Dapur Teruna | Terung Gulung dengan Udang (Eggplant roll with Shrimp)

Assalamualaikum semua.

Semangat pagi-pagi ni buat entri. LH tak boleh tidur sebenarnya. Sekarang jam 0259 waktu Madinah.

Resepi terung ni LH buat minggu lepas kalau tak salah. Masa tu teringin nak makan terung cili macam ayam penyet tu tapi sini tak ada cili padi makanya jadi sambal terus. Olah-olah jadi terung dengan udang. Tercetusnya idea terung ni dari rancangan foodnetwork. Resepi masa tu dia gulung terung dengan daging. 

Mula-mula LH macam risau jugakkan takut tak sedap sebab jadi resepi sendiri tapi alhamdulillah kawan-kawan sini cakap sedap dan siap bertambah. (harap idok la menipu๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰)



Sebenarnya resepi ni jadi 2 resepi sebab resepi satu macam dalam gambar. Tapi kalau yang tak cukup masa boleh gaul je semua tanpa gulung-gulung. Tapi rasa dia memang berbeza. LH dah cuba dua-dua cara dan memang rasanya berbeza. Mungkin berbeza sebab kalau yang gulung macam dalam gambar terungnya digrill dengan olive oil dulu sebelum digulung tapi yang resepi tak cukup masa tu campur je semua.

Moh la tengok resepi. Cerita panjang pon pening je.i



Terung gulung dengan Udang


Bahan

1. Terung. (kuantiti bergantung pada saiz hidangan)
2. Udang saiz sederhana -1/2 kg
3. Olive oil
4. Cili kering*  (8 tangkai. Potong dan rendam dengan air panas sampai lembut.)
5. Bawang besar* (2 ulas)
6. Cili besar* (4 tangkai)
7. 4 sdb minyak masak
8. Garam dan gula
9. Serbuk parsley

Cara

1. Terung potong memanjang dan nipis. Kalau nak buat sikit saja yang bergulung dengan udang, lebihan terung yang belum dipotong boleh potong biasa. Basuh dan rendam dalam air bagi elakkan lebam.

2. Kisar semua bahan bertanda * sampai halus.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Naik minyak ni maksudnya baham tumisan tu ditumis sampai kering kemudian terus gaul sampai berminyak. Api perlahan.

4. Masukkan bahan perasa. LH biasa perasa dengan garam dahulu. Kemudian baru perasakan dengan gula. LH gantikan ajinomoto dengan gula. Gula ni memghitamkan sambal jadi LH taruk akhir.Dah masak ketepukan.

5. Udang yang dibersihkan dan dibuang kulit digaul dengan minyak zaitun, sikit garam dan serbuk parsley. Biarkan dalam 5 min kemudian grill sampai masak. LH suka kalau grill udang tahap masaknya sederhana sebab taknak bagi manisnya hilang. Minyak zaitun boleh juga digantikan dengan minyak biasa dan serbuk parsley boleh juga digantikan dengan herba lain yang wangi. Ketepikan.

6. Sapukan terung dengan minyak zaitun dan grillkan dia sampai masak.

7. Bila dah siap semua bahan, letak udang di tengah dan gulung dengan terung. Kemudian simbah dengan sambal yang disediakan.


Kalau korang malas nak gulung2 ni korang potong terung ketul2 dan gaulkan saja terung dan udang dengan sambal tu. Udang dan terung tu tak payah grill pon tak pe terus saja gaul dengan sambal. Cuma rasanya berbeza dengan yang digrill tu.

Rasa yang digulung tu lebih seimbang dan sedap.


P/s: entri gigih menggunakan smartphonr. Kebas jari jemari.

Kisahnya | Aidiladha di Madinah

Salam semua.. Ok gigih tak LH?

Kalau time rajin macam ni la.. setaip hari ada entri. Cuba kalau malas.. Haramm!!

Siapa pernah sambut raya kat negara orang? Mesti ramai kan? Terutama pelajar yang belajar di luar negara dan backpackers yang nak merasa raya di tempat baru. LH dah tergolong dalam golongan yang sama dengan golongan perantau tersebut tahun ni. Biasa feeling feeling perantauan di KL saja tapi kali ni memang bebetul perantau. Jauh sampai ke Madinah. Jauh pun takpe janji impian tercapai yer tak?

