Dapur Teruna | Terung Gulung dengan Udang (Eggplant roll with Shrimp)

Assalamualaikum semua.

Semangat pagi-pagi ni buat entri. LH tak boleh tidur sebenarnya. Sekarang jam 0259 waktu Madinah.

Resepi terung ni LH buat minggu lepas kalau tak salah. Masa tu teringin nak makan terung cili macam ayam penyet tu tapi sini tak ada cili padi makanya jadi sambal terus. Olah-olah jadi terung dengan udang. Tercetusnya idea terung ni dari rancangan foodnetwork. Resepi masa tu dia gulung terung dengan daging. 

Mula-mula LH macam risau jugakkan takut tak sedap sebab jadi resepi sendiri tapi alhamdulillah kawan-kawan sini cakap sedap dan siap bertambah. (harap idok la menipu๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰๐Ÿ˜‰)



Sebenarnya resepi ni jadi 2 resepi sebab resepi satu macam dalam gambar. Tapi kalau yang tak cukup masa boleh gaul je semua tanpa gulung-gulung. Tapi rasa dia memang berbeza. LH dah cuba dua-dua cara dan memang rasanya berbeza. Mungkin berbeza sebab kalau yang gulung macam dalam gambar terungnya digrill dengan olive oil dulu sebelum digulung tapi yang resepi tak cukup masa tu campur je semua.

Moh la tengok resepi. Cerita panjang pon pening je.i



Terung gulung dengan Udang


Bahan

1. Terung. (kuantiti bergantung pada saiz hidangan)
2. Udang saiz sederhana -1/2 kg
3. Olive oil
4. Cili kering*  (8 tangkai. Potong dan rendam dengan air panas sampai lembut.)
5. Bawang besar* (2 ulas)
6. Cili besar* (4 tangkai)
7. 4 sdb minyak masak
8. Garam dan gula
9. Serbuk parsley

Cara

1. Terung potong memanjang dan nipis. Kalau nak buat sikit saja yang bergulung dengan udang, lebihan terung yang belum dipotong boleh potong biasa. Basuh dan rendam dalam air bagi elakkan lebam.

2. Kisar semua bahan bertanda * sampai halus.

3. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar sampai naik minyak. Naik minyak ni maksudnya baham tumisan tu ditumis sampai kering kemudian terus gaul sampai berminyak. Api perlahan.

4. Masukkan bahan perasa. LH biasa perasa dengan garam dahulu. Kemudian baru perasakan dengan gula. LH gantikan ajinomoto dengan gula. Gula ni memghitamkan sambal jadi LH taruk akhir.Dah masak ketepukan.

5. Udang yang dibersihkan dan dibuang kulit digaul dengan minyak zaitun, sikit garam dan serbuk parsley. Biarkan dalam 5 min kemudian grill sampai masak. LH suka kalau grill udang tahap masaknya sederhana sebab taknak bagi manisnya hilang. Minyak zaitun boleh juga digantikan dengan minyak biasa dan serbuk parsley boleh juga digantikan dengan herba lain yang wangi. Ketepikan.

6. Sapukan terung dengan minyak zaitun dan grillkan dia sampai masak.

7. Bila dah siap semua bahan, letak udang di tengah dan gulung dengan terung. Kemudian simbah dengan sambal yang disediakan.


Kalau korang malas nak gulung2 ni korang potong terung ketul2 dan gaulkan saja terung dan udang dengan sambal tu. Udang dan terung tu tak payah grill pon tak pe terus saja gaul dengan sambal. Cuma rasanya berbeza dengan yang digrill tu.

Rasa yang digulung tu lebih seimbang dan sedap.


P/s: entri gigih menggunakan smartphonr. Kebas jari jemari.

Kisahnya | Aidiladha di Madinah

Salam semua.. Ok gigih tak LH?

Kalau time rajin macam ni la.. setaip hari ada entri. Cuba kalau malas.. Haramm!!

Siapa pernah sambut raya kat negara orang? Mesti ramai kan? Terutama pelajar yang belajar di luar negara dan backpackers yang nak merasa raya di tempat baru. LH dah tergolong dalam golongan yang sama dengan golongan perantau tersebut tahun ni. Biasa feeling feeling perantauan di KL saja tapi kali ni memang bebetul perantau. Jauh sampai ke Madinah. Jauh pun takpe janji impian tercapai yer tak?

Solat sunat Aidiladha kat sini awal. Kalau di Malaysia lebih kurang pukul 8.30 pagi kan tapi di sini pukul 6.30 pagi. Awal tak? Mesti la awal kalau dah subuhnya jam 4.30 pagi. Selesai subuh semua akan bertakbir raya sampai jam 6.30 pagi dan tempat 6.30 pagi solat sunat raya dimulakan. Selesai solat, imam akan sambung dengan khutbah raya haji. Kawan LH yang paham khutbah tu dia cakap tiap tahun khutbah yang sama. LH senyum jer sebab tak paham.

