KISAHNYA | Phuket (Tamat)

Ko mampu baru nak hupdate?

trip kurun ke berapa tah, ni baru nak hupdate. Kemalasan punya pasal. LH kekadang terpikir, apalah yang menyebabkan blogger-blogger ni rajin, macam Mat Gebu, Kak Azlita, Supermeng Malaya tu. Memang asyik buka lappy je agaknya. LH nak buka lappy pon malas. Kena menuntut ilmu dengan diorang kan?

Ok meh kita sambung dengan penutupan cerita Phuket yang hado tak hado ni. Tak ada apa menarik sangat pun sebab dah hari terakhir dekat sini. Entri lepas LH ada info kan ada ambil pakej ATV, maka hari ni pun macam biasa kitaorang bangun pagi sarapan dan tunggu orang datang jemput. Menariknya harini sebab kitaorang yang pertama dijemput dan van tak penuh pun. Ada satu lagi couple dari western join dalam satu van.







Yang pertama dia bawak naik gajah, dalam hati ni bersalahnya nak naik. Untuk pengetahuan korang yang membaca, binatang-binatang yang dibela untuk pertunjukan atau untuk pelancongan ni semestinya di latih secukupnya untuk memastikan diorang mendengar cakap. Korang rasa macam mana diorang latih? Mesti la dipukul dan dipalu. Mungkin korang penah tengok video diorang dilatih. Kesian. LH tak ada join memana NGO atau pertubuhan membela nasib binatang pun, tapi sebagai manusia LH tak sanggup tengok diorang dianaiya camtu. Macam kat Phuket ni ada satu tempat untuk bergambar dengan harimau.


 Ini wajib



 Batu dan pantai



Motifnya?



"Ko rasa rimau tak selera dengan daging ko bila ko g bergambar dengan dia?"

Sebenarnya diorang diberi dadah untuk diorang lalok. Siankan? Tu keputusan memasing. Tapi LH harap kalau ada penjualan sebarang penjualan cenderamata dari pihak yang membela dari tubuh badan haiwan-haiwan ni jangan la kita sokong dengan membeli.

Ok kembali ke realiti di mana semua orang menyesal naik gajah tu sebab masa naik tu dia bawak lalu kandang gajah, dan ada gajah tengah dilatih. Jadi semua orang nampak camna diorang ni dilatih. Terus semua menyesal. Masa menuggang tu pun orang yang bawak gajah tu promot suruh beli gading la gigi la mende tah lagi tapi kitaorang tak beli.











under maintainence 



On top of Phuket


Selesai naik gajah terus dia bawak ke tempat naik ATV, jalan kaki saja. Im sexcited!! eh!!

Dapat la ATV sorang satu. Cuma adik LH naik berdua. Biasala yang no dua tu, kekekeke....


Merentas lah kitaorang dengan mengikut pemandu pelancung. Check point pertama buddha temple. So boring. Sebab bukan kitaorang nak sembahyang pon. Pose-pose manja je. Terus blah. Check point kedua yang dinanti iaitu kampung orang asli. Yang ni best. Korang patut cuba. Jalan naik bukit bagai berliku-liku. Lalu depan rumah orang asli. Lelambai kat bebudak asli tu. Kan fefeeling retis.

Anyway, itu antara aktiviti menarik di Phuket. Selain yang LH cuba korang boleh cuba:-

#Paragliding
#Bungy Jumping
#Go kat (betul ke eja?)
#Aktiviti pantai


Memacam la lagi. Sebab Phuket ni hidup. Majoriti orang yang ada bisnes yang besar kat Phuket adalah orang asing. Siap ada orang Italy approach kitaorang sebab tengok adik-adik LH cantik. Cantik ke?

Pastu offer tinggal kat hotel dia. Ko gila nak menyerah diri? Mahunya dia culik adik-adik LH mati nak menjawab ngan mak bapak. kannn...

Selesai segalanya, kitaorang balik dan jejalan sambil cari cenderamata. LH? masih kekal tidak bershopping. Sambar Tumbler Starbuck je satu. Thats all.





