Kisahnya | Trip Medan,Indonesia 2 -Brastagi

Lambat lambat!!

Bangun lambat harini. Semalam ribut pasir sepanjang malam sampai tengah hari ni masih kuat anginnya. Cumanya ribut pasir ni tak sesejuk masa winter haritu. Kalau masa winter hari tu ada ribut pasir suhu akan turun sampai 3 C. Tak mandi la jawabnya.


Jom sambung kisah kurun ke berapa tah LH pergi Medan ni.


Sampai saja Brastagi wak driver tu pun cari hotel. Kitaorang da macam kain buruk. Ye la penat sebab jalannya sangat ekstrem. LH pesan kalau nak bawak mak ayah yang dah tua dan tak tahan dengan jalan yang ekstrem ni pikirlah 2 3 kali sebelum ke Medan atau boleh ke Medan tapi study dulu tempat nak bawak berjalan tu.

Urusan check in semua di uruskan oleh driver. Kami tunggu je depan bilik. Siap semua mandi dan solat kami keluar makan. Eh tak mandi sebenarnya. Sebab air panas sampai pukul 6 petang sajo. Tau sebab apa? Sebab water heater dia pakai jenis usang,ada api bawah heater tu. Macam dapur gas. Tapi sangat menarik sebab kita jumpa benda baru kan.















Sayangnya LH tak ambil gambar water heater tu.

Malam tu kitaorang pergi makan malam kat restoran dekat-dekat situ jugak. Menariknya restoran ni sebab asalnya dia sebuah rumah dan diubah suai jadi restoran. Kalau dah tempatnya sejuk jadi suasana dia haruslah nyamankan. Makanan dia biasa saja bagi LH. Yang LH suka cuma suasana dia dekat restoran tu. Selesai makan balik ke hotel dan beradu,sebab esok nak memanjat Gunung Sibayak.







Bangun pagi tu sarapan disediakan pihak hotel. Dimaklumkan tak ada buffet bagai sebab LH and d geng saja yang menginap di situ. Siap berak semua kami pun berangkat untuk mendaki. Yang lain semua pakai track suit dan ala-ala persiapan nak hiking lah kan,LH sorang pakai jeans. Nanti LH cerita next entry kenapa hiking dengan jeans. Layan beberapa keping gambar sebelum smpai puncak.




















Next entry LH sambung pasal Gunung Sibayak ok. Nak siap pergi kerja.

Wasalam

Kisahnya | Trip Medan,Indonesia 1

Maaf seribu kemaafan pada yang bertanya itinari pergi Krabi. Memang LH tak buat apa-apa itenari. Redah kasi pecah.

Dan trip tu pun da lama jadi LH dah tak mampu nak ingat details harga itu dan ini. Memandangkan yang baca tu pun tak rajin nak memahami satu-satu dan catit kos yang LH ceritakan maka LH lagilah sepuluh kali tak rajin. Ampun yer. hehehe


Trip ni pun dah lama. Serius ni Lh cerita sekadar apa yang LH ingat. LH dah jumpa gambar-gambar masa dekat Medan jadi bolehlah update trip ni. Kalau rajin LH buatkan balik itenari Medan.
'KALAU'

Penerbangan ke Medan ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Sekali lagi diulang 45minit ke sejam sahaja. Sangat dekat ok.

Sebelum pergi member LH siap berpesan semoga berjaya tak kena bagi rasuah kat imi sana. Cuak gila sebab bawak anak dara dua orang iaitu adik-adik LH. Masa member pergi katanya kalau tak hulur memang tak dapat balik passport. Seram. Pergi Thailand pun tak kena camni. Tapi LH cekalkan hati juga. Tak cerita kat adik-adik. Kang tak nak ikut pulak.

