Kisahnya | Trip Seoul, Korea Selatan (Day 1)

Selamat tengah hari



Malaysia dah petang kan?

Sini baru pukul 1 tengahhari. Baru nak makan tengahhari ni.

Kalau korang perasaan,
bagi kaki berjalan ni kan, kalau join mana-mana group travel ni,Seoul antara destinasi yang paling banyak orang tanya itu dan ini. Kenapa?

Sebab kena racun dengan k-pop.









Well LH bukan penggemar K-Pop. Variety show diorang jer LH layan time stress. Anyway 2 hari lepas ada baca yang Jeju dilanda salji teruk dan angka kematian untuk warga Korea seramai 57 orang. Kali terakhir Jeju dilanda salji macam tu katanya pada tahun 1984. Teruk dan pelik cuaca tahun ni. Dua minggu lepas kecoh Madinah ada salji, sebenarnya memang ada tapi bukan pusat Madinah tapi perjalanan ke Madinah iaitu 192km lagi untuk sampai Madinah. Harini pulak LH datang kerja dikejutkan lagi dengan suhu yang menurun sehingga cakap pun keluar asap. Tak pernah lagi sepanjang duduk Madinah.

Meh sambung cerita

Tiket pertama LH beli untuk penerbangan bulan 9, 2014. Harga tiket dapat masa tu RM650. Habis murah dah masa tu. Sekali nak dijadikan cerita, Plannya solo trip nak menyambut harijadi sorang-sorang kat JEJU. Feeling2. Sekali tuhan merancang lebih baik. LH dapat tawaran kerja dekat Madinah. LH ada juga buat surat rayuan minta tarikh daftar diri lewat tapi tak dilayan. huk..

Makanya sambutlah harijadi di Madinah al Munawarah(Bandar Bercahaya).

Masih tak berputus asa makanya LH beli lagi tiket flight tapi harga naik melambung gila. Survey dan tungggu tetap taknak turun. Dapat tiket KUL-Seoul:Busan-KUL dengan harga RM1050. Mahalkan?

Tetiba lepas seminggu beli ada kawan nak ikut dan dia beli perjalanan sama tapi dapat murah RM840. STRESS!

Yer duit bukan masalah tapi apa salahnya kalau berjimat. Kedekut x?








Perjalanan kali ini merupakan trip paling penuh dugaan. Trip kali ni LH pergi 3 orang tapi entah kenapa semunya tak berjalan dengan lancar. Mungkin LH pun kurang persediaan. Selalunya LH akan study dari A sampai Z dan listkan segala macam benda. Sekurang-kurangnya kalau tak senaraikan pun LH akan baca dan ingat, tapi entah kenapa kali ni kurang persediaan.

Memandangkan cerita ni banyak masalah, makanya LH akan cerita details sebab bila dikenangkan balik macam sangat menarik jer.


Kisahnya, setelah semuanya berkumpul di KLIA2. LH dah berbincang awal tu nak lepak airport saja sebab flight awal pagi. Pukul 6. Maka semua setuju. Semua orang cari port tapi semua tak best, alih-alih lepak starbuck. Kitaorang pun tunggu sampai kaunter buka. Secepat mungkin check in beg bila kaunter buka. Memandangkan akan pergi bertiga makanya LH beli luggage, sebabnya beli 20kg dan boleh check in atas satu nama je. Semua orang check in beg memasing dan tunggu flight berlepas.


Dalam flight semua ahli rombongan mengantuk. kejap terlelap kejap terjaga dek dilanggar bontot pramugari yang cun itu. The best part bila pilot memulakan penerbangan dengan ucapan bismillah. LH cukup suka kalau penerbangan  macam ni. Tetiba dalam 2 jam lagi nak landing member LH teringat nak cek balik tag untuk beg yang check in tu. Check in beg ada 4 tapi tag ada 3. Hati LH dah menangis !!!!


LH diamkan dulu, be positive je. Sampai je Incheon memasing ambil beg dan JENG JENG JENG.  One of my friends beg not appear. As aspected. Semua dah gundah gulana. Berbekalkan ilmu yang tak seberapa ni LH terus buat report kat kaunter lost and found. Masalah bermula sebab macam mana nak buat report kalau tak ada bukti nak tunjuk wujudnya beg tu kan?. Camna tu? Berpeluh explaine. Korang paham la accent Korean camna kan. Selesai sume kami pun keluar.

Benda yang menarik lagi ialah, sebelum fly LH dah suruh member tukarkan duit, 1k MYR to WON. dan seorang dari kawan LH ni tukar 5k MYR dan semua duit tu dalam beg yang tak kunjung tiba. Dalam poket kawan LH ada rm300 saja. Nak makan apa kat Korea dengan RM300?