Depan hotel



Ok rumusan dari trip ni adalah jimat sebab Phuket masih dikira tempat yang berbaloi meriah dan enjoy malah mampu pergi. Makan kalau pandai cari InsyaAllah murah. Banyak sebenarnya kedai yang kurang femes tapi lebih sedap dari KUSUMA. Sekitar masjid banyak yang sedap dan halal.



Kisanya | Trip Ke Phuket 2

Part 2 bersiaran.


Entri kali ni macam klise sebab sepengetahuan LH memang ramai dah yang sedia maklum dengan pakej Island hoping. Jadi LH sekadar akan cerita pengalaman sepanjang perjalanan ke sana. Pagi hari peristiwa kitaorang dah bangun awal siap melepak depan hotel tunggu van datang jemput. Tapi van tak kunjung tiba. Mungkin sebab hari sedikit hujan jadi van tunggu hujan reda. Van sampai saja kitaorang pon naik. Rupanya van lambat sebab kitaorang ni trip terakhir selepas dia jempiut penumpang di hotel lain. 

Masa dalam perjalanan ke jeti, ada satu pasangan ni, mungkin kawan mungkin couple mabuk naik van tu. Siap muntah bagai. Dia muntah dalam beg waterproof tu. Kesian dia terpaksa cancel pakej tu dan dia yang suruh tinggalkan diorang kat situ. Punyalah dia nak jaga hati orang lain ni. 

Sampai jeti ada sarapan percuma disediakan macam roti, kopi dan pisang. LH tak makan pun sebab risau keadaan laut. Kalau bergelora sangat takut muntah. Briefing diberikan oleh seorang maknyah yang tak cantik. *pengsan

Kitaorang sewa fin untuk snorkelling dengan harga 100baht.

Perjalanan ke pulau pertama lama sangat dekat sejam lebih dan akhirnya sampai. Sekali sampai,tengokla gambar bawah tu. Maha ramai manusia kat situ. Memang tak mandi pun, snap sana snap sini then kitaorang blah. Cuci mata tu seronok, banyak sangat manusia yang helok.






 Keramaian (Dipenuhi RPC tu LH kalah!!))


 Bukit


 Masih ramai


 Kosong?


 Klise


 Bot






Selesai pulau pertama tu kami dibawa ke pulau kedua yang kononnya tempat james bond shooting. LH tak amik kisah pon sapa berlakon janji view dia cantik. Cadangnya nak masuk gua tapi keadaan air laut tak berapa selamat jadi kitaorang tak masuk dan tengok dari luar. Jernih sangat air dia.


Tapi menurut cerita penduduk setempat, Phuket sekarang adalah tidak cantik. Mampu cakap Phuket tak cantik?. Kalau diorang tengok PD apalah agaknya diorang cakap. Antara penyebab Phuket ni sekarang makin rosak sebab manusia sini tak kawal kebanjiran orang dan pembinaan yang di buat di Phuket. Macam Koh Lipe kalau sapa penah ke sana, dia punya kemasukan bot ke sana masih dijaga.



 Jernih


 James Bond?


Indah





Bahagian kedua terakhir pakej ini ialah kitaorang akan di bawa ke tempat snorkelling. Dalam hati LH dah rasa tak seronok sebab pulau pertama dah ramai macam tu makanya pulau tempat snorkelling juga akan dibanjiri manusia macam tu juga. Dalam hati rasa tak seronok tu, sekali nyah Janes, merangkap juruacara bot tu bagitau ada pakej untuk diving berdekatan situ. LH bincang dengan adik dan dia pun nak join. Cuma adik no 2 tak nak yang no 3 saja nak sebab yang no 2 takut. Kitaorang pun setuju dan ini adalah kali pertama kitaorang nak menyelam. Excited!

Sampai dekat bot untuk diving, kitaorang diberi briefing secara ringkas macam mana nak buat dalam air, dan beberapa langkah keselamatan. Lepas tu, selam!!


Sebenarnya LH,adik dan member LH ni takde lesen menyelam pun, jadi ni pakej menyelam untuk amatur kira ada guide yang akan bawa kita ke bawah dan kedalaman dia hanya 8m dasar laut. Walaupun tak seberapa dalam tapi sesuatu menarik untuk dicuba. Asyik snorkelling jer kan. Adik LH yang sorang lagi yang tak join tinggal atas bot, siap muntah bagai sebab pening. Ye la dah bot berhenti jadi dia terumbang ambing lah kan.