Harga penerbangan tak ingat berapa, tapi kalau tak salah dapat RM2++ seorang. LH pergi Medan kali ni tak backpack sangat sebab amik pakej kat Medan. Sebab apa? Sebab jarak dari satu tempat ke satu tempat tu sangat lah jauh. 4 - 5 jam. Dan public transport sana tidaklah sehebat Kurea dan Singapore makanya pahamilah sendiri.






Tapi akibat kecuaian Lh macam rugi sikit sebab pilih masa penerbangan yang kurang best. Pergi amik penerbangan petang dan balik amik penerbangan pagi. Rugi kan? Rugi masa kat situ.

Pakej di Medan LH dapat RM 399 sekepala termasuk makan,pengangkutan,driver,kos masuk tempat lawatan dan hiking Gunug Sibayak.

Kalau berminat boleh cari Mery Fitra Sinulingga di facebook. Baik dan jujur orangnya. Harga pakej bergantung pada apa aktiviti yang kita nak. Harga LH dapat murah sikit sebenarnya sebab abang dia jadi driver. Kalau dia kena upah driver luar mahal sikit. Jangan lupa bawak Milo sebagai hadiah. Dia suka milo Malaysia.

Berbalik pada kisah di Medan. Masa trip ni Lh kali pertama nak cuba KLIA2. Datang awal ke airport. Awal pun tak sempat makan sebab besar sangat airportnya. LH ngan adik-adik lepas check in terus jalan ke balai pelepasan, masa tengah jalan tu dekat skrin tulis Medan dan no flight kitaorang final call. Gila!!





Masa tu takde dengar announcement apa benda pun. Tetiba final call. LH ngan adik-adik berlari la apa lagi. Nasib baik guna backpack. Kalau beg roda tu, mahu hazab. Sudah lah masa tu ada 2 gate Imigresen. Gila memang leceh kot. Dua kali seluar nak terlondeh. Sampai je kat balai pelepasan kat untuk ke Medan tengok gate tutup semua orang relax jer. Dalam hati alamak terlepas dah ke? Pastu ternampak tiket sorang abang ni,pun ke Medan dan date sama. Lega. Skrin tu yan salah. Tak pasal baju lencun.

Selamat sampai kat airport Mery dah tunggu dekat gate tapi LH tak nampak dia. LH terus melulu keluar dari airport,nasib dia cam LH sebab tengok gambar dalam FB LH. Perkenalkan diri dan dia jemput masuk kereta. Destinasi pertama makan.

Sepanjang perjalanan Mery bercerita macam-macamlah pasal Medan ni. Agak menarik. Kitaorang dibawa makan ayam penyet untuk menu pertama ni. Restoran menarik dan makanan sedap tapi sambal dia pedas GILA!! PEDAS YANG SEDAP! Cuba lah sendiri. Mungkin mulut LH yang tak tahan kot.

Layan gambar kedai makan tu ok.


Es Teh aka teh o ais

 tempat makan


 wastafel tu apa?


 nasi ayam penyet


 sambal telur puyuh





 Jemput masuk,cinderella tunggu kat dalam






Lepas makan kami dibawa ke bandar Medan sebab masa kitaorang sangat pack jadinya adik-adik ni nak membeli telekung lah apa lah. Makanya bershopping lah diorang. LH? Haruslah tak. Bawak bekal pun rm100 jer.



 bandar medan\


Gerbang Masjid?


 Masjid? Takingat!!

Pesanan disini masa shopping tu akan dikerumuni oleh penjual cenderahati macam Fm etc tapi abaikan jer. Mahal.

Habis soping kami terus ke hotel iaitu di Brastagi. Singgah hantar Mery kat rumah dia. Ni pilihan samada korang nak pakej berinformasi atau tak. LH pilih tak. Kiranya tak berinformasi ni xde guide nak cerita kat korang sepanjang perjalanan.Kedekut tak?

Dari Medan ke Brastagi ambil masa 3-4 jam kalau tak salah LH. Perjalanan dia ya ampun seram gila. Sempit dengan gaung dengan kereta potong memotong. Tapi dengan kehebatan wak driver tu kami selamat sampai di Brastagi.

