Kisahnya | Bukit Magnet, Madinah Al Munawarah

Setiap cerita ada gambarnya. Gicuh!

Cerita la sangat, cerita Istanbul pun dah terbantut. Semua gara-gara assignment. (Padahal diri sendiri malas)

Nanti LH sambung trip Istanbul tu, bukan tak nak sambung tapi sebab hari tu sibuk dan kena pulak entri akhir tu gambar tak edit lagi makanya lambat lah nak upload. 

Alih-alih LH update gambar ni dulu sebab ada beberapa keping saja.

Bukit Magnet atau dalam bahasa arab ni diorang ni panggil tempat ni Manthaqotul Baidu (tanah putih). Sebab pasir situ warna putih kot. Tak berapa rajin nak baca sejarah. Yang pasti kat sini best sebab ada ATV, kuda,unta(harus la ada) dan tasik.

LH paling suka tasik tu.



Sebenarnya plan macam terlewat sikit disebabkan oleh terjadi peristiwa tak diingini iaitu LH tertumpah garam dalam kuah Mee Udang. Maka nak menghilangkan masin dalam kuah tu amik masa. Tapi sangat kelakar sebab kuah Mee Udang tu LH letak macam-macam, dan endingnya boleh makan tapi manis sikit. Janji semua orang makan sudah.

Perjalanan dari bandar Madinah ke tempat ni lebih kurang 1 jam. Jalan dia boleh tahan horor. Sempit. 







Masa sampai tu kitaorang lalu kawasan ada empangan. Korang rasa berfungsi tak empangan kat Saudi ni? Takdanya berfungsi. Kering kontang. Mungkin perancangan awal kerajaan Saudi ingat kawasan ni banyak air kot, sebab kalau musim sejuk di Madinah kawasan ni mampu jadi kawasan tadahan air. Tapi tak jadi. 

Lepas saja dari kawasan empangan tu jumpa kawasan tasik macam dalam gambar ni, tapi kitaorang tak berhenti, kitaorang terus lagi sampai hujung sebab nak tengok kawasan ATV dan kawasan yang bermagnet tu. Sampai dekat kawasan ATV, semua taknak main sebab debu melampau. Pastu kitaorang patah balik ke kawasan tasik dan melalui kawasan bermagnet. Syazwan si driver, neutralkan kereta dan lepas break. Laju rupanya magnet ni tarik. lebih kurang 100km/H la lajunya. Kitaorang tengok meter kereta masa tu.

Sepanjang kawasan bermagnet tu banyak la kereta berhenti tepi jalan sebab nak menyaksikan keajaiban Allah SWT ni. Kalau curah air atas jalan, air akan bergerak melawan arus. Maksudnya kalau tempat air dicurah tu condong sepatutnya air turun mengalir dari tempat tinggi ke rendah tapi di kawasan bermagnet ianya terbalik.







Habis layan semua tu, terus gerak ke kawasan tasik. Kawasan tasik ni akan kering sebenarnya bila musim panas tapi sebab musim sejuk tahun ni di Madinah lambat habis jadi lambatlah kering. Masa lalu tengok macam cantik tapi bila dekat biasa saja. Kotor sikit dengan sampah tapi masih boleh lepak la.


Untuk yang dah 6 bulan tak penah nampak tasik macam LH ni nikmatnya tuhan sajalah yang tahu bila nampak tasik. Kitaorang ada nampak satu kawasan ni, hijau sangat dan cantik sangat. Ada unta pulak 2 3 ekor.Tapi kitaorang tak berani pulak nak pergi sebab rasa macam 'private property'.











Habis makan dan lepak-lepak, kitaorang balik dan singgah di Mall. Makan sikit-sikit terus selesai trip dekat-dekat kitaorang.

enjoy the pic.


Wassalam.

Kisahnya | Istanbul Backpackers Part 2

Hari kedua ke mana? Hari kedua bangun awal. LH orang pertama sarapan ok.

Big Apple Hostel and Hotel ni sediakan sarapan kat rooftop jadinya suhunya boleh tahan menarik siap keluar asap bercakap. View biasa-biasa saja. Boleh nampak selat Bhosporus dan nampak bumbung masjid biru.