Malang sekali untuk kitaorang sebab lupa nak sewa underwater camera dan LH punya gopro rosak.

Selesai semua bot yang asal datang ambik dan bawak kitaorang ke pulau terakhir. Lunch kitaorang di pack dan ingat nak makan dekat pulau terakhir tu tapi tak makan pun sebab risau adik muntah masa on the way balik. Sekali perjalanan balik dalam 15 minit saja sebab bot balik ikut jeti lain.

Fee diving = 1500baht

 LH dan adik


 Diving





 Crew


Masa dalam van nak balik ke hotel, kitaorang satu van dengan tourist dari Indonesia. Macam sebaya gayanya. Sembang-sembang dengan diorang dan diorang cadangkan LH ke pulau komodo. InsyaAllah.

Sampai bilik kitaorang lepak dan makan, adik dah kebulur sebab tak makan. Makan buah saja sepanjang jalan. Lepastu kitaorang pun tidor. LH yang bersengkang mata tak boleh tidur. Malam kitaorang panjangkan kaki ke Bangla Road.


Depan hotel



Bangla Road?

LH malas nak cerita sebab dah banyak orang cerita pasal tempat ni. Syurga dunia. Perempuan,separuh perempuan,tarian tiang, bogel sikit, bogel banyak semua ada. Ada duit semua boleh. 

LH ke sini sebab nak cari pakej untuk hari seterusnya kat sana. Kitaorang jalan-jalan sambil tengok-tengok dan cari tempat nak urut. Pakej untuk hari ketiga kitaorang amik elephant trekking dan ATV. Hati LH tak nak naik gajah sebab kesian tapi adik-adik ajak teman jadi LH pun naik. ATV ride sangat ohsem. Part yang ohsem masa masuk kebun sebab jalan dia mencabar. Korang kena cuba. Next entri LH cerita pasal ATV. Kitaorang mkan dekat KUSUMA kedai thai seafood muslim lepas selesai beli pakej dengan harga 1100 baht seorang untuk ATV selama sejam dan naik gajah.

Owner dia kahwin orang thai jadi dia buka kedai dekat Phuket. Ramai orang Malaysia makan dekat situ. Makan 2/5. Biasa saja. Harga mahal. sekian.

Lepas tu kitaorang merehatkan diri kat tempat urut. Adik buat body scrub dan LH buat thai massgae dengan  oil massage. 5/5 LH bagi. Ringan badan. Selesai hari kedua.


Sambung part Akhir

Kisahnya | Trip Ke Phuket 1

Assalamualaikum.

Baru saja habis makan sambil baca blog si Hidayah atau nama timangan dia DORA. Comel?  Motivated kut baca blog minah ni. LH rasa terus nak menulis entri seterusnya. Gicuh!



Trip adik beradik kedua untuk tahun kedua ialah ke Phuket. Selepas balik dari Korea(i will update soon), LH stay dekat area KLIA2 saja dekat The YouniQue Hotel. Tak la dekat sangat pun. Tapi dari airport ke hotel boleh naik teksi caj dalam RM20. LH tinggal situ 1 malam sambil menunggu ketibaan adik LH. About the hotel i give 3 star. Sebab apa 3? sebab breakfast dia hambar gila dan receptionist tak tau nak beramas mesra, senyum pun idok mahu. Yang lain memang tiptop. Sudah cerita pasal hotel tu, flight ke Phuket adalah di malam hari dan kami berempat ke airport selepas checkout. Masa checkout sengaja LH lambatkan ke pukul empat dan tambah RM40 untuk 4 jam dan tah kenapa receptionist sorang ni yang baik hati sikit dia ambil caj untuk satu bilik sahaja.


Nak dipendekkan cerita sebab tak ada apa sangat menarik berlaku di KLIA2 kami pun selamat check in dan tunggu flight berlepas.


Sepanjang perjalanan cuaca masa nak sampai Phuket agak tak menarik. Flight bergegar tanpa henti dan 2 kali pusing baru boleh landing. Tapi alhamdulillah semuanya selamat sampai.