Hotel dia cantik gila. Sejuk Brastagi ni dan lebih sejuk dari Cameron Highland. Masa sampai dah malam dan hanya dua bilik ada orang iaitu bilik kitaorang sahaja. Ada orang pasang unggun api kat depan hotel minum kopi. LH macam nak join tapi member LH taknak jadi tak lah join. LH agak mesti pekerja hotel diorang tu. Best kot sejuk-sejuk minum kopi keliling unggun api.

Malam tu kitaorang lepak depan bilik je. Sejuk sampai cakap keluar asap. Serius tak tipu. Cakap keluar asap ok. Mungkin sebab lepas hujan. Esoknya aktiviti kitaorang memanjat gunung. Nanti LH sambung.


Enjoy the pic guys.


Trip Medan,Indonesia 2 -Brastagi

Dapur Teruna | Sup Daging ala Thai

Kenapa ala thai? Kenapa tak ala Malaysia?




Eh biarlah LH yang masak kan. Emo!hehehehe...

Sebenarnya tak ada ala thai sangat pun. Sikit-sikit je. Sebab apa LH cakap ala Thai? Sebab dia pedas. Sup Thai ni bagilah sup ayam ke apa sume pedas. Pedas yang guna serbuk cili tu. 

Nak tanya korang pembaca sekelian. Korang perasan tak kalau makan sup dekat KL mesti sup dia berwarna, dan tak jernih. Bukanlah warna biru,maksudnya sup LH berwarna tu tak jernih?

LH agakla kan,mesti dia tak keringkan air daging tu dulu.


Mak LH selalu pesan,kalau nak masak daging ke ayam ke kering kan air dia dulu. Korang tau tak nak keringkan camna?

Ha meh nak kongsi,

Panaskan kuali atau periuk kemudian masukkan daging atau ayam yang dah siap dibasuh. Jangan taruk minyak atau air. Panaskan kosong macam tu. Nanti daging atau ayam tu akan keluarkan air. Korang biarkan sampai air daging atau ayam tu kering. Api jangan la macam nak bakar rumah. Cukup macam nak panaskan diri di musim sejuk. Mampu perumpamaan gitu?

Bila da kering baru la menumis. Cara yang sama jugak kalau nak buat sup gearbox.


Bila dah tengah memasak sup tu,sup tu dah mula mendidih,akan ada buih dari daging atau ayam tu kan? Mak pun selalu pesan buang yang tu. Untuk elakkan bau katanya.

Korang bolehla cuba. Tapi pada yang suka pada bau tu tak la buat cara ni,nanti hilang pulak bau hamis daging atau ayam tu sebab ada sedara cakap sesetengah orang memang suka bau hamis tu. Kalau tak ada bau tak sedap katanya sup. Terserah la kan,tekak memasing.






 



Jom tengok resipi anak bujang ni


Sup Tulang ala Thai

Bahan

Daging 500g
Kentang 2 biji
Cili padi 4 biji
Karot *option
Bawang 1 labu * LH guna bawang holland,kurang umph. Pakai yang purple lagi best. Belah 4.
Halia 1 inci
Sup bunjut
Serbuk cili




Cara

1. Basuh daging dan toskan. Kering kan air daging bersama halia macam LH cerita kat atas tu. Ni terserahla pada selera masing-masing. Kalau nak sup yang warna ceria dan jernih sila keringkan. Hik..

2. Lepas air dah kering,masukkan air 3 cawan dan cili padi. Biarkan mendidih.

3. Bila dah mula mendidih masukkan kentang. Masak sampai kentang separuh masak dan masukkan karot dan bawang

4. Akhir sekali masukkan sup bunjut dan serbuk cili. Memandangkan kali ni sup LH dah pedas LH tak masukkan serbuk cili. Korang rasa dulu sebelum masukkan serbuk cili.

