Kisahnya | Istanbul (tamat)

Live update from Langkawi. Jangan memperlekeh Langkawi ok, ramai yang belum sampai kot. LH beruntung sebab Langkawi tu sebelah kampung sajo.


Ok sambung kisah Istanbul yang berkurun terbiar. Hari ketiga bersamaan hari terakhir LH di Istanbul LH bangun lewat sikit sebab macam banyak tempat dah pergi. Hari last LH pergi dekat-dekat saja sekitar hotel macam Blue Mosque dan Hagia Sofea. 

Blue Mosque sangat cantik senibina dia. Menyesal bangun lambat sebab bila LH keluar orang dah ramai dekat masjid. Ramai sangat. Kalau dipikirkan balik tak ada istilah cuti di Istanbul ni agaknya sebabnya orang super ramai. Masuk adalah percuma. Kasut kena buka dan LH beruntung sebab seorang muslim jadi ada pintu khas bagi yang muslim dan pintu yang bukan muslim diasingkan bagi pemeriksaan pakaian. Pintu yang bukan muslim tu panjang ya rabbi. Masuk dalam rasa menyesal tak berwuduk di hotel sesiap. Di Blue Mosque ni susah nak berwuduk sebab tempat berwuduk macam jauh di luar. LH dengan kasut stokin bagai jadi LH tak berwuduk dan tak solat. Pada yang nak ke masjid ni LH nasihatkan berwuduk sesiap bagi memudahkan proses di sana.



 Depan



 Halaman Masjid



 Ruang Solat



Ruang Solat




Selesai Blue Mosque LH pergi ke bahagian depan bangunan warna Pink. Hagia Sofea kan nama dia? Mampu lupa nama?

 Hagia Sofea



 Buah Berangan



 Hagia Sofea dari sisi





Yang ni nak masuk tak pasti percuma ke tak tapi orang beratur maha ramai sampai keluar pagar. Tengok dari luar sajo. 

Selesai pusing-pusing situ LH jalan-jalan sekitar kawasan tu sampai pukul 2 petang lepastu ambil beg di hotel dan naik trum ke airport. Orang gila ramai dalam trum. Berdiri la sampai airport. Sejam ok berdiri. Dalam trum ada pakcik tu duduk depan LH dan dah tua orangnya. LH letak beg celah kaki sambil berdiri. Tiba-tiba pakcik tu minta nak ribakan. LH cakap terima kasih je lah. Sian pulak dia. Sampai airport LH simpan luggage dan ada misi ke Fatih.




Fatih ni kawasan kediaman orang-orang Turkey. Cantik kawasannya. Misi apa ke Fatih? Misinya ialah masa LH dalam trum nak ke airport LH google kedai makan melayu. LH jumpa ada satu kedai melayu di Fatih. Untuk orang Malaysia yang selalu makan makanan Malaysia mungkin bukan sesuatu yang istimewa. Tapi bagi LH yang dah 7 bulan tak minum teh tarik sesuatu yang perlu diusahakanlah kan?








LH teringin sangat nak jelaskan kat korang macam mana nak ke kedai tu, sebab boleh ke kedai tu menggunakan subway atau Metro di Istanbul. Tapi malang sekali LH lupa.

(Disebabkan kegigihan nak cerita kat korang maka LH dah jumpa cara nak ke kedai melayu ni)

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selesai melepak dalam kedai tu dekat nak Maghrib LH minta nak mengundur diri. baru bawak diri ke airport balik. Peralan balik lebih dekat sebab dah tau jalan sebenar. Cerita pasal restoran Malaysia di Istanbul ni akan LH buat entri khas ok. Sampai airport LH terus check in kan diri dan  masa kat dalam boarding hall tu kan ada kedai bebas cukai jadi LH pun belilah rokok sekartun seperti biasa kalau travel ni. Masa tengok harga tu macam murahnya harga rokok ni, maka ambil terus ke kaunter. Sekali masa kat kaunter bila scan keluar USD. Hamik ko! Rasakan! Tapi nasib baik boleh bayar dalam Lira. Selesai bayar ambil beg terus rehatkan diri. Airport dia boleh tahan besar tapi masih sesak. Sesiapa sahaja yang nak masuk ke airport Artaturk ni tidak kiralah yang menghantar atau yang nak terbang perlu scan terlebih dahulu.

3 pagi waktu Saudi Arabia LH selamat sampai di rumah.


LH masuk kerja pukul 8 pagi esoknya. Alhamdulillah selamat semuanya untuk trip kali ini. Moga dapat membantu sedikit sebanyak pada yang nak ke Istanbul.

Wasalam.



Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images