Seminggu sebelum raya takbir da bergema setiap pusat membeli belah. Pusat membeli belah ok ada takbir. Hik..
Alhamdulillah tahun ni dapat merasa beraya di Masjid Nabawi. Walaupun orang asing tapi hati gembira dan tenang.

Ok jom layan gambar sekeping dua di Masjid Nabawi.

 Ni lah kawan LH kat sini, namanya Syazwan Senin. Dia yang bagitahu LH yang khutbah tu tiap tahun cerita tentang Nabi Ismail. Same topic.










































Orang memang sangat ramai,tapi bila kat dalam tu tak ada pun berasak-asak. Cool je jalan. Alhadulillah. Berpeluh pun tak. Tapi bilangan orang solat Aidiladha ni tak ramai sangat sebab rombongan haji semua tak ada sebab diorang tengah wukuf. Masuk raya kedua baru rombongan haji akan turun ke Madinah kembali. Kalau ke Madinah roger LH, boleh pergi makan kambing sesama

Sebut pasal kambing teringat ada beberapa gambar pasal jual kambing di sini. Syazawan yang bawak tunjukkan dekat LH dan kawan LH. Jom tengok..











Diorang ni jual kambing tepi jalan jer. Korang bayangkan korang lalu kat federal highway dan sampai dekat tol batu 3 ada orang jual kambing. Hah gitulah lebih kurang. hikhikhik...

Ok tu sajo. Esok LH kerja,selamat beradu.

wasalam...

p/s:11.15pm KSA.

Dapur Teruna | Udang Masam Manis (edisi perantauan)

Salam

Semalam LH cuti,makanya Lh jadi rajin tetiba nak memasak. Malamnyer tu bergelak ketawa dekat rumah member alih-alih tertidur kat sana. Sedar-sedar dah tengahhari. Subuh pun terlepas. Nasib baik cuti. Balik rumah terus mengeledah peti ais cari apa nak masak.



Hakikatnya LH selalu masak bawak pergi kerja sebab makanan kat sini sepesen jer kat kafe dia makanya LH merajinkan diri memasak. Cumanya kalau hari kerja tu macam mana nak buat presentation cantik-cantik kan untuk masuk dalam blog. Sudahnya masuk perut sajo. Memandang kan semalam LH cuti makanya ada masa la nak dressup cecantik pinggan tu. Cantik ke?

Menunya seperti dalam tajuk. Udang Masam Manis. Masa LH pergi Vege souk LH beli udang harimau sekilo. SR 60. Macam murah. Takpasti pulak dengan harga di Malaysia.

Jom intai resepi. Ini resepi versi perantauan. Versi asal dari chef blogger yang famous la Abg Mat Gebu.


Udang Masam Manis

Bahan

Udang 500 g           *pakailah apa jenis udang sekalipun
Capcicum 3 biji      *lain-lain warna dan potong dadu.
Bawang putih
Bawang besar         *guna holland dan potong membulat.
Cili Kering             *bawak dari Malaysia,potong pendek dan rendam dengan air panas sampai lembut.
Cili Besar Hijau     *3 biji hiris nipis
Lemon                    *potong jadi 3 keping

Garam
Gula




Cara Memasak

1.Basuh udang macam biasa dan toskan. Kemudian gaulkan garam dan serbuk kunyit pada udang. Biarkan 5 minit kemudian goreng udang separuh masak. Separuh masak di sini pada LH ialah tak terlampau garing.Ketepikan.

2. Siap menggoreng, guna minyak menggoreng tadi untuk proses seterusnya. Ambil 4 sudu minyak menggoreng tadi dan tumiskan bawang putih dan cili kering sampai garing.

3.Kemudian masukkan 4 sudu sos cili dan 3 sudu sos tomato.Gaulkan sampai sebati tapi jangan hangus. Masukkan 1 cawan air. Pada yang suka banyak kuah boleh tambah kuantiti sos dan air.

4. Masukkan garam dan gula bila kuah dah mendidih.

5. Kemudian masukkan udang yang digoreng tadi,capcicum,bawang besar, lemon dan cili besar. Gaulkan sebati dan biarkan sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.




Selamat Mencuba

p/s Tolong jangan komen saiz capcicum tu erk. hehehe.. Bujangkan.. 

Tempat Makan | Madinah 3

Rajin ok malam ni LH mengupdate.

Semalam ada cerita tentang VEGE SOUK kan, jadi hari ni LH dah berjanji nak bercerita tentang makanan dan tempat makan di sini.