5. Perasakan dengan garam.


Pada yang suka ajinomoto tapi nak berhenti guna ajinomoto macam mana? Macamni, balancekan rasa dia guna gula. Ni petua mak juga. Sebab LH memang masak tak pernah taruk aji,cukup sekadar garam. LH memang boleh tau kalau makan makanan ada aji banyak ni. Hbais makan je mesti xpuas minum air pastu sakit kepala. Sebab tu tak pernah pakai aji. Family pun jarang pakai. Mak pakai pun untuk masak untuk katering je. Korang boleh gantikan dengan gula, tapi jangan la masukkan seguni gula tu. Kang nak elak darah tinggi terus dapat kencing manis. Berpada-pada.


Manis tu racun,Pahit tu penawar.




Selamat mencuba




 p/s: Cantik tak template baru langsirhitamm? Tapi tak dapat tukar data penulis.




Kisahnya | Hutan Lipur Lata Kekabu




 Hah melata lagilah si LH ni yerk?

Tak melata pun,duk dalam rumah saja ni. 5 bulan dah kerja pastu balik rumah. Tu jelah rutin. Semalam balik kerja saja buka ext hard disk ni kut kut ada gambar travel ke medan. Dukacita tak ada juga. Entri dah buat tapi gambar tak ada.Sedeyh!

LH tertinggal dalam PC kat rumah rasanya. Nanti kalau balik kampung LH masukkan yer.

Trip ke Lata Kekakbu ni masa tahun bila tah tak ingat. Masa ni LH ke rumah kawan di Kuala Kangsar. Lepak rumah dia. Bapak dia masakkan itu ini dalam suasana kampung. Very interesting ok. Even LH dari kampung juga tapi seronok dapat rasa pengalaman berbeza. Selesai makan tengah hari kami sibuk cari air terjun.

Lata Kekabu ni sangat tak famous dalam Google tapi kalau pergi air terjun dia perghhh rasa nak berendam sampai subuh.


Camna LH boleh guide eh? LH pun tak pandai sangat sebab pergi sekali saja. Kalau dari KL exit ke Kuala Kangsar,Lepas tol Kuala Kangsar akan jumpa traffic light Kuala kangsar kena belok kanan,kalau nak ke airterjun ni kena terus. Bawak keta slow slow tengok sign board yang super duper comel sebelah kiri. Nak senang tanya saja orang tol tu. Hik











Zaman-zaman ber DSLR. Sekarang? Udah idak lalu nak ngusung. Besar gabak. Sekarang LH pakai compak jah. X10 Fujifilm saja. Dalam hati teringin gak nak usung DSLR tu tapi kemalasan lebih dari keperluan. Tak pelah gambar X10 pun dah cantik tapi tak secantik Nikon ni kan?

 Boleh makan tak?







 Rindunya bau hutan. Bau pasir saja sini

 Andai aku sebebas pepatung




Kisahnya | Trip Pendek Istanbul (SOLO) -Preparation

Hah muncul lagi?

ate dah teman rajin teman nulis la.

Beginilah kalau ada mood. Cuba kalau tak ada mood? Sepi lah jawabnya

Kenapa trip pendek? Sebabnya LH pergi 3 hari saja ke Istanbul. Akan pergi sebab belum pergi lagi. InsyaAllah bulan 3 baru pergi. Awal bulan 3. Godek-godek cari tiket dapat paling murah rm1500. Niat mula macam nak pergi selepas habis dateline assignment tapi masa tu hujung bulan 3 jadinya tiket dah melambung tinggi untuk direct flight. Tiket dah rm2400. Membazir. Masa tu dah spring sebab tu tiket mahal. Istanbul kan ada Festival Musim bunga masa spring makanya tiket pun mahal.

Perjalanan dari Madinah 3 jam sajo. Untung duduk dekat ni. Preparation? Tak adalah prepare sangat, sekadar book hotel dan survey sikit-sikit saja suhu dan tempat nak jejalan kan. Memandangkan trip ni 3 hari je dan solo jadi kena rajinkan diri sikit buat preparation. Orang sana dah la tak tau cakap omputih broken macam LH.