Solat sunat Aidiladha kat sini awal. Kalau di Malaysia lebih kurang pukul 8.30 pagi kan tapi di sini pukul 6.30 pagi. Awal tak? Mesti la awal kalau dah subuhnya jam 4.30 pagi. Selesai subuh semua akan bertakbir raya sampai jam 6.30 pagi dan tempat 6.30 pagi solat sunat raya dimulakan. Selesai solat, imam akan sambung dengan khutbah raya haji. Kawan LH yang paham khutbah tu dia cakap tiap tahun khutbah yang sama. LH senyum jer sebab tak paham.

Seminggu sebelum raya takbir da bergema setiap pusat membeli belah. Pusat membeli belah ok ada takbir. Hik..
Alhamdulillah tahun ni dapat merasa beraya di Masjid Nabawi. Walaupun orang asing tapi hati gembira dan tenang.

Ok jom layan gambar sekeping dua di Masjid Nabawi.

 Ni lah kawan LH kat sini, namanya Syazwan Senin. Dia yang bagitahu LH yang khutbah tu tiap tahun cerita tentang Nabi Ismail. Same topic.










































Orang memang sangat ramai,tapi bila kat dalam tu tak ada pun berasak-asak. Cool je jalan. Alhadulillah. Berpeluh pun tak. Tapi bilangan orang solat Aidiladha ni tak ramai sangat sebab rombongan haji semua tak ada sebab diorang tengah wukuf. Masuk raya kedua baru rombongan haji akan turun ke Madinah kembali. Kalau ke Madinah roger LH, boleh pergi makan kambing sesama

Sebut pasal kambing teringat ada beberapa gambar pasal jual kambing di sini. Syazawan yang bawak tunjukkan dekat LH dan kawan LH. Jom tengok..











Diorang ni jual kambing tepi jalan jer. Korang bayangkan korang lalu kat federal highway dan sampai dekat tol batu 3 ada orang jual kambing. Hah gitulah lebih kurang. hikhikhik...

Ok tu sajo. Esok LH kerja,selamat beradu.

wasalam...

p/s:11.15pm KSA.

Dapur Teruna | Udang Masam Manis (edisi perantauan)

Salam

Semalam LH cuti,makanya Lh jadi rajin tetiba nak memasak. Malamnyer tu bergelak ketawa dekat rumah member alih-alih tertidur kat sana. Sedar-sedar dah tengahhari. Subuh pun terlepas. Nasib baik cuti. Balik rumah terus mengeledah peti ais cari apa nak masak.



Hakikatnya LH selalu masak bawak pergi kerja sebab makanan kat sini sepesen jer kat kafe dia makanya LH merajinkan diri memasak. Cumanya kalau hari kerja tu macam mana nak buat presentation cantik-cantik kan untuk masuk dalam blog. Sudahnya masuk perut sajo. Memandang kan semalam LH cuti makanya ada masa la nak dressup cecantik pinggan tu. Cantik ke?

Menunya seperti dalam tajuk. Udang Masam Manis. Masa LH pergi Vege souk LH beli udang harimau sekilo. SR 60. Macam murah. Takpasti pulak dengan harga di Malaysia.

Jom intai resepi. Ini resepi versi perantauan. Versi asal dari chef blogger yang famous la Abg Mat Gebu.


Udang Masam Manis

Bahan

Udang 500 g           *pakailah apa jenis udang sekalipun
Capcicum 3 biji      *lain-lain warna dan potong dadu.
Bawang putih
Bawang besar         *guna holland dan potong membulat.
Cili Kering             *bawak dari Malaysia,potong pendek dan rendam dengan air panas sampai lembut.
Cili Besar Hijau     *3 biji hiris nipis
Lemon                    *potong jadi 3 keping

Garam
Gula




Cara Memasak

1.Basuh udang macam biasa dan toskan. Kemudian gaulkan garam dan serbuk kunyit pada udang. Biarkan 5 minit kemudian goreng udang separuh masak. Separuh masak di sini pada LH ialah tak terlampau garing.Ketepikan.

2. Siap menggoreng, guna minyak menggoreng tadi untuk proses seterusnya. Ambil 4 sudu minyak menggoreng tadi dan tumiskan bawang putih dan cili kering sampai garing.