Habis sarapan LH bergerak ke stesen Sultanahmet menghala ke Kabatas. LH turun di stesen Kabatas. Masa dekat stesen Kabatas ni ada lagi orang jual pakej cruise tapi kali ini untuk ke pulau. Ada dua pulau yang disediakan. Tak ingat nama pulau tu.

Kawan LH ada pesan suruh ke pulau ni kalau ke Istanbul tapi LH malas nak pergi sebab semalam dah naik cruise jadi hari ni nak jalan kat darat. Turun dari tram LH jalan ke sebelah kiri dan terus sahaja ikut pelancong-pelancong lain.

Sampai ke Dolmabahce Palace. Ada 3 jenis tiket untuk dewasa. Untuk masuk keseluruhan istana,masuk kawasan kediaman pejabat sahaja dan untuk masuk harem atau tempat gundik diraja sahaja. LH buat keputusan ambil untuk kawasan pejabat kediaman sahaja sebab dari blog azleania cakap kawasan harem tak best. Memula masuk LH jalan-jalan kawasan luar dulu pusing sampai belakang. Masuk museum jam. Lepastu patah balik ke depan baru masuk ke dalam Istana. Pilihan nak melawat kawasan mana tu untuk dalam istana. Penerangan di beri dalam bahasa Inggeris dan Turkey,pada yang pandai Turkish boleh masuk kumpulan penerangan dalam bahasa Turkey.

Untuk masuk ke dalam istana ni kamera dan telefon dibenarkan bawa masuk tetapi tidak boleh ambil apa-apa gambar. Ada saja yang curi ambil gambar sebab masa tu 1 kumpulan tu ramai gila jadi tour guide dalam istana tu tak nampak semua orang. Mat Saleh banyak ambil gambar curi-curi. Memandangkan LH bawa gopro maka LH ambil video terus. Tapi video tu bukan untuk tontonan umum. Jadi sesapa nak tengok Chandelior terbesar di eropah sila simpan angan-angan ke Dolmabahce Palace. Seni bina dia dan sejarah orang yang menduduki istana ni sangat mengagumkan. Indah.




Dolmabahce Palace
 

Kediaman



 Kediaman



 Bunga



 Sisi kediaman



 Pintu masuk



 Halaman



 Dolmabahce Palace



 Taman



 Taman



 Bunga di taman



 Hadapan istana



 Bunga



 Burung dan Istana



  Burung dan Istana


Cantik tak? itu je termampu sebab tak bawak kamera. Semua pakai Gopro. Tapi tak sangka Gopro pun boleh hasilkan gambar yang cantik.

*matila puji diri sendiri

 Habis melawat istana ni ingat dalam hati nak ke Ferikoy Bazaar di mana bazaar ni adalah luar kawasan bandar sikit. Kiranya kalau pergi KL korang kena pergi Shah Alam. Lebih kurang macam tu. LH terus Google attraction di situ tapi tak menarik minat sebab lebih kepada barang antik. Terus buat keputusan singgah Galata Tower.  Part mencari Galata Tower ni boleh menangis sebab tak jumpa dan kena memanjat bukit. Jujur cakap bukit dia memang tinggi. Tinggi sebab sesat.

Cara yang senang ialah turun di stesen Karakoy dan naik TUNEL. TUNEL ni kereta api bawah tanah tapi ada 2 stesen saja. Naik dari Karakoy turun di satu lagi stesen. Lupa nama. Ala 2 stesen sajo.

LH pusing-pusing tetap tak jumpa. Tapi bagus juga sesat sebab LH jumpa banyak kedai jual FM sini dan lebih murah dari Sultanahmet. Di Sultanahmet 1 FM lebih kurang 4 5 lira tapi di sini 1-2 lira saja. Cuma method dia berbeza.





Pusing punya pusing sampai nak tercabut kaki akhirnya jumpa juga. Menaranya tak la tinggi sebab tu tak boleh nampak bumbung dia. Tapi tah macam mana boleh nampak Istanbul. Mungkin sebab dia atas bukit. Tiket 25Lira untuk pelancong. Masa LH sampai tu orang beratur sampai luar. Makanya LH tengok sajalah. Memang tak lah nak naik reramai macam tu.



Balik dari Galata Tower LH jalan kaki turun bawah ke jalan besar, lepastu rasa air buah delima yang banyak dekat Istanbul. Banyak diorang jual tepi jalan freshly perah. 2Lira satu gelas. Sedap!