Masa sampai airport Phuket, LH berani cakap Malaysia boleh berbangga dengan airport di setiap negeri. Antara airport yang dah LH cuba, KLIA,KLIA2, Senai, Langkawi, Alor Setar, Subang dan Penang masih dalam kondisi yang cukup baik berbanding airport di Phuket. Nak dijadikan cerita masa dalam flight arrival kad yang sepatutnya LH isi, LH tersalah isi dan kad tu pulak habis jadi LH kena ambil dekat airport. Melilau mata ni nak ambil kat mana kan, nasib jumpa ada pramugari AA ni tengah edar kad tu deakt eskalator. Selesai imegresen maka perjalanan bermula.

Keluar sahaja dari balai ketibaan, macam biasa kalau tempat pelancongan ni akan dipenuhi dengan manusia tawarkan teksi dan pakej yang memacam. Seperti pesanan Supermeng, wat lek dulu jangan nak gelabah biawak. LH terus ke kaunter teksi dan book teksi berharga 800bath. Masa nak book teksi ni boleh pulak dia suruh pergi kaunter satu lagi sebelah dia, LH pun ikut je, dan bagitau dia nak teksi. Dia kata ok, pastu dan dan promote segala macam pakej. LH dengar, muka khusyuk, tunjukkan penuh minat, tanya itu tanya ini.... End of conversation. 'TQ i take taxi only"


*Mati kena maki kan.

Kenapa ambil teksi? sebab kitaorang berempat, makanya tak rugi pun ambil teksi. sorang 200bath saja. Pada yang solo dan nak jimat korang boleh naik van, sorang 180 bath. Kalau naik van korang kena tunggu van penuh dan harga 180bath untuk van itu adalah untuk satu kepala manakala harga untuk teksi adalah satu teksi. Jangan keliru. Dari airport ke Patong ambil masa lebih kurang 45 minit. Sampai hotel kami terus check in. LH awal-awal dah email pihak hotel cakap lambat sampai. Even kalau sampai awal pun LH akan email jugak. Kita tak tahu apa nak jadi kan. Harga hotel lebih kurang RM 250 untuk 3 malam dan ini hotel backpack yang caj per head. Kiranya satu bilik ada 4 katil dan kami berempat. Kosnya jadi murah kalau kira untuk sorang sahaja. Paham ke? Cam pening kan?

Nama hotel DFEEL HOTEL. Decoration cantik, bilik besar dan tak ada breakfast. Tak kisah tak ada sarapan pun sebab harga hotel murah. Lepas check in LH terus book untuk pakej island hopping. Kitaorang ambil pakej 1200bath per head. Sebenarnya bagi yang banyak masa di sana boleh jalan-jalan dulu di area Bangla Road untuk cari pakej. Tapi memandangkan LH kesuntukan masa dan takut tak ada aktiviti untuk besoknya jadi LH isi dulu dengan pakej island hopping. Selesai semua, kami naik bilik dan berehat. LH keluar balik masa adik-adik tengah berehat sebab belikan diorang makanan untuk sarapan besok. Nasib dekat hotel ada kedai 24jam. Alang-alang keluar LH jalan-jalan area berdekatan sebab nak cari kedai muslim, dan kedai muslim juga dekat. Untuk hari pertama tak ada apa menarik. Kami tidur terbongkang kepenatan.





Jamu selera

Boarding

NK500


Depart


Bilik


Bilik


Toilet


Almari


Sarapan


Sarapan


Art


 Art


 Kitchen


 Art


 Reception


 Reception


 Persekitaran


Persekitaran

Hotel dia sangat selessa bagi LH. Jarak ke Patong Beach pun dekat, boleh jalan kaki bagi yang muda. Kalau taknak peluh ketiak boleh sewa motor.  Kitaorang sarapan roti saja yang kitaorang beli dekat kedai depan. Barang makanan yang dijual dekat 7E atau mana-mana kedai 24 jam korang boleh semak tanda halal. Hari kedua selepas sarapan kitaorang join Island Hoping. 

Sambung Part 2

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images