3.Kemudian masukkan 4 sudu sos cili dan 3 sudu sos tomato.Gaulkan sampai sebati tapi jangan hangus. Masukkan 1 cawan air. Pada yang suka banyak kuah boleh tambah kuantiti sos dan air.

4. Masukkan garam dan gula bila kuah dah mendidih.

5. Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi,capcicum,bawang besar, lemon dan cili besar. Gaulkan sebati dan biarkan sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba

p/s Tolong jangan komen saiz capcicum tu erk. hehehe.. Bujangkan.. 

Tempat Makan | Madinah 3

Rajin ok malam ni LH mengupdate.

Semalam ada cerita tentang VEGE SOUK kan, jadi hari ni LH dah berjanji nak bercerita tentang makanan dan tempat makan di sini.

Kat sini pertama sekali semua makanan adalah dalam kuantiti yang besar dan jenis makanan adalah makann utama sahaja. Tau kan makanan utama? Nasi saja memanjang. Kalau di Malaysia nasi beriani tu macam bila teringin baru makan kan? Kalau kat sini teringin ke tak semua nasi macam nasi beriani. Macam-macam perisa ada. Beras yang asia yang ada di sini pun beras dari Thailand. LH masih gagal memasak nasi di sini supaya menjadi nasi yang tak lembik. Mungkin beberapa minggu lagi arif lah kot.

Kuantiti di sini semua besar-besar,jadi dinasihatkan beli satu hidanngan dahulu dan kemudian tambah.

Food court sini takde makanan-makanan tradisional, semuanya fast food. Tapi maaf sebab LH lupa nak ambil gambar FC sini. Makanan saja LH ambil,itupun tak semua.

Masa sehari sebelum raya haji haritu LH ada pergi makan satu kedai makan ni. Menarik. Cuma nama setiap makanan tu LH tak tau. LH cuma tunjuk apa yang LH nak makan sekali bila dihidangkan, mak aiiii portion dia pengsan!!!

Moh tengok gambar, kalau bercerita panjang-panjang pun bukan korang suka.







Pergi memana pun sayur ni saja yang ada


Sos. Sedap


Tengok pakcik ni, hidangan dia sama saiz macam kitaorang dan dia boleh habiskan.. kitaorang tak mampu...





 Nampak tak roti tu? sedap!!



Amacam? Terliur tak?

Sambung cerita, ada satu hari ni LH bersembang dengan senior kat tempat kerja, dia cerita pasal STEAK HOUSE. Terus LH terliur nak makan steak. Makanya malam tu gigih pergi makan juga.

Steak House ni terletak di Al Rashid Mall. Terletak di tengah-tengah bandar Madinah. Pusat membeli-belah yang menarik untuk kaki shopping dan kaki makan. 

Maaf dengan keadaan gambar itu. Biasalah kalau pakai phone ni. Tunggu LH dapat gaji LH beli kamera baru. HikHikHik..


 Tak ingat nama menu ni tapi dagingnya sedap. Cuma udangnya tak sedap. LH tak suka campur daging dengan seafood. Tak sesuai rasa. Tapi gigih amik menu ni kan? Kawan suggest jadi LH orderlah dan memang berbaloi.


Ini menu kawan LH. Burger apa tah. Sedap. Tapi dia makan tak habis sebab dia makan side dish banyak sangat. Side dish dia adalah free dan disediakan secara buffet. Itu yang kawan LH lupa diri.



OK nanti LH akan update lagi kalau ada kerajinan.


p/s: Nantikan entri trip ke Yanbu,Madinah.

Kisahnya | Madinah - Vege Souk

Assalamualaikum semua..

Baru muncul kan? Gituh la LH. Janji tinggal janji. Malas bercampur tak rajin. Acane tu?

Entri lepas kan LH ada janji nak kongsi gambar-gambar dari vege souk di Madinah.


Meh LH cerita asanya dulu..

Vege Souk ni pasar basah atau pasar tani untuk orang-orang Madinah. Yang menariknya pasar ni, pasar ni wujud setiap hari dari siang sampai malam. Pasar ni lebih besar dari padang bola dan dibahagi mengikut barang-barang yang dijual. Contoh LH bagi maca jual sayur dan buah, bahagian sayur dan buah ada satu blok bangunan untuk sayur dan buah saja dan tak ada campur apa-apa. Macam tu juga bahagian lain ada bagunan untuk ayam, bahagian untuk kambing dan bahagian untuk ikan. Memang syok.