Ni la beg tu



Allah nak membantu, LH bawak 2k USD masa tu sebab nak ke Phuket bila balik dari Korea ni, jadi LH bagi member LH ni 1k USD dan LH pakai 1k. Memula pikir memang nak cancel sebab duit semua dalam tu tapi pikir balik everything is book and it will be double paid. So proceed!. Member LH yang kehilangan sebanyak 5k ni terus PEOT sebab hilang mood bagai. Keluar saja dari pintu ketibaan tu, dia dah berjuraian air mata. Tapi LH tak heran pun dia menangis sebab 5k bukan senang nak dapat kan? dengan trip Korea adalah trip pertama dia. Kesian dia. Permulaan yang tak menarik.







Tetiba dalam hilaian tangisan dia tu, (eh tak de la mengilai pun) dia decide nak beli tiket balik dengan wang 1k USD tu. Ayat dia camni...

"Korang, aku rasa aku nak balik lah, (sob sob sob), aku pinjam 1k USD ni dan korang ambil beg baju aku ni,(sebab member sorang lagi tak de baju sebab beg tak muncul)"


Saat tu kalau ikut nafsu syaitonirajim LH nak je rejam dia dalam api yang membara. Tapi memandangkan LH masih suci dan beriman maka LH simpan hasrat merejam dia di Incheon Airport tu dan suruh dia pergi beli air dan lepak tenangkan diri(Serius kelakar kot bila ingat balik).  Semua dah cool then baru la dia setuju untuk meneruskan perjalanan. Destinasi pertama setelah drama sinetron tragis ialah Itaewon sebab member LH yang kehilangan beg ni yang uruskan penginapan jadi dia book hotel dekat Itaewon.

Kitaorang pun meneruskan perjalanan ke Itaewon dengan membeli pas tourist untuk naik subway diorang. Pengalaman keji dan memalukan ialah harga kad tu 30k won dan LH bagi cashier duit, cashier tu tengok LH. LH tengok lah dia sebab tunggu baki, pastu cashier tu dengan lantang nya sebut 30k won, dan LH membalas 'this is 50k ....." masa nak habiskan ayat tu LH tengok balik duit cashier tu pegang dan ianya hanyalah 5k.

MALU!

Penat berdrama duit pun lupa ingat. Dapat je kad kitaorang teruskan perjalanan ke Itaewon dengan Subway.(Sebenarnya kalau nak jimat masa boleh naik bas, tiket boleh beli depan airport ada kaunter bas tapi mahal sikit).







Sampai Itaewon, kitaorang melilau-lilau cari hostel yang di book tak jejumpa. Tanya orang semua berlagak tak nak pandang pun. Kesian kitaorang. Beruntung sangat sebab public wifi diorang merata ada jadi LH guna google map dan jumpa. Masa nak menjumpai hostel tu, kitaorang melalui kawasan pelacuran semua jenis pelacur. Siap ngorat kitaorang lagi. Berlari2 kitaorang ketakutan dirogol. (ko mampu feeling cantik?)


Akhirnya selamat untuk hari pertama. Hari pertama ni bila sampai hotel, hari dah gelap. Masa nak check in tu, LH pandang semacam saja hostel tu. Lepas dah dapat kunci memasing, kasut tak boleh bawak naik ke bilik dan perlui disimpan di tempat simpan kasut belakang reception. Kitaorang diberi penerangan,

Ground floor Reception
First floor Changing room & Bath house
Second floor Cafe &Massage
Third floor Sauna,Movie & Room

Masa receptionist ni bagi penerangan LH dah rasa semacam saja hostel ni. Tak pernah pun duduk hostel macam ni. Kitaorang pun bawak beg naik atas. Masa melalui tingkat satu tu, terkejut beruk kejap sebab semua lelaki bogel disitu. Haaaa terus LH tahu rupanya member LH ni tempah public house yang sediakan bilik penginapan. Memasing mula la runsing nak kena mandi bogel sesama.

Masa nak book tak fikir kan? Tapi memandangkan semua dah kepenatan tak ada sapa pun buka mulut nak tukar hotel. Redah saja.

Alhamdulillah semuanya lancar. Memasing mandi dan makan malam. Depan public house ni ada 7 E jadi senang kitaorang beli nasi segera dan panaskan dekat situ.

Kesiannya dekat member LH sebab sorang tak ada baju dan sorang lagi masih tertekan dengan kehilangan duit. Ini baru hari pertama.


Serabut entri ni sebab memacam jadi, moga jadi pengajaran untuk semua dan LH juga. Enjoy the picture and chill ok.

KISAHNYA | Phuket (Tamat)

Ko mampu baru nak hupdate?

trip kurun ke berapa tah, ni baru nak hupdate. Kemalasan punya pasal. LH kekadang terpikir, apalah yang menyebabkan blogger-blogger ni rajin, macam Mat Gebu, Kak Azlita, Supermeng Malaya tu. Memang asyik buka lappy je agaknya. LH nak buka lappy pon malas. Kena menuntut ilmu dengan diorang kan?