Memula rancang nak naik tram balik ke Eminonu tapi fikir balik baik jalan kaki sepanjang Galata  Bridge. Jarak antara stesen Karakoy ke Eminonu tak jauh pun sebenarnya. Boleh jalan kaki. Kalau tau jalan dari Sultanahmet ke Eminonu pun dekat saja.  Ramai orang memancing sepanjang jalan. Senang tengok diorang dapat ikan. Ada satu pakcik ni minta rokok dengan LH dengan balasan dia tolong gilap kasut LH. Beriya nak gilap tapi LH cakap tima kasih saja lah.







Lepak tepi jeti kat Eminonu sambil makan kebab ikan. Sebelum beli macam was-was nak beli sebab dari jauh boleh bau hanyir ikan dia tapi tetap nak rasa juga sebab ramai orang datang sini rasa kebab ikan ni. 6 lira satu kebab. Rasa dia pada tekak LH sedap. Tapi tak tau lah kot tengah kebulur.



Habis makan terus balik hotel sebab tak jauh pun hotel kat Sultanahmet saja. Sebab apa? Nak memerut. Sekali sampai hotel bilik tengah kemas,berpeluh mengemut.

Setel memerut sambung jalan ke Grand Bazar dengan Spice Bazar. Ini sesat toksah kira. Padahal sekangkang kera saja dengan stesen Sultanahmet tu dan Grand Bazar tu bersambung dengan Spice Bazar. LH tak jumpa pun sambungan tu masa balik baru jumpa. Macam mana nak guide eh?

Tak tau lah nak guide camna sebab asyik sesat. hik.

Tapi yang menarik LH suka Spice Bazar berbanding Grand Bazar. Sebab apa,sebab Grand Bazar ni macam barang-barang souvenir macam lampu, barang pelita, langsir dan barang-barang mak-mak yang tak menarik minat LH pun. ada berapa ratus pintu tah Grand Bazaar ni dan antara mall terbesar suatu masa dulu.LH takde lah jalan semua pintu sebab tak suka. Kejap saja masuk Grand Bazar lepas tu terus keluar cari Spice Bazar tapi sesat. Tapi bagusnya sesat ni sebab jumpa lorong-lorong kedai yang banyak barang-barang yang LH suka macam barang-barang memasak dari kayu. Gambar-gambar potraik pemandangan Istanbul, cuma memikirkan tak muat beg saja takleh nak beli. Lepas tu masuk Spice Bazar terus jatuh hati dekat rempah ratus dia. Dalam hati terpikir kalau Mat Gebu datang mau dia borong lupa diri. Rempah-rempah dia bau sedap dan tak pedas sangat. Lh cuba tanya satu kedai ni carikan LH rempah paling pedas dalam kedai ni, dia bagi LH rasa dan dia rasa,dia sampai batuk-batuk. LH senyum je tengok dia.


 Grand Bazar


 Spice Bazar



 Spice Bazar


 Masjid berdekatan Spice Bazar


Lepas siap beli Turkish Delight dengan rempah satu jenis LH lepak depan masjid ni tunggu azan Maghrib. Bila azan Maghrib berkumandang lampu start menyala sikit-sikit sebab malam makin gelap. Tak terucap indahnya azan masa tu. Sejuk sangat malam tu sebab nak hujan dan angin kuat gila.

Selesai solat LH jalan-jalan masuk balik Spice bazar tapi tak beli dah. Sekadar masuk untuk tembus balik ke kawasan grand bazar dan balik ke Sultanahmet. Masa balik tak pulak sesat sebab dah tak serabut dengan ramai orang. Sekejap saja jumpa hotel. Malam kedua berakhir awal sebab penat berjalan.

Member ajak keluar pulak. Nanti kita sambung part akhir dan penutup
Wasalam

p/s: Gambar kelabu asap tu dari Note 2

Kisahnya | Istanbul Backpackers Part 1

Kenapa nak kena tulis tajuk backpackers tu?