Selalunya kalau ke Madinah biasa orang ramai akan ke tempat membeli belah macam jubah, air zam-zam, kacang cerdik dan memacam lagi kan. Apa kata lain kali kalau datang ke Madinah lagi cuba melawat VEGE SOUK. Satu lagi yang menarik tentang vege souk ni ialah ikan fresh akan digoreng di pasar ni. Korang pergi ke bagunan yang jual ikan dan bangunan tu ada bahagian menggoreng. Pergi situ cari ikan dalam peti ais besar dia dan kemudian suruh dia goreng. Memacam ikan wooo... Ikan nemo pon ada.

Yang lain layan gambar je lah yerk...

 musim buah delima sekarang


 Kuali menggoreng. Boleh buat kolam renang kan?


 Pilih ikannya disini


 Bas ke vege souk


 Vege Souk dari luar



 Hasil tuaian



Nilah ikan yang dibeli. Kerapu seekor dan Peacock 2 ekor. SR120.


 Sayur dan buah



Buah-buah kat sini semua buah western dan yang tak best ialah sayur di sini tak ada sayur asia. SOBSOBSOB...

Sebenarnya LH tak makan kambing,tapi alhamdulillah kat Madinah LH boleh makan kambing. Tak pasti kenapa tapi kambing di sini bau tak sama macam kambing kat Malaysia. 



Nanti-nanti kita bercerita tentang makanan kat sini pulak.

Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta Tamat

Sambung entri Jogja.

Ok last entri JOGJA

Penat memerah otak mikir kisah lalu. Gituh!

Sampai Airport JOgja kembali. Sampai saja kitaorang ambil teksi ke hotel sebab nak check in dan tinggal barang. Masa di Jogja kitaorang ada member CS aka COUCHSURFING. Korang kena cuba program ni. Best kot. Check in dan alhamdulillah boleh masuk bilik terus. Nama hotel tu The Edelweis Hotel. Hotel cantik dan menarik. Kalau korang naik ke atas sekali tempat kolam renang boleh nampak gunug merapi. Lepas check in aktiviti pertama bertemu dengan member CS. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba. Lama juga tunggu. Last-last LH buat keputusan pergi makan dulu kat kedai minang sebelah hotel. Boleh tahan.

Lepas 2 jam tunggu baru diorang sampai. Sempat kitaorang melepak dalam bilik. Nama member CS ni Farnani. Graduan TESL di Universiti apa tah tak ingat. Dia datang dengan member dia yang lain naik motor. Ada sorang pompuan. Cun bak ang!!

Kitaorang pon berangkat ke Borubudur naik motor. Best!! sebab kali pertama naik motor di Indonesia. Diorang pun baik. Just tolong isikan minyak dan belanja makan. Malas nak cerita panjang jom layan gambar.




p/s:mohon seribu keampunan,semua gambar penutup kisah ni dalam PC di kg dan LH sekarang di Madinah. Insyallah balik cuti LH update gambar.


Kisahnya... | Trip ke Singapore 2. (Backpackers)

Harini makanya LH rajin nak menyelak langsir nak tengok apa jadi kat blog ni. LH minta maaf kat sorang pembaca ni sebab tinggalkan komen tp LH lambat berbalas dan dah dekat dengan date travel dia baru LH balas. Im sorry. Lupa nak nak on kan notification kat fon LH.


Ok kembali ke topik asal iaitu Singapura. Kisah hari kedua dan hari terakhir kat sana. 2 hari satu malam sahaja. Kalau bijak merancang masa insyaAllah 2 hari dah cukup.

Hari kedua seperti yang dijanjikan nak bangun awal sebab nak breakfast lepastu nak terus ke Merlion park skali pukul 10.30 baru bangun dan melepas breakfast. Walaupun sekadar roti bakar sarapan yang disediakan tu. Bukan rezekikan. Lepas check out LH menapak ke gerai mamak dekat kampung Glam. Kalau tengok entri Singapore 1 ada gambar rumah warna pink kat situ ada kedai mamak. Harga rate makanan sama dengan Malaysia dan yang pasti korang kalau nak membeli makanan ke hape ke takyah asyik nak convert kan ke Malaysia. Konpem mahal kalau asyik nak convert. Cuma fikirkan dalam matawang diorang tp harganya sama tak ngan malaysia.

