Kisahnya... | Trip ke Singapore 1. (Backpackers)

5.00 a.m

Ok sangat gigih tak? (Baru setel sahur...)

Rajin tak LH?

Moh nak cerita trip LH ke Singapura(SG) tempoh hari gara-gara malas nak balik rumah. Ada a few things yang tak best dah sekarang ni dekat rumah jadi LH selalu menyibukkan diri yang tak sibuk.

Kembali ke cerita asal yer adik-adik. Trip ni secara mengejut sebenarnya. LH dapat cuti on Monday and Tuesday. Tapi Sabtu dan Ahad LH kena kerja. Makanya pergi SG dua hari sajo bertolak naik bas dari Terminal Bas Selatan. Tiket Bas dapat seorang lebih kurang RM40 perjalanan ke SG dan SG$30 untuk perjalanan pulang. Tiket boleh beli terus pergi dan balik di TBS.

Ada nasihat baik dari LH. Pilihlah bas ke sana yang berkualiti. LH dah terkena haritu. Camni ceritanya. Tiket dibeli jam 09.30 A.M makanya bergegas pagi tu ke terminal sebab takut lambat kang kena tinggal. Sampai di terminal sempat lagi makan sebab baru pukul 8.30 A.M. Tetiba tengah makan telefon bunyi,

"Hello en LH yer?"

"Yer saya,siapa ni?"

"Saya dari syarikat bas STARMART, nak inform bas delay yer en ke pukul 10.30"

"Delay? ermm yelah"

Haaaa meriah sangat kan. Beriya LH bergegas sekali kena tunggu lama lagi. Macam nak maki hamun pun ada tapi entah napa berdiam diri. Pukul 9 lebih LH ke kaunter tiket sebab nak confirmation dan cop tiket. Jadi makanya LH tanya lah kat mana nak tunggu bila nak balik ke Malaysia nanti. Jawapan dia Little India. Dalam hati LH memang tak best ni. Tapi abaikan lagi. Tunggu dan tunggu 10.45 A.M bas baru sampai. Dah naik bas tunggu lagi dalam bas dan pukul 11.30 baru jalan. Dalam hati memang dah maki hamun. Dengan bau bas yang hapak. Waduh!! Redah jelah.

Bayangkan berapa jam dibazirkan kat situ. Masuk area JB jem tak hengat sebab sampai waktu orang keluar pejabat dan yang bestnya bas ni boleh pulak drop penumpang sikit-sikit sepanjang jalan. Ya Allah masa tu rasa nak mengamuk pun ada sebab LH dah buang masa banyak sangat. Plan dekat SG semua berubah gara-gara bas.

Sampai imegresen Malaysia dan setel pastu turun nak naik balik bas yang sama driver bas kata naik yang sebelah ye dik. Dan semua penumpang diarahkan naik bas yang sebelah. Masuklah dalam bas yang sebelah itu dan bergerak ke Woodlands, Imegresen SG. Setel cop passport LH pun keluar dan blur jap. Ni semua gara-gara kemarahan pada bas tuh. Hah sudah nak ke mana? Sebabnya bas tak hantar ke dalam SG. LH bertenang sekejap dan tengok banyak bas ke stesen MRT KRANJI. Makanya LH buat keputusan ambil salah satu bas transit dalam kota tu ke stesen MRT KRANJI. Sebelum sampai SG LH sempat baca sikit2 cara nak berjalan dalam SG ni dan stesen terdekat dengan border adalah KRANJI. Makanya LH amik bas mana2 saja yang ada tulis KRANJI tetapi disebabkan tiket belum dibeli makanya masa naik kena bayarlah macam naik RAPID KL tu.

Nak dijadikan cerita masa LH naik tu driver bas tu suruh masuk sajo tak pon dia minta duit. LH blur lagi. Tapi naik juga dan ianya percuma untuk LH haritu.

Sampai stesen KRANJI LH beli tiket satu arah ke stesen ALJUNIED sebab dah tempah hotel disitu. Jauh juga perjalanan sebab ada interchange train. Sampai stesen ALJUNIED lagi satu hal. Cari hotel tak jumpa.

#rebah lagi

Melilau sana sini tak juga jumpa hotelnya. Akhirnya LH buat keputusan naik balik MRT ke stesen BUGIS. Turun kat BUGIS sebab ramai cakap situ banyak backpacker punya room. Pusing punya pusing tapi tak jumpa.

Huaaaaa!!!

Matila mana nak tidur malam ni. Perut pulak berkeroncong. LH cuba masuk dalam BUGIS STREET tapi tak nampak pon kedai makan yang halal. Makanya buat keputusan ke POPEYE sebab ada wifi jadi boleh search nak tinggal mana. Selesai makan LH terus mengadap tab ggih cari sampai jumpa dan akhirnya dapat bilik di 5footway.inn Bugis Project.

Harga secara jujur tak murah sebabnya LH amik bilik berdua memandangkan trip ni berdua. Toilet kat dalam bilik. Harga $SG64. Dari POPEYE tu LH kena jalan dalam 1.5km dan LH menggunakan app Google Maps. Lucky me app tu masih berfungsi walaupun talian internet dah tak ada. Boleh tahan menapak sampai lah ke bilik. Plan malas dah nak keluar ke mana2 tapi lepas mandi dan rehat sekejap segar pulak dan terus LH keluar ke MUSTAPHA CENTRE di  stesen MRT FERER PARK. Turun situ LH jejalan lah cari. Dia macam Mydin dekat PUDU tu tapi ada kelas sikit lah. Jual segalan macam minyak wangi dan kosmetik dengan harga murah. LH pergi tengok2 sajo. Duit nan hado.

Tak lama kat sana sebab takut train tamat perkhidmatan. Oh lupa nak cerita yang LH beli tiket EZ LINK untuk guna perkhidmatan train ni lepas yang LH beli single tiket tu. Senang sebab dia macam Touch n Go. Beli dengan harga $SG12 dan ada $SG7 dalam tu. Turun balik di stesen BUGIS dan menapak ke bilik. On d way balik bilik LH dah kebulur balik dan terjumpa kedai mamak kat area bilik tu. Makanya menyantap di situ. Nasi goreng Pataya sama Bandung=$SG7.

Balik bilik terus tidur sebab esok nak bangun awal kononnya nak ke Merlion Park sebelum ke USS.

Jalan2 tengok gambar dulu sebelum kita sambung.




 USS

 USS


 USS


 hotel kitaorang

 cantik x rumah ni? LH suka tau design camni. Ni blok kedai dekat kg Glam
 Amacam? Macam kat Penang dan Melaka pulak rasa.



 Masjid dekat kg gelam

 LH tak tahu kenapa ambil gambar ni yg pasti bangunan ni cantik



 USS



































Moral of the story bagi LH ialah pilih bas yang betul. Servis dari bas STARMART sangat teruk. Harap tidak terkena pada yang lain.

p/s Gambar adalah secara rawak. Malas nak susun. Ada gambar dalam USS juga.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images