Kat sini pertama sekali semua makanan adalah dalam kuantiti yang besar dan jenis makanan adalah makann utama sahaja. Tau kan makanan utama? Nasi saja memanjang. Kalau di Malaysia nasi beriani tu macam bila teringin baru makan kan? Kalau kat sini teringin ke tak semua nasi macam nasi beriani. Macam-macam perisa ada. Beras yang asia yang ada di sini pun beras dari Thailand. LH masih gagal memasak nasi di sini supaya menjadi nasi yang tak lembik. Mungkin beberapa minggu lagi arif lah kot.

Kuantiti di sini semua besar-besar,jadi dinasihatkan beli satu hidanngan dahulu dan kemudian tambah.

Food court sini takde makanan-makanan tradisional, semuanya fast food. Tapi maaf sebab LH lupa nak ambil gambar FC sini. Makanan saja LH ambil,itupun tak semua.

Masa sehari sebelum raya haji haritu LH ada pergi makan satu kedai makan ni. Menarik. Cuma nama setiap makanan tu LH tak tau. LH cuma tunjuk apa yang LH nak makan sekali bila dihidangkan, mak aiiii portion dia pengsan!!!

Moh tengok gambar, kalau bercerita panjang-panjang pun bukan korang suka.







Pergi memana pun sayur ni saja yang ada


Sos. Sedap


Tengok pakcik ni, hidangan dia sama saiz macam kitaorang dan dia boleh habiskan.. kitaorang tak mampu...





 Nampak tak roti tu? sedap!!



Amacam? Terliur tak?

Sambung cerita, ada satu hari ni LH bersembang dengan senior kat tempat kerja, dia cerita pasal STEAK HOUSE. Terus LH terliur nak makan steak. Makanya malam tu gigih pergi makan juga.

Steak House ni terletak di Al Rashid Mall. Terletak di tengah-tengah bandar Madinah. Pusat membeli-belah yang menarik untuk kaki shopping dan kaki makan. 

Maaf dengan keadaan gambar itu. Biasalah kalau pakai phone ni. Tunggu LH dapat gaji LH beli kamera baru. HikHikHik..


 Tak ingat nama menu ni tapi dagingnya sedap. Cuma udangnya tak sedap. LH tak suka campur daging dengan seafood. Tak sesuai rasa. Tapi gigih amik menu ni kan? Kawan suggest jadi LH orderlah dan memang berbaloi.


Ini menu kawan LH. Burger apa tah. Sedap. Tapi dia makan tak habis sebab dia makan side dish banyak sangat. Side dish dia adalah free dan disediakan secara buffet. Itu yang kawan LH lupa diri.



OK nanti LH akan update lagi kalau ada kerajinan.


p/s: Nantikan entri trip ke Yanbu,Madinah.

Kisahnya | Madinah - Vege Souk

Assalamualaikum semua..

Baru muncul kan? Gituh la LH. Janji tinggal janji. Malas bercampur tak rajin. Acane tu?

Entri lepas kan LH ada janji nak kongsi gambar-gambar dari vege souk di Madinah.


Meh LH cerita asanya dulu..

Vege Souk ni pasar basah atau pasar tani untuk orang-orang Madinah. Yang menariknya pasar ni, pasar ni wujud setiap hari dari siang sampai malam. Pasar ni lebih besar dari padang bola dan dibahagi mengikut barang-barang yang dijual. Contoh LH bagi maca jual sayur dan buah, bahagian sayur dan buah ada satu blok bangunan untuk sayur dan buah saja dan tak ada campur apa-apa. Macam tu juga bahagian lain ada bagunan untuk ayam, bahagian untuk kambing dan bahagian untuk ikan. Memang syok.

Selalunya kalau ke Madinah biasa orang ramai akan ke tempat membeli belah macam jubah, air zam-zam, kacang cerdik dan memacam lagi kan. Apa kata lain kali kalau datang ke Madinah lagi cuba melawat VEGE SOUK. Satu lagi yang menarik tentang vege souk ni ialah ikan fresh akan digoreng di pasar ni. Korang pergi ke bagunan yang jual ikan dan bangunan tu ada bahagian menggoreng. Pergi situ cari ikan dalam peti ais besar dia dan kemudian suruh dia goreng. Memacam ikan wooo... Ikan nemo pon ada.

Yang lain layan gambar je lah yerk...

 musim buah delima sekarang


 Kuali menggoreng. Boleh buat kolam renang kan?


 Pilih ikannya disini


 Bas ke vege souk


 Vege Souk dari luar



 Hasil tuaian



Nilah ikan yang dibeli. Kerapu seekor dan Peacock 2 ekor. SR120.


 Sayur dan buah



Buah-buah kat sini semua buah western dan yang tak best ialah sayur di sini tak ada sayur asia. SOBSOBSOB...

Sebenarnya LH tak makan kambing,tapi alhamdulillah kat Madinah LH boleh makan kambing. Tak pasti kenapa tapi kambing di sini bau tak sama macam kambing kat Malaysia. 



Nanti-nanti kita bercerita tentang makanan kat sini pulak.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images