Selesai makan terus menapak pergi cari Merlion park. HAH! Akibat dari bangun lewat tadi makanya tengah hari buta la sampai di Merlion Park tu. Dengan sesat lagi kan. Mau basah lencun baju menapak tengah panas. Panas laut pulak tu. Sihat kejap.

Dari stesen Bugis LH dengan teman turun di stesen Raffles Place sebab Raffles Place stesen terdekat dengan Merlion Park. Tapi jangan dipikir keluar stesen dah nampak kepala singa tu ok. Jauh kena menapak. Keluar dari stesen ikut gate G. Bila keluar dari stesen korang akan nampak sebuah pondok macam rumah yang unik dan ada statue kat sebelah. Nanti layan gambar.

Pastu korang terus dan menyeberangi jalan raya sikit ke bank OUB dan nampak sungai. Kemudian jalan sebelah sungai tu sampai jumpa titi atau jambatan yang cantik dan belok kiri. Korang teruskan perjalanan sampai jumpa jambatan aka lebuhraya diorang la kot. Kira korang kat bawah higway tu dan korang perlu melintas jalan tu melalui jalan bawah dan menapak naik atas. sungai tu menghubungkan ke laut dan dari Merlion Park boleh nampak Marina Bay. Paham x? Tak paham buat2 paham.


Study MRT dan LRT map ni sampai lulus cemerlang ok.

Lepas Kepala Singa kitaorang dah macam udang kena jemur tengah panas. Member LH ni susah nak berpeluh. LH yang berpeluh maha hebatnya. Masuk dalam subway alhamdulillah sistem udara dia maha sejuk. ngehehe

Gara-gara mengejar masa disebabkan bas semalam tu LH terus menapak ke USS. Naik MRT sampai ke stesen Harbour Front. Kat stesen Harbour Front ni korang akan sampai dalam mall yang menghubungkan Sentosa punya subway pulak. Kiranya macam naik LRT PUTRA masuk dalam KLCC. Sampai kat stesen Harbour Front tu korang masuk dalam mall dan naik tingkat atas sekali. Beli tiket pergi dan balik Sentosa Subaway. Naik subway dia dan turun stesen pertama. Kalau nak ke pantai turun stesen terakhir. Ada 3 stesen kalau LH tak salah. 

Paham idok?



Caj masuk Universal Studio Singapore (USS) ni LH dapat RM164 beli secara online. Print tiket lepas beli dan kat sana tukar tiket kat kaunter dan masuk. Malas nak cerita banyak pasal USS ni sebab kalau korang Google melambak dah cerita USS yang seakan sama dan sama juga yang LH alami. Cuma nak tekankan game yang patut cuba seperti

Transformer
Pyramid Firaun
Roller Coster
Princess Castle

Yang lain biasa biasa sahaja. Tapi masih berbaloi sebab tema dia universal studio. Mungkin lebih 30% keseronokan dia berbanding Genting Highland. 

Kat luar USS ada waterpark juga cuma masa LH pergi tutup sebab renovaton. 

Kalau jenis tak mampu beratur panjang belilah pass vip. Sebab masa cuti sekolah beraturnya maha panjang. Sedangkan vip pass pon masih kena beratur. Bayangkan.




Itu saja cerita pasal Singapore. Sebenarnya boleh buat satu entri tap kemalasan. Malam tu balik kitaorang menapak tunggu di stesen Little India dan kena tunggu kat betul2 Little India dan bukan stesen Little India. Penjelasannya begini, sampai stesen Little India keluar dari stesen belok kiri dan terus sampai jumpa mall yang kedua. Yang pertama mall buruk yang kedua mall cantik. Tunggu tepi mall cantik tu. Pejabat bas ada sebelah 7Eleven belakang mall tu. Pergi tunjuk muka dulu pastu tunggu bas sampai. Nak dijadikan cerita LH nak memerut time tu juga. Kan kita selalu dengar cerita Singapore punya public toilet tak ada pili air? LH dah merasa. Sampai Malaysia terus cari toilet. hehehe....