Harus tulis sebab bila kalian-kalian Google,Langsirhitamm akan muncul. Sebelum trip ni berjalan, macam-macam LH Google sebab nak dapatkan tips ke Istanbul solo tapi majorotinya by travel agent. Yang LH jumpa ada dua blog saja kalau tak salah yang buat trip solo ke Istanbul dan naikkan entri trip tu ke blog. Terima kasih pada Azaleania dan Shah_rule sebab blog korang sangat membantu LH dalam menjayakan trip ni.

Skema pulak ko ni LH!



Lepas berbagai insiden di malam hari atas flight tu, LH selamat sampai di Atatur Hawalani Airport. Komen tentang airport dia,besar. Airport dia sangat besar. Sistem yang diguna pada LH biasa saja sebab macam tak berapa teratur. Yang lain ok. Tapi sesiapa sahaja yang nak masuk airport dia, tak kira la penumpang atau ahli keluarga sahaja yang nak mengantor orang haruslah melalui scanner dan polis. Kiranya semua pintu masuk ke airport ada scanner macam imigresen tu.


poket wifi.

Sampai pagi tu LH terus melilau cari pintu keluar. Lepas ambil beg LH sempat cari free wifi tapi airport sebesar alam ni tak menyediakan free wifi. Dalam hati pikir macam tak nak ada poket wifi. Kira redah saja. Tapi lepas keluar dari balai ketibaan,belok kanan  jumpa satu booth ni ada buat sewa poket wifi. Tengok harga macam mampu milik jadi LH pun setuju untuk menyewa. Kedai dia warna biru Celcom nama IUGO. Harga ada yang daily dengan kadar 6,99 EURO sehari untuk 1G sehari untuk daily package dan 5,99 EURO sehari  untuk Unlimited access untuk 5-28 hari. LH memula nak ambil yang murah tu yang daily pakej,tapi ambil tiga hari,jadi LH tanya dekat orang jaga kedai tu kalau daily pakej,next day akan renew ke 1G tu atau 1G tu untuk 3 hari? Dia takleh jawab dan dia cuba hubungi bos dia tapi tak berjaya. Pastu dia suggest ambil yang pakej 5-28 hari tu tapi dia tak boleh caj 3 hari sebab minimum 5 hari. LH kan pergi 3 hari saja. Last terpaksa juga ambil pakej 5 hari dengan harga 30 EURO. Bayaran sama ada melalui EURO cash atau Credit Card sahaja. LH guna CC. Deposit 55Euro. Sain segala borang kontrak dan dapat lah poket wifi.


Setel semua LH terus lagi ke kanan dan turun eskalator untuk ke Metro, korang ikut saja sign yang tergantung dalam airport tu mesti jumpa arah tuju. Sebelum ni LH ada baca yang kalau ke Istanbul jimat kalau beli Istanbulkart makanya kat depan gate metro tu LH cuba mesin nak beli Istanbulkart tu. Mesin tu ada disediakan dalam bahasa Inggeris cumanya guide dia bagi tak bagitau mana satu pilihan untuk Istanbulkart. Ada dua kad disediakan. Kad yang pertama adalah kad yang tak boleh ditopup dengan harga belian 10 Lira. Boleh 3 kali guna sahaja. Kad kedua adalah Istanbulkart dengan harga 10Lira juga dan ada 4 Lira dalam tu untuk digunakan dan boleh ditopup. Disebabkan malu bertanya LH beli yang 10lira tanpa topup. Kurang bijak. Memula LH tak tau yang kad tu tak boleh topup,hari kedua baru tau. Sengalkan? Jadi kalau nak beli beli yang boleh topup.

 metro


Naik metro dari Airport terus ke Stesen Zetinburnu dan tukar naik Tram dari Zetinburnu ke Sultanahmet. Masa kat Zetinburnu stesen Tram dan Metro adalah bersebelahan makanya tak yah risau nak jalan jauh cuma pastikan kat stesen Tram tu berada di arah yang betul. Kalau dah pernah naik LRT kat Malaysia insyaAllah tak ada masalah.


Sampai di Sultanahmet LH keluar dari tram terus nampak Blue Mosque dan saat tu rasa indahnya Istanbul. Jujur cakap Istanbul memang cantik. Hari LH sampai tu tak ramai orang lagi sebab Jumaat,diorang belum cuti. LH menapak mencari hostel. LH dah book sesiap dah melalui booking.com di Big Apple Hostel and Hotel. Keluar dari tram terus sampai ke depan Masjid biru dan nampak banyak kerusi bersusun dan jalan terus lagi. Ahh korang guna saja Google map macam LH buat. Senang kerja. Google map kat fon tu kalau tak ada internet pun boleh guna asalkan korang simpan sesiap map mana korang nak pergi tu dari Malaysia lagi.