Ok meh kita sambung dengan penutupan cerita Phuket yang hado tak hado ni. Tak ada apa menarik sangat pun sebab dah hari terakhir dekat sini. Entri lepas LH ada info kan ada ambil pakej ATV, maka hari ni pun macam biasa kitaorang bangun pagi sarapan dan tunggu orang datang jemput. Menariknya harini sebab kitaorang yang pertama dijemput dan van tak penuh pun. Ada satu lagi couple dari western join dalam satu van.







Yang pertama dia bawak naik gajah, dalam hati ni bersalahnya nak naik. Untuk pengetahuan korang yang membaca, binatang-binatang yang dibela untuk pertunjukan atau untuk pelancongan ni semestinya di latih secukupnya untuk memastikan diorang mendengar cakap. Korang rasa macam mana diorang latih? Mesti la dipukul dan dipalu. Mungkin korang penah tengok video diorang dilatih. Kesian. LH tak ada join memana NGO atau pertubuhan membela nasib binatang pun, tapi sebagai manusia LH tak sanggup tengok diorang dianaiya camtu. Macam kat Phuket ni ada satu tempat untuk bergambar dengan harimau.


 Ini wajib



 Batu dan pantai



Motifnya?



"Ko rasa rimau tak selera dengan daging ko bila ko g bergambar dengan dia?"

Sebenarnya diorang diberi dadah untuk diorang lalok. Siankan? Tu keputusan memasing. Tapi LH harap kalau ada penjualan sebarang penjualan cenderamata dari pihak yang membela dari tubuh badan haiwan-haiwan ni jangan la kita sokong dengan membeli.

Ok kembali ke realiti di mana semua orang menyesal naik gajah tu sebab masa naik tu dia bawak lalu kandang gajah, dan ada gajah tengah dilatih. Jadi semua orang nampak camna diorang ni dilatih. Terus semua menyesal. Masa menuggang tu pun orang yang bawak gajah tu promot suruh beli gading la gigi la mende tah lagi tapi kitaorang tak beli.











under maintainence 



On top of Phuket


Selesai naik gajah terus dia bawak ke tempat naik ATV, jalan kaki saja. Im sexcited!! eh!!

Dapat la ATV sorang satu. Cuma adik LH naik berdua. Biasala yang no dua tu, kekekeke....


Merentas lah kitaorang dengan mengikut pemandu pelancung. Check point pertama buddha temple. So boring. Sebab bukan kitaorang nak sembahyang pon. Pose-pose manja je. Terus blah. Check point kedua yang dinanti iaitu kampung orang asli. Yang ni best. Korang patut cuba. Jalan naik bukit bagai berliku-liku. Lalu depan rumah orang asli. Lelambai kat bebudak asli tu. Kan fefeeling retis.

Anyway, itu antara aktiviti menarik di Phuket. Selain yang LH cuba korang boleh cuba:-

#Paragliding
#Bungy Jumping
#Go kat (betul ke eja?)
#Aktiviti pantai


Memacam la lagi. Sebab Phuket ni hidup. Majoriti orang yang ada bisnes yang besar kat Phuket adalah orang asing. Siap ada orang Italy approach kitaorang sebab tengok adik-adik LH cantik. Cantik ke?

Pastu offer tinggal kat hotel dia. Ko gila nak menyerah diri? Mahunya dia culik adik-adik LH mati nak menjawab ngan mak bapak. kannn...

Selesai segalanya, kitaorang balik dan jejalan sambil cari cenderamata. LH? masih kekal tidak bershopping. Sambar Tumbler Starbuck je satu. Thats all.





Depan hotel



Ok rumusan dari trip ni adalah jimat sebab Phuket masih dikira tempat yang berbaloi meriah dan enjoy malah mampu pergi. Makan kalau pandai cari InsyaAllah murah. Banyak sebenarnya kedai yang kurang femes tapi lebih sedap dari KUSUMA. Sekitar masjid banyak yang sedap dan halal.



#THROWBACK

Salam semua, LH buat comeback. Comeback la sangatkan.

LH dengan gembiranya telah habis belajar, gigih nak bagitau jugak. Kengkonon habis study ni rajin la update blog. Kengkononya! Hakikatnya kelaut. Trip bertangguh tangguh.

Walaupun dalam tempoh pembelajaran, LH sempat melarikan diri ke Europe Oktober haritu merasai sendiri nikmatnya udara musim luruh. Cantik. Nanti LH update entri sesikit . Baru nak bertatih balik ni. Lama tak menulis. Jadi "kabarin semua?'

Trip Phuket akan LH cuba habiskan, dan sambung dengan trip ke Korea. Trip ke Korea LH asalnya malas nak upload sebab serabut sangat. Trip penuh kenangan buat LH. Banyak LH belajar dari trip tu. InsyaAllah LH cuba langsaikan semua hutang-hutang tu dalam masa terdekat.




Sunset depan rumah


 #throwback


 Mekah al Mukarramah


 transit Dubai


 repeat Krabi


 emerald pool


 Lauterbrunnen, Switzerland


 Paris, sebelum #Parisattack


Paris



Layan yang tu dulu, slow-slow LH update ok.

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images