas rm15 uall!!.. *rebah

Pepagi tu tak sempat sarapan pun sebab flight awal pagi. Kitaorang dah deal dengan pakcik yang LH berkenalan masa sebelum per island hoping tu. Dia amik 500 baht untuk 3 orang. Pepagi dia dah tunggu depan hotel. Datang dengan Vios yang dah modified. Dalam hati LH mak ai pakcik ni kalah orang muda. Lowered gila keta dia. 

Kitaorang balik flight pukul 8.30 pagi dan sampai rumah tengah hari juga.

Dah habis. Kalau korang nak suggestion or advise pasal Krabi leh email or tinggal komen jah. LH tak leh nak sertakan itinerary sebab pergi ni unplan dan main redah je dan memang LH xde bajet. Kan.. Xde bajet katanya.

*Pengsan


You Might Also Like

4 comments

  1. Agk2 bpe bjet smua?? Hotel & aktiviti kt sna??

    ReplyDelete
  2. Cegu nurul= saya bawa rm500 saja. Itu dah trmasuk tic bas,van dan hotel. Hotel yg diceritakan hanya rm80 semalam (the small). Island hoping rm40. Banyak aktiviti laut kalau tinggl di aonang. Kalau di krabi town ada aktiviti gunung.

    ReplyDelete
  3. boleh minta itinerary nya x..
    cincai2 pon xpe..
    panjang sgat celoteh nyee..
    jd terbelit saraf otak membaca..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta ampon la sangat. Udah lama trip ni. Tak mampu nak ingat dan trip ni xpenah wujud iti pon. hik!

      Delete

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images