Hotel


Jumpa kedai dulu dan kemudian belok kanan



 Jumpa hostel check in. Masa ni LH pikir macam nak duduk single room jadi LH tanya kaunter tu boleh upgrade tak dan masa tu memang ada keksongan untuk single room. Harga semalam 50EURO. 2 malam 280Lira. LH tak ada Euro makanya pakai Lira. Masih mampu jadi setuju upgrade.

Siap semua,tinggal beg di hotel sebab belum boleh masuk bilik,LH teruskan perjalanan. Cewahh.Poyo. Pikir mana nak pergi. Masa ni dalam plan LH,hari pertama melawat masjid biru dan yang berada disekitar tu tapi pikir balik macam nak melawat yang jauh dulu. LH terus amik tram dan pergi stesen Eminonu. Jalan-jalan area situ dan cari tiket untuk Bhosphorus Cruise. Tips dia,keluar dari stesen Eminonu korang lintas jalan ke sebelah kawasan laut tu dan jalan ke kiri menghala ke jambatan. Jalan melintasi jambatan tu melalui terowong bawah tanah dan korang akan nampak kedai-kedai jual kebab ikan dan terus lagi akan nampak kedai pakej untuk Bhosporus Cruise, namanya TURYOL. Setiap 2 jam kalau tak salah. LH terus beli dengan harga 12 Lira untuk masa lawatan 1 jam 30 minit. Ada juga yang lama punya cruise dalam 6 jam tapi LH dah terlepas waktunya. Moh berlayar dan layan gambar.

jambatan  

 Asia


Bot


 Transit


 Dolmahbace Palace


 Asia


Eropah



Selesai naik bot ni LH balik hotel sebab nak rehat kejap dan nak keluar balik petang tu. Bilik pun dah ready.

Tengok bilik dia wow!









Orang-orang sini pun wow!!

Masuk bilik nampak katil terus landing. Main fon sebab bajet macam nak rehat saja. Sekali tertidur dan tersedar jam 11.59 PM. Hamik kau!! Rugi separuh hari. Ni lah akibat kalau flight malam dan tak boleh tidur. Menyesal tak sudah sebab dah buang masa kat situ. Tapi LH memang fresh lepas bangun tu. Perut lapar. Mandi bersiap terus capai jaket dan keluar balik. Masa ni dah sunyi sepi area Sultanahmet. Dalam hati was-was patut ke tak patut keluar ni. Kena culik naya ni. Tapi perut asyik berbunyi. Jalan jugalah menapak cari kedai makan. Malam tu masjid biru cantik sangat cuma tak mampu nak melepak depan masjid tu sebab sejuk. Semua kedai dah tutup.




Tetiba ada sorang ni datang mintak ambilkan gambar dia depan masjid biru. LH pun tolong. Pastu ajak bersembang pulak. LH layankan saja. Dia pernah ke sana ke sini. LH anggukkan saja. Sampailah berjalan depan McD LH cakap LH nak beli makanan sebab lapar. Dia terus tahan teksi nak ajak ke Taksim sebab sana banyak kedai makan masih buka. Ko gila! pukul 2 pagi nak bawak aku naik teksi. Dalam Malaysia pun aku takut ini negara orang. LH biar dia naik dulu teksi tu lepas tu LH cakap TQ very much kat dia,tutupkan pintu dan cakap dekat driver teksi tu Taksim. Teksi jalan,LH patah baik ke McD.


 Sekian untuk cerita hari pertama. Patah balik jumpa satu kedai 24 jam jual nasi dan lain-lain sebelah kanan Masjid Biru. LH makan kat situ. Owner dia pun baik. Sembang dan layanan baik. Nasihat LH, banyak sangat orang Syria kat Turkey,lebihkan hati-hati dan kurangkan kasihan.

Esok LH sambung part 2.


p/s: Gambar-gambar ni campur ada yang pakai Gopro 3+ dan ada yang pakai Note 2. Kalau buruk tu Note 2.


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images