Kisahnya | Trip Ke Krabi. (Backpackers) 2

Sunday, January 12, 2014

Ok sambung.. mati la malas nak update.

Perjalanan tu ambil masa 4-5 jam. Gila keras punkoq weiiiiii...

Tapi berbaloi. Sebab apa LH kata berbaloi,sebabnya dapat tengok persekitaran diorang sepanjang perjalanan, lebuhraya diorang, perkampungan diorang dan masyarakat diorang. Matila promot. LH memang suka compare macam tu, yang baik kita jadikan tauladan dan yang xbaik sekadar tengok sajoh.

Ok!

Sampai kat Krabi kitaorang ingat driver van tu dah tau sekali dia taktau kitaorang nak turun dekat pekan KRABI. Nasib baik kitaorang bagitau awal. Sampai saja dia turunkan kitaorang sebelah agen pelancongan lagi. Tapi tidak kali kedua. Kitaorang masuk situ pun sebab nak buat perbandingan sahajo ok. Dah tengok pakej dan harga bagai terus blah cakap nanti datang lagi kalau nak. Pastu kitaorang tanya dia mana nak cari GH kitaorang bleh plak xnak gtau. Siot. Dari tempatagen pelancongan tu ke GH kitaorang lebih kurang 100 meter saja. Dekat je uall. Sampai saja GH tu owner dia dah tunggu kat situ.

Sesampai je "hi,welcome LH."

Motif!!

Tepat sungguh tekaan dia. Dia sebut la nama LH idok la dia panggil LH. Kekekeeke..

Kitaorang pilih GH Good Dream. (Good Dream Guesthouse). Nanti LH cerita pasal GH ni. Yang pasti ohsem ok.



Kitaorang merupakan pelanggan dari asia pertama untuk bulan itu. Terkejut jap sebab betapa kayanya orang asia sebab tak duduk kat GH.

Lepas dah check in bagai jejalan kejap cari pakej lagi untuk trip keesokan hari. LH lupa nama satu kedai ni, dia kecik saja kedai agen ni sambung skali dengan bar. Kedai dia lebih kepada bar sebenarnya. Tanya situ
dapat harga murah ok. Kitaorang pilih pergi island hoping dengan bot panjang je. lepas tawar bagai korang tau dapat berapa? RM40!! very the cheapmunk!! island hoping kat Langkawi pon 150 okkkk...

Kitaorang amik 2 pakej satu island hoping dan satu lagi pergi aktiviti lasak macam water rafting,elephant trekking, waterfall visit dan atv yang dapat rm150. Pun dikira murah dan berbaloi sebab dua dua pakej ni tersedia dengan makan tengah hari. Jadi hari pertama di pekan KRABI ni tak banyak yang LH dan member buat. Kitaorang sewa motor sementara tunggu hari gelap. kat sana lewat sejam dari kita tapi gelap awal dari kita. Eh macamana tuh? Ntah malas nak pikir.





Sewa motor kat sana LH dah lupa harga sebab member yang uruskan bayaran bagai dan LH bayar dekat dia saja. Agak mahal kitaorang dapat sebab dia dikira 24jam sewaan tu tapi kitaorang ada lebih kurang 5 jam saja. Sebab malam nak buat apa kan motornya. Disebabkan nak cuba dan nak cari pantai berdekatan kitaorang pon sewa juga. Tak salah 250 baht kot. Pastu minyak pon cukup sampai stesen saja. Isi penuh uall!! Feeling kaya!! Taklah sebenarnya sebab tak tau nak agak. Diorang mesti adjust baiknya jarum meter tu. Risau terkandas tengah jalan kitaorang pun isi penuh. Secoet je penuh tank RM10. Mahal bapak minyak dia.

Kitaorang apa lagi meronda la pekan tu. Takde apa pun sebenarnya, kitaorang pergi terus keluar dari pekan dan menghala ke Aonang,konon nak cari Aonang tapi tak jumpa dan jumpa pantai apa tah banyak juga kedai. Tapi disebabkan bulan 9 ni low season jadi hujan asyik turun dan nasib baik hari tu hujan renyai sahaja.

Sampai kat pantai tu kitaorang jejalan tengok cenderamata. *skema pulak
Lepak makan kat satu kedai ni,member order pulut ayam dan LH order kuew tiaw sup. Memang LH tau kuew tiaw sup diorang ni vavavoom. Sekali sampai memang betul tekaan LH memang vavavooom uall!! Sedap ok. Pulut ayam dia tak sedap xsama macam dekat Padang Besar. Dekat Padang Besar sedap lagi. Pastu order Somtam pulak. Pergh menyengat. Hujan-hujan pun peluh tak hengat. Sedap! Harga lebih kurang Malaysia saja.