Penginapan

LH dah book dengan Hostel Big Apple sebab dekat dengan Stesen Sultanahmet dan berdekatan dengan tourist attraction. Semua jalan kaki.
 Ehsan dari Google


Google lagi


Place to visit

Seharusnyanyalah banyak tempat nak dilawati. Luar Istanbul pun banyak tempat nak pergi tapi memandangkan trip ni sangat singkat jadi LH duk dalam Istanbul saja. Mana tahu jumpa minah europ-asia yang hot-hot.


Itenarari

Day 1

Sampai airport 6.20am. Beli kad metro. Pergi Sultanahmet stesen dan cari Hostel Big Apple. Check in.
Sarapan
Jalan-jalan cover

-Blue Mosgue
-Topkapi Palace
-St Sophia

*Kalau tak sempat sambung hari ke 3

Day 2

- Dolmabache Palace
- River Cruise selat bhosporus
- Round Taksim

Day 3

- Spice Bazaar
- Grand Bazaar

Pukul 10.30pm check in dan balik ke Madinah.

 Google juga


Ringkas kan? Kalau boleh nak ringkas lagi.
LH akan touchdown Madinah pukul 2.40 am dan esoknya LH kerja. Gila punya kerja. Harap flight tak delay. Kalau delay mampus tak hidup. Mati kena keji ngan majikan.

Well wish me luck with this trip. Nervous dia pelik excited dia pun pelik.


Haruslah semua gambar tu dari google sebab belum lagi ke sana. Next entry insyaAllah ada gambar betul.

Wassalam

Dapur Teruna | SAMBAL

Special entry..

Why special entry? first because its in bbroken English and second because i made this entry for those who reguest the sambal recipe.

I just suggest this blog if somone need the SAMBAL recipe.

Sambal?

Why sambal? I wish i know the answer. All my friends here in Hofuf addicted to sambal. One by one are learn how to make sambal. Their try to search the dried chili every where. Hik..
Lucky i bring from Malaysia.

Sambal?

Its spicy but all of them keep eating even their face turn red and the nose start drooling.(Macam salah je ayat aku). Their fall in love with The special taste of sambal

well this is the recipe...




SAMBAL

Ingredient

1. Dried Chili- 8-10 chili equal to 1 big purple onion *
2.Garlic- 3-4*
3-Ginger- 1/2 cm *option*
4- Purple Onion -1 *
4-Salt
5-Sugar
6-Oil


How to cook

1- Soak dried chili in hot water for 30 mins until it soft and watch it under tap water to remove the seed. Also can boil it to make it soft.
2. Blend all * ingredient with 1/2 cup water untill it really smooth.
3. Heat 1/2 cup to 1 cup of oil(depends on blend ingredient) and cook the blend ingredient until the water dry and oil is on top of the SAMBAL as know as evaporate.
4. Sugar and salt is option. If wanna keep the sambal to use later, no need to put sugar and sambal.

EGG/ANCHOVY/FISH/CHICKEN/SEAFOOD

5. Once well coo, we can add all the ingredients like seafood,chicken etc.
6. For me, Egg sambal can make either boil egg or fried egg. Depends on what we like. Fish have to fry first.
7. Once all the main ingredient inside,now we can add sugar and salt.
8. Ready to be serve.



Haaaaa ko mampu nak menulis dalam omputih. Ayat tunggang terbalik. Grammar letak kat lutut. Tu je la mampu. hahaha

Gambar pun sendu-sendu ayam je sebab pakai handphone saja. Malas nak guna kamera. Besar tak tahap malas tu?


LH cuba yang terbaik ok nak bagi deme2 ni pandai buat sambal. Tapi yang bestnya nak juga ubah sambal tu jadi manis. Kuikuikui.. Orang filipin kan tak makan pedas.

Well selamat mencuba hokey dokey.




Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images