Dapur Teruna | Spaghetti Seafood Olio

Omg! BMI dah overweight.  Tahniah buat LH.
Lamanya xmasukkan resepi. Kesana kemari sampai lupa akan kewujudan blog nih.
Memandangkan BMI LH da overweight maka sesi mendietkan diri bermula.
Nasi of coz LH xbleh makan sebab LH ni kalau makan nasi mmg xleh stop. Kuantiti kalori pon xterkira. Alhamdulillah setakat 3 minggu ni LH amik nasi seminggu sekali saja dan ambil masa sarapan sahaja. Mana mungkin boleh lupakan terus makanan ruji kita tu kan. Dengan jayanya LH dah kurangkan berat sebnyak 4kg. Ni bukan diet saja ok.. LH campur aduk skali dengam workout macam cardio n weight lifting.  Ceh speaking pulak.. oklah xmau cerita panjang, pada yang mencari karbohidrat pengganti nasi boleh cuba resepi ini.
Spaghetti Seafood Olio
Bahan2
Seafood - udang/sotong/tiram.
Serbuk lada hitam
Minyak olive/butter/minyak biasa pon boleh
Spaghetti
Serbuk cili
Daun oregano
Garam secukup rasa
Cara
1. Rebus spaghetti sampai lembut. Spaghetti ni LH rebus 3/4 lembut sebab nanti nak menggoreng pulak.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan minyak olive dan butter sikit.
LH potong bawang putih dadu.
3. Masukkan seafood. Masak separuh masak. Jangan lelama kalau pakai sotong nanti dia liat.
4. Masukkan cili kering yang dipotong dan dah direndam air panas.
5. Masukkan spaghetti. Gaul sampai semua sebati dan spaghetti lembut.
6. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan daun oregano.
Siap untuk dihidangkan.
Pada yang xsuka rasa lemak2 jangan guna butter. Cukup sekadar minyak.
Jumpa lagi. Selamat mencuba.
#bodyjam+bodypump harini...

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images