Pastu jejalan nak turun pantai sekali kena bayar. terus start motor blah. Ingat nak cari Aonang tapi hari macam dah lewat terus kitaorang balik ke pekan.

On d way balik tu, motor member ni meter kata dah habis minyak. Kitaorang pon redah juga. sekali tak habis-habis. Penipuan semua itu.

Malam di pekan Krabi.

Kitaorang macam beruntung juga sebab pergi ada jumpa Jumaat dan Sabtu di sana.

Pergi dia punya Pasar Malam aka Night Market. Best g sana sebab memacam street food yang halal boleh cuba. Yang tak halal pun boleh cuba kalau korang nak. Kepala babi tertonggek kat tepi jalan. Asal penjual pakai tudung je mest LH rasa dan beli. Kira duit LH banyak Habis dekat makanan. Apa yang LH cuba macam sup ayam dan beberapa jenis kuih kat sana. Beli juga suun goreng kat sana. Not bad sedap. Rasa lain skit dari japcae korea.



Setel semua dan pulangkan motor balik ke GH.


Keesokan harinya kitaorang memulakan trip kitaorang dengan pergi aktiviti sekitar bukit di Krabi dahulu. Antara aktiviti yang ada ialah water rafting,elephant trekking, monkey temple dan waterfall visit. Pertama sekali kitaorang pergi naik gajah dulu. LH ingat naik gajah ni apa la sangat. Macam naik kuda je la kan. Sekali dia bawak gajah tu naik bukit turun bukit yang curam gila pastu sebelah jeram diiringi hujan lebat. HAH!! Naik kuda sangat. Asyik mengucap sajo la LH. Memang horor. Tapi pengembala *pengembala ke? dia tu steady weiii takde apa pon tali pastu tak menggelongsor pon. Memang awesome experience. Korang kena cuba.


Salah sorang penduduk sana maybe..

Dah siap selesai naik gajah tu, LH ringkaskan lah kitaorang sepatutnya pergi ke waterfall nama dia duyung apa tah.Tetapi disebabkan hujan yang lebat diorang cancel sebab merbahaya. Kitaorang pun redha daripada mati kang kena timbus air deras. Pastu terus ke acara seterusnya iaitu makan tengah hari dan water rafting. HOOOYEAHHHH!! yang ni memang best. Sila amik pakej ni.

Water rafting tu start sebelah tempat lunch saja. Diorang bagi briefing sesikit dan pesanan supaya tidak hilangkan paddle. Kalau jatuhkan paddle bayar 100baht. What pengayuh tu rm10? 

Dah siap briefing kitaorang dapat pengemudi dia kapten group yang pengelola aktiviti tu. Gila masak kena ngan kapten tu. Mengucap tak berhenti LH. Serius dia saja buat macam nak terbalik bagai bot angin tu. Siap tertongeng tersembam nak terjatuh dalam sungai tu.. Tapi pengalaman tu memang berharga dan BEST!! Sapa suka aktiviti lasak digalakkan cuba.

Selesa semua tu last sekali di bawa ke monkey temple. Kuil ni macam kuil buddha gitu dan banyak monyet. LH kebosanan yang amat kat sini sebab kat Malaysia pun bersepah monyet. Sekian.

Gambar water rafting tu tak ada untuk di upload. Sekian. Balik dari beraktivi semua tu sampai dah nak petang. Balik GH dan rerehatkan badan kejap. Pastu mati kutu apa nak buat lagi. 

Kitaorang buat keputusan keluar cari makan isi perut.Ke mana? kemana lagi.. pasar malam lagi la. Borong situ sikit kemudian jalan sekitar pekan jalan kaki dan jumpa kedai muslim. Makan kat situ. 

Jam awal algi time tu bila siap makan dah bosan. Ini gara-gara book dua malam dekat Krabi Town. Dinasihatkan kat korang untuk menginap satu malam sahaja di town selebihnya di Aonang. Kitaorang pun cari massage centre. Jalan punya jalan jumpa satu yang berkenan di hati. Ingat massage tempat dorang ni macam tempat pelacuran gitu tapi sebenarnya tak yerrr.. Korang memang akan dikepak sampai badan korang ringan.

Ok selesai 2 malam di Krabi.

Tentang GH GOOD DREAM tu, pada yang pergi backpackers memang sangat ok tinggal situ, murah dan servis bagus. Mungkin sebab itu banyak pelanggan dari europe tinggal situ. Tempat bersih dan luas, toilet pun dijamin bersih. Bab makanan tak disediakan tapi ada bar kat bawah GH. Walaupun ada bar senyap sunyi saja ok. Jangan risau.


Oklah nanti sambung lagi..sakit belakang dah

*matila sambung lagi

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images