Kisahnya | Trip Pendek Istanbul (SOLO) -Preparation

Tuesday, February 17, 2015

Hah muncul lagi?

ate dah teman rajin teman nulis la.

Beginilah kalau ada mood. Cuba kalau tak ada mood? Sepi lah jawabnya

Kenapa trip pendek? Sebabnya LH pergi 3 hari saja ke Istanbul. Akan pergi sebab belum pergi lagi. InsyaAllah bulan 3 baru pergi. Awal bulan 3. Godek-godek cari tiket dapat paling murah rm1500. Niat mula macam nak pergi selepas habis dateline assignment tapi masa tu hujung bulan 3 jadinya tiket dah melambung tinggi untuk direct flight. Tiket dah rm2400. Membazir. Masa tu dah spring sebab tu tiket mahal. Istanbul kan ada Festival Musim bunga masa spring makanya tiket pun mahal.

Perjalanan dari Madinah 3 jam sajo. Untung duduk dekat ni. Preparation? Tak adalah prepare sangat, sekadar book hotel dan survey sikit-sikit saja suhu dan tempat nak jejalan kan. Memandangkan trip ni 3 hari je dan solo jadi kena rajinkan diri sikit buat preparation. Orang sana dah la tak tau cakap omputih broken macam LH.

Penginapan

LH dah book dengan Hostel Big Apple sebab dekat dengan Stesen Sultanahmet dan berdekatan dengan tourist attraction. Semua jalan kaki.

 Ehsan dari Google


Google lagi


Place to visit

Seharusnyanyalah banyak tempat nak dilawati. Luar Istanbul pun banyak tempat nak pergi tapi memandangkan trip ni sangat singkat jadi LH duk dalam Istanbul saja. Mana tahu jumpa minah europ-asia yang hot-hot.


Itenarari

Day 1

Sampai airport 6.20am. Beli kad metro. Pergi Sultanahmet stesen dan cari Hostel Big Apple. Check in.
Sarapan
Jalan-jalan cover

-Blue Mosgue
-Topkapi Palace
-St Sophia

*Kalau tak sempat sambung hari ke 3

Day 2

- Dolmabache Palace
- River Cruise selat bhosporus
- Round Taksim

Day 3

- Spice Bazaar
- Grand Bazaar

Pukul 10.30pm check in dan balik ke Madinah.

 Google juga


Ringkas kan? Kalau boleh nak ringkas lagi.
LH akan touchdown Madinah pukul 2.40 am dan esoknya LH kerja. Gila punya kerja. Harap flight tak delay. Kalau delay mampus tak hidup. Mati kena keji ngan majikan.

Well wish me luck with this trip. Nervous dia pelik excited dia pun pelik.


Haruslah semua gambar tu dari google sebab belum lagi ke sana. Next entry insyaAllah ada gambar betul.

Wassalam

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images