Tamat


MOTS: Rancang masa sebaiknya. Kalau masa dirangcang sebaiknya boleh pergi lagi banyak tempat berbanding LH. Selamat berjalan.

p/s:mohon seribu keampunan,semua gambar penutup kisah ni dalam PC di kg dan LH sekarang di Madinah. Insyallah balik cuti LH update gambar.

Kisahnya | Madinah 1

Assalamualaikum

Hari ini hari ke enam LH di Madinah. Cuaca yang tidak sama sekali seperti di Malaysia. Tapi alhamdilillah LH selesa begini. Cuacanya panas tapi berangin kering. 

Hari pertama sampai, LH rasa suatu kelapangan hadir dalam diri. Disambut dengan layanan yang berbeza dari pihak imegresen Saudi Arabia. Penat perjalanan yang mengambil masa 8 jam dengan penerbangan SAUDIA hilang melihat layanan mereka. 

Jelas sekali apa yang diceritakan selama ini bahawa rakyat Malaysia di senangi di bumi anbia ni benar. Sesampai LH di pintu imegresen, LH beratur jauh di belakang disebabkan penerbangan LH mendarat bersama-sama beberapa penerbangan haji dari Indonesia dan beberapa negara lain. Seorang pegawai terlihat LH memegang passport berbeza dari yang lain. LH dipanggil ke dalam bilik. Soalan pertama di ajukan...

"Malaysia?"

"Yes from Malaysia"

"Please come this way"

Tau imegresen tu bawak ke mana?

Dia bawak LH pergi satu kaunter khas ni dan selesaikan imegresen sesegera mungkin. Terlepas hazab beratur yang panjang itu. Dalam pada LH menunggu member LH ni melepasi imegresen, tiba-tiba jemaah haji dari Malaysia sampai dan ada seorang ketua yang memakai lencana Tabung Haji. Nampak saja kelibat jemaah Malaysia tu pegawai yang uruskan LH tadi tu terus memanggil

Malaysi! Malaysi!

sambil tunjuk pada satu laluan kosong dan diorang terus dibawa ke imegresen tanpa banyak soal macam jemaah lain.

Masa tu LH rasa macam..

IM PROUD TO BE MALAYSIAN.


Selesai cerita imegresen. LH di jemput dan di bawa ke rumah penginapan yang disediakan. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan.

Driver suruh rehat dan besok pukul 8 pergi daftar di bangunan ADMIN.



Besok pagi dengan mata lebam sebab tak boleh tidur terus pergi daftar kat pejabat ADMIN. Cari bagai nak gila tak jumpa. Speakang tanya orang sana orang sini pon tak faham. Tapi alhamdulillah jumpa.

Malas nak cerita pasal pendaftaran segala.

Cerita yang menariknya ialah

Hidung berdarah hari ke 3

Berhenti merokok hari dari hari pertama

Makanan so so..  Tapi alhamdulillah masih diber makan yer dok

Rumah ke tempat kerja catwalk saja

Tinggal sorang dalam sebuah apartment.(lucky me)

LH lelaki ke enam di tempat kerja LH dari Malaysia.

Hari kedua ke Masjid Nabawi tapi tak sempat masuk Raudah.



Rasanya itu saja yang penting berlaku sepanjang 6 hari di Madinah. Cuaca panas kering. Musim sejuk malam lebih lama. Sekarang ni dah dikira pertukaran ke musim sejuk sebenarnya sebab 6.00 petang da gelap. Suhu 42 darjah celcius masa LH touchdown. Tapi LH bersyukur sangat semuanya dipermudahkan.

Memandangkan kamera tak bawa makanya korang layan gambar henfon je la yer..




 SArapan pertama di Madinah. Kimchi juga yang LH bawa. hikhikhik









 Airport Riyadh















itu sahaj gambarnya sebab gambar yang lain penuh muka LH yang jakun sajo. Next entri LH akan cuba cerita tentang pasar basah dekat Madinah. wassalam...


p/s: xdapat sambung entri SG,Medan dengan tamatkan kisah Jogja. Gambar dalam PC kat kg. Kalau wujud dalam dropbox LH setelkan.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images