Kisahnya | Trip Medan,Indonesia 1

Friday, February 20, 2015

Maaf seribu kemaafan pada yang bertanya itinari pergi Krabi. Memang LH tak buat apa-apa itenari. Redah kasi pecah.

Dan trip tu pun da lama jadi LH dah tak mampu nak ingat details harga itu dan ini. Memandangkan yang baca tu pun tak rajin nak memahami satu-satu dan catit kos yang LH ceritakan maka LH lagilah sepuluh kali tak rajin. Ampun yer. hehehe


Trip ni pun dah lama. Serius ni Lh cerita sekadar apa yang LH ingat. LH dah jumpa gambar-gambar masa dekat Medan jadi bolehlah update trip ni. Kalau rajin LH buatkan balik itenari Medan.
'KALAU'

Penerbangan ke Medan ambil masa lebih kurang 45 minit sahaja. Sekali lagi diulang 45minit ke sejam sahaja. Sangat dekat ok.

Sebelum pergi member LH siap berpesan semoga berjaya tak kena bagi rasuah kat imi sana. Cuak gila sebab bawak anak dara dua orang iaitu adik-adik LH. Masa member pergi katanya kalau tak hulur memang tak dapat balik passport. Seram. Pergi Thailand pun tak kena camni. Tapi LH cekalkan hati juga. Tak cerita kat adik-adik. Kang tak nak ikut pulak.

Harga penerbangan tak ingat berapa, tapi kalau tak salah dapat RM2++ seorang. LH pergi Medan kali ni tak backpack sangat sebab amik pakej kat Medan. Sebab apa? Sebab jarak dari satu tempat ke satu tempat tu sangat lah jauh. 4 - 5 jam. Dan public transport sana tidaklah sehebat Kurea dan Singapore makanya pahamilah sendiri.






Tapi akibat kecuaian Lh macam rugi sikit sebab pilih masa penerbangan yang kurang best. Pergi amik penerbangan petang dan balik amik penerbangan pagi. Rugi kan? Rugi masa kat situ.

Pakej di Medan LH dapat RM 399 sekepala termasuk makan,pengangkutan,driver,kos masuk tempat lawatan dan hiking Gunug Sibayak.

Kalau berminat boleh cari Mery Fitra Sinulingga di facebook. Baik dan jujur orangnya. Harga pakej bergantung pada apa aktiviti yang kita nak. Harga LH dapat murah sikit sebenarnya sebab abang dia jadi driver. Kalau dia kena upah driver luar mahal sikit. Jangan lupa bawak Milo sebagai hadiah. Dia suka milo Malaysia.

Berbalik pada kisah di Medan. Masa trip ni Lh kali pertama nak cuba KLIA2. Datang awal ke airport. Awal pun tak sempat makan sebab besar sangat airportnya. LH ngan adik-adik lepas check in terus jalan ke balai pelepasan, masa tengah jalan tu dekat skrin tulis Medan dan no flight kitaorang final call. Gila!!





Masa tu takde dengar announcement apa benda pun. Tetiba final call. LH ngan adik-adik berlari la apa lagi. Nasib baik guna backpack. Kalau beg roda tu, mahu hazab. Sudah lah masa tu ada 2 gate Imigresen. Gila memang leceh kot. Dua kali seluar nak terlondeh. Sampai je kat balai pelepasan kat untuk ke Medan tengok gate tutup semua orang relax jer. Dalam hati alamak terlepas dah ke? Pastu ternampak tiket sorang abang ni,pun ke Medan dan date sama. Lega. Skrin tu yan salah. Tak pasal baju lencun.

Selamat sampai kat airport Mery dah tunggu dekat gate tapi LH tak nampak dia. LH terus melulu keluar dari airport,nasib dia cam LH sebab tengok gambar dalam FB LH. Perkenalkan diri dan dia jemput masuk kereta. Destinasi pertama makan.

Sepanjang perjalanan Mery bercerita macam-macamlah pasal Medan ni. Agak menarik. Kitaorang dibawa makan ayam penyet untuk menu pertama ni. Restoran menarik dan makanan sedap tapi sambal dia pedas GILA!! PEDAS YANG SEDAP! Cuba lah sendiri. Mungkin mulut LH yang tak tahan kot.

Layan gambar kedai makan tu ok.


Es Teh aka teh o ais

 tempat makan


 wastafel tu apa?


 nasi ayam penyet


 sambal telur puyuh





 Jemput masuk,cinderella tunggu kat dalam






Lepas makan kami dibawa ke bandar Medan sebab masa kitaorang sangat pack jadinya adik-adik ni nak membeli telekung lah apa lah. Makanya bershopping lah diorang. LH? Haruslah tak. Bawak bekal pun rm100 jer.



 bandar medan\


Gerbang Masjid?


 Masjid? Takingat!!

Pesanan disini masa shopping tu akan dikerumuni oleh penjual cenderahati macam Fm etc tapi abaikan jer. Mahal.

Habis soping kami terus ke hotel iaitu di Brastagi. Singgah hantar Mery kat rumah dia. Ni pilihan samada korang nak pakej berinformasi atau tak. LH pilih tak. Kiranya tak berinformasi ni xde guide nak cerita kat korang sepanjang perjalanan.Kedekut tak?

Dari Medan ke Brastagi ambil masa 3-4 jam kalau tak salah LH. Perjalanan dia ya ampun seram gila. Sempit dengan gaung dengan kereta potong memotong. Tapi dengan kehebatan wak driver tu kami selamat sampai di Brastagi.

Hotel dia cantik gila. Sejuk Brastagi ni dan lebih sejuk dari Cameron Highland. Masa sampai dah malam dan hanya dua bilik ada orang iaitu bilik kitaorang sahaja. Ada orang pasang unggun api kat depan hotel minum kopi. LH macam nak join tapi member LH taknak jadi tak lah join. LH agak mesti pekerja hotel diorang tu. Best kot sejuk-sejuk minum kopi keliling unggun api.

Malam tu kitaorang lepak depan bilik je. Sejuk sampai cakap keluar asap. Serius tak tipu. Cakap keluar asap ok. Mungkin sebab lepas hujan. Esoknya aktiviti kitaorang memanjat gunung. Nanti LH sambung.


Enjoy the pic guys.


Trip Medan,Indonesia 2 -Brastagi

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images