Kisahnya | Trip ke Yogyakarta/Jogjakarta 1
Tuesday, April 22, 2014Yogyakarta yang juga dikenali dengan nama Jogjakarta. LH tak pasti apa yang membezakannya tetapi LH yakin ianya merupakan tempat yang sama iaitu salah sebuah negeri di Indonesia. Juga dikenali dengan kota budaya dan dipenuhi dengan pelbagai warisan serta pelajar dari segenap ceruk negara kerana Yogya juga merupakan tempat menuntut ilmu yang besar.
Gituh!!
Kekdahnya tulis blog skema gini kan?
Kisahnya...
LH buat trip dengan rakan muda yang duduk serumah dan rakan muda yang tak duduk serumah. (Ada hati nak ngaku muda lagikan?)
Trip ni sangat singkat sebenarnya kalau nak dikira kerana LH pergi 3 buah negeri di Indonesia dalam masa 5 hari dan ianya memenatkan. Walaupun memenatkan LH rasa berbaloi dan LH suka dengan pengalaman yang LH dapat.
Bermula pada 26 Januari 2014, flight pada pukul 12 tgh hari kalau tak silap LH. Mampu nak ingat? 4 bulan lepas kan?
Pepagi dah siap bagai. Macam nak keluar pergi airport lepas Subuh je punya excited. Hakikatnya malam tak leh tidur nyenyak pun. LH memang keluar awal pun ingat dalam pukul 8.30 pagi dari rumah sebab ingat nak sarapan dulu. Sekali sampai airport nak setel semua urusan bagai sebab nak check in juga beg sebijik sebab ada makhluk yang tak backpackkan jadi amik masa kat situ. Alih-alih tengok jam dah pukul 11 pagi. Hah!! ko tak gila? Sarapan apa tak dari pagi pastu nak naik flight 3 jam lebih. Pusing punya pusing pintu masuk pulak LH tak jumpa. Ini pintu pelepasan. Cari dekat 20 minit baru jumpa. MALU OK!!
Dah check in segala bagai dan dah tunggu dalam dewan pelepasan, mengharapkan ada kedai makan dalam tu tapi memang mimpi di tengahhari lah. Maka kitaorang pun berlepas ke Yogyakarta dengan perut yang berbunyi.
Atas flight rasa sedap je bau segala bagai makanan tapi malu nak beli sebab tak penah beli sepanjang naik flight. Maka jawapannya LAPAR!
Landing time!!
Lebih kurang pukul 3 kitaorang sampai dekat Airport Yogyakarta. Lupa pulak nama airport tu. Turun je flight, nampak dari jauh orang beratur dari dalam airport sampai keluar hah. Kejutan budaya kejap. Mulut terlopong. Ramai sampai gitu ke?
Tau kenapa? Airportnya kecik sajo. Airport SULTAN ABDUL HALIM< ALOR SETAR< KEDAH lagi besar ok. Tapi alhamdulillah segalanya selesai dengan jaya dan pantasnya.
Part ni menarik. Keluar saja airport LH dah di inform kawan yang sampai awal sehari supaya naik bas depan airport tu. Keluar saja airport macam biasa drebar2 teksi akan datang memujuk korang. LH macam biasa pekakkan telinga muka nak kekwat sikit.
Jalan saja menonong ke kiri sebab nampak ada bas kat situ, sekali drebar teksi tu cakap kalau nak naik bas ke kanan. LH toleh kanan dan sungguh terkesima dan sentap sebab memang pondok bas sebelah kanan ok. MALU!!
Pondok bas dia kalau dekat malaysia macam ermmm...... macam mana erk.. Lupa pula ambil gambar. Hah! En Google tolong. Pondok bas nya macam ni bawah ni. Kalau korang keluar saja dari bangunan airport tu korang boleh ke pondok bas ni.
senang nak agak mana satu malioboro sebab di malioboro dia macam sibuk lain macam. Kalau korang dah lepas setesen keratapi tuli tugu apa tah dah boleh standby untuk turun next stasen tu. Cukup setakat tu. Ponet den nulis. Jom layan gambar. Entri paling panjang ni sebab 3 negeri. huhuhu...
0 comments