Dapur Teruna | Sup Daging ala Thai

Kenapa ala thai? Kenapa tak ala Malaysia?




Eh biarlah LH yang masak kan. Emo!hehehehe...

Sebenarnya tak ada ala thai sangat pun. Sikit-sikit je. Sebab apa LH cakap ala Thai? Sebab dia pedas. Sup Thai ni bagilah sup ayam ke apa sume pedas. Pedas yang guna serbuk cili tu. 

Nak tanya korang pembaca sekelian. Korang perasan tak kalau makan sup dekat KL mesti sup dia berwarna, dan tak jernih. Bukanlah warna biru,maksudnya sup LH berwarna tu tak jernih?

LH agakla kan,mesti dia tak keringkan air daging tu dulu.


Mak LH selalu pesan,kalau nak masak daging ke ayam ke kering kan air dia dulu. Korang tau tak nak keringkan camna?

Ha meh nak kongsi,

Panaskan kuali atau periuk kemudian masukkan daging atau ayam yang dah siap dibasuh. Jangan taruk minyak atau air. Panaskan kosong macam tu. Nanti daging atau ayam tu akan keluarkan air. Korang biarkan sampai air daging atau ayam tu kering. Api jangan la macam nak bakar rumah. Cukup macam nak panaskan diri di musim sejuk. Mampu perumpamaan gitu?

Bila da kering baru la menumis. Cara yang sama jugak kalau nak buat sup gearbox.


Bila dah tengah memasak sup tu,sup tu dah mula mendidih,akan ada buih dari daging atau ayam tu kan? Mak pun selalu pesan buang yang tu. Untuk elakkan bau katanya.

Korang bolehla cuba. Tapi pada yang suka pada bau tu tak la buat cara ni,nanti hilang pulak bau hamis daging atau ayam tu sebab ada sedara cakap sesetengah orang memang suka bau hamis tu. Kalau tak ada bau tak sedap katanya sup. Terserah la kan,tekak memasing.






 



Jom tengok resipi anak bujang ni


Sup Tulang ala Thai

Bahan

Daging 500g
Kentang 2 biji
Cili padi 4 biji
Karot *option
Bawang 1 labu * LH guna bawang holland,kurang umph. Pakai yang purple lagi best. Belah 4.
Halia 1 inci
Sup bunjut
Serbuk cili




Cara

1. Basuh daging dan toskan. Kering kan air daging bersama halia macam LH cerita kat atas tu. Ni terserahla pada selera masing-masing. Kalau nak sup yang warna ceria dan jernih sila keringkan. Hik..

2. Lepas air dah kering,masukkan air 3 cawan dan cili padi. Biarkan mendidih.

3. Bila dah mula mendidih masukkan kentang. Masak sampai kentang separuh masak dan masukkan karot dan bawang

4. Akhir sekali masukkan sup bunjut dan serbuk cili. Memandangkan kali ni sup LH dah pedas LH tak masukkan serbuk cili. Korang rasa dulu sebelum masukkan serbuk cili.

5. Perasakan dengan garam.


Pada yang suka ajinomoto tapi nak berhenti guna ajinomoto macam mana? Macamni, balancekan rasa dia guna gula. Ni petua mak juga. Sebab LH memang masak tak pernah taruk aji,cukup sekadar garam. LH memang boleh tau kalau makan makanan ada aji banyak ni. Hbais makan je mesti xpuas minum air pastu sakit kepala. Sebab tu tak pernah pakai aji. Family pun jarang pakai. Mak pakai pun untuk masak untuk katering je. Korang boleh gantikan dengan gula, tapi jangan la masukkan seguni gula tu. Kang nak elak darah tinggi terus dapat kencing manis. Berpada-pada.


Manis tu racun,Pahit tu penawar.




Selamat mencuba




 p/s: Cantik tak template baru langsirhitamm? Tapi tak dapat tukar data penulis.




Dapur Teruna | Kuey Teow Sup Thai(Siam)

Assalamualaikum,selamat petang semua... Sihat?Moga sihat hendaknya. Cewah.. Macam nak mengacara pulak. kuikuikui..


Hari dah 10 Januari 2013. Cepat masa berlalukan. Baru 10 hari dalam tahun baru rasa dah macam-macam yang berlaku. Banyak pulak aktiviti aku bulan Januari ni. Tadi pagi aku bangun saja terus jalan-jalan seorang diri. Korang tahu ke mana? aku 'blogwalking' lah. Saja mengintai tengok apa yang menarik di sana.Maklumlah blog ni kan blog baru,jadi mana na ada followers lagi. Sebelum nak ada followers biar aku follow diorang. Tengah jalan-jalan tadi baru aku tersedar akan inti pati blog aku ni. Tajuk blog Bachelor's Diary,tapi penuh dengan resipi saja kan? hehehe... Ok,lepas ni aku campur adukkan segala aktiviti ok.



Tadi pagi kawan dari Kedah telefon ajak keluar. Walaupun malam ni kena kerja,keluar jugaklah dah kawan datang dari jauh. Tak elok pulakkan.Aku pun mengemaslah apa yang patut sebelum keluar. Takkan nak tinggalkan bilik bersepah pulakkan? Betul tak?



Mengemas punya mengemas sampai ke dapur aku mengemas dan sekali aku teringat sesuatu. Ada menu menarik dari utara yang aku nak kongsikan. Menu ni semua gara-gara kawan sekerja akulahyang asal dari utara bawak masa kerja. Kuey Teow Sup Thai atau Kuey teow Sup Siam. Kalau balik kampung aku mesti pergi beli dekat 'nat' (pasar tani pagi) hari Sabtu di Balai Baru. Siapa orang Perlis mesti tahu. Kat sana ada satu kedai yang best jual ini makanan. Siapa yang nak cuba jom kita tengok resipi.

Bahan-bahannya.

Kuey teow satu bungkus
Kangkung 1 ikat (Dipotng dan dicelur)
Serbuk Paprika
Serbuk Lada hitam
Kacang tanah (dikisar halus)


Sup Ayam

Isi ayam
Bawang Besar1 biji (dibelah 4)
Bawang Putih 3 biji dihiris halu
Halia satu inci
Lada sulah 1/2 sdb

Cara-caranya

Rebus ayam tanpa air dengan halia dan bawang sampai ayam separuh masak. Ini petua mak aku sebab nak elakkan bau ayamyang kuat sangat. 

Masukkan 3 cawan air dan serbuk lada sulah. Biarkan mendidih dan ayam empuk. Serbuk perasa dan garam jangan lupa yer. Ini sendiri punya rasa. Toskan Isi ayam tadi dan carik carikkan dan asingkan daripada sup.

Bila sup dah siap ketepikan. Bersihkan kangkung dan celurkan.Jangan terlampau lama nanti dia hilang rangupnya. Ketepikan.

Goreng bawang putih yang dah dihiris sampai garing dan keperangan.Isi dalam bekas termasuk minyak menggoreng sekali. Ketepikan.

Bila semua bahan dah siap. Bolehlah isikan Kuey Teow tu dalam mangkuk dan isikan semua bahan-bahan yang dah disediakan tadi. rahsia kesedapan makanan ni pada aku sebenarnya terletak pada serbuk paprika tu. Kalau pakai yang halus sangat dia kurang umph. Kalau dapat beli yang sederhana kasar memang sedap.

Pada yang kurang gemar rasa bawang putih,taknak taruk pun tak apa.

Selamat mencuba. Nak bersiap nak ke Ikea cari pinggan baru. Gigih tak aku platting?




p/s: Nanti saya bahasakan diri cik itam lah. Xsenonoh pulak bahasakan aku. Macam kasar kan?





Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images