Kisahnya | Stetoskop dan Turkish Airline

Tuesday, March 10, 2015

Stetoskop tajuknya?

gambar google

Apa kes? Banyak kes terjadi.
Trip penuh dugaan sebelum sampai ke airport Istanbul.


Flight LH ke Istanbul jam 3.40 pagi, tapi LH gerak awal sebab suruh kawan hantarkan. Pukul 12 LH dah terpacak dekat airport. Gate check in beg belum buka. Walaupun bawak baju 3 helai sajo tapi nak jugak check in. Benda dah termasuk dalam tiket jadi LH guna jelah kan. Kawan LH balik dalam pukul 1.30 pagi sebab kaunter tak jugak buka. LH tunggu sampai 2.30 pagi tapi kaunter tak jugak buka. Pelik sebab flight ke Oman 3.10 pagi da buka kaunter. Last tanya kat poter tolak troli. Macam ayam dengan itik cakap. LH tak fasih lagi bahasa arab tapi LH usahakan juga. Porter tu cakap Turkish airline bukan kat sini tapi kat airport lagi satu.


Hah!! Lagi satu? Pelik sangat sebab airport rasanya ada satu je kat Madinah ni. Tak puas dan tak nak percaya. LH tengok kat skrin betul la kat airport ni. Terpampang turkish Airline kat skrin.
Tetiba dapat notis dari google flight delay. 4.25am. Kaunter tak juga buka. Porter tadi datang balik dekat LH. Dia tunjuk keluar dari airport lepas tu beloj kanan. "Arbaa" katanya. Arbaa tu 4. Hah paham dah. Maksudnya terminal. Ya Allah, tak penah tahu ada 2 terminal airport ni. LH pon keluar dan berjalan ke terminal lagi satu. Nasib baik airport sekangkang kera je,kalau sekangkang zirafah mahu tercabut lutut pepagi buta. 

Fall in LOVE


 Tulip non hado!

Masuk terminal 4 airport Madinah, tudiiaaaa.. rakyat Turkey tengah terjerit-jerit dan berebut nak check in. Kaunter da buka. LH pun beratur sekali. Selit sana selit sini. Berpeluh lah juga. Akhirnya sukses ok check in. Siap mamat saudi tu kenyit mata sebab orang Malaysia. Orang Saudi memang macam tu, pantang nampak yang helok. (harus la aku cabut lari). 


Lepas satu hal. Masa nak lepas imi, LH hand carry gopro sekali batangnya. Saudi tu cakap batang tu tak lepas, LH dah gelabah. Adoi satu hal pulak. Dia tanya tak ada kawan ke? Kalau ada pas balik ke kawan. LH cakap kawan dah balik rumah. Dia baik hati nak tolong simpankan. Balik dari turkey amik balik. Dalam hati beratnya nak bagi. LH diam je tengok muka dia. Last last dia cakap cuba pass by scan dulu, kalau tak lepas datang jumpa dia. LH senyum. Dalam hati gelabah lagi. Lepas ke tak ni. Sampai bahagian cop passport pegawai tu tanya, Malaysia? "Aiwa(yes) ". Malaysia bagus katanya. Senyum simpul. Ko gila tak kembang orang puji orang Malaysia. Tapi dia tak cop visa re entry LH. Keluar masuk Saudi kan ada visa. Visa ni dikeluarkan oleh tempat kerja LH. LH tanya balik dia kata tak payah cop. 


LH terus ke tempat scan. Baca ayat seribu dinar. Sekali lepas!




 Tengok kat tingkap,ada yang memerhati...


Allah. Lega sangat. Habis satu hal. Badan da lemau. Penat sehari tak tidor. Tunggu dalam 30 minit boarding gate buka. Lega. Tapi macam biasa la. Naik sekali dengam orang umrah, bangsa tak sabar pulak, macam pasar jadinya. Selesai semua LH duduk dekat seat LH. Dapat depan sekali. Lega boleh panjangkan kaki. Tup tup pramugari datang ada couple Saudi ni tak nak duduk asing-asing. Haram katanya. (Dah tau haram pilih la seat ye dok masa nak check in tu. Hadoiii). LH pun murah hati bagi tukar sebab bukan diorang yang duduk situ tapi ada satu atuk ni tak leh jalan duduk situ. Kira banyak orang la mix match seat. Flight full.


" FA ready to ..." announcement dari pilot.


Tetiba ada orang jerit. LH harus la tak mengerti apa mamat tu jerit sebabnya dalam bahasa Turkey. Pusing belakang ada passanger heart attack. Mampos!


Tu je dalam hati terpikir. Sebab apa mampos? Sebab LH antara calon kena tolong kalau FA announce perlukan medical line. Seminit lepas tu terua ada announcement.
"Any medical line in flight please response" lebih kurangla ayatnya. LH tak bangun. Hati was-was lagi. Tak sampai seminit announce lagi sekali. 


What to do, this is my responsibility. Gicuh ayatnya. Buka seat belt. Baru nak bangun pusing belakang dah ada dua orang penumpang berlari ke penumpang yang heart attack tu. Rupanya diorang pun medical line. Penumpang yang heart attack tu dah pucat. Dalam hati this flight will be bad delayed. Diorang pun sedaya upaya selamatkan penumpang tu. Tapi takde CPR mende la. Pelikla juga. Tak nampak jelas sebab ramai yang kerumun. Yang menolong tu jerit kat steward yang pegang emergency box, stetoskop please. Steward tu boleh salah bagi. Adoi. Pastu jerit lagi, blood pressure pump please. Tau dia bagi apa? Dia bagi something like inhaler. Homai,rebah!


To me, kau sebagai orang penting dalam flight tu perlu tau lah kan benda-benda tu. Hafal benda dalam emergency box je pun. Pikir positif,dia mungkin gelabah. LH duduk balik. Pejam mata. Malas nak amik port sebab da ada 2 doktor kat situ. Selfish? No! Sebab reramai nanti lagi serabut. Tak pasal sebab serabut patient tu KO. 


Dia tak KO dia boleh jalan ke ambulans. Pelik juga dalam hati bila di diagnose heart attack tapi boleh catwalk turun flight naik ambulan, mungkin bukan heart attack. Takpelah janji selamat.


"FA ready to take off" lepas 2 jam insiden Turkish Airline pun selamat berlepas.


LH tertidor. Sedar-sedar dah kat atas Aaman. Sikit lagi nak masuk Turkey. 1 jam 40 minit lagi nak sampai. Mak ai berdengkur ke tadi? Tetiba tu yang difikir dulu. The best part tak dapat makanan. Arghhhh!!


Boleh ke sebab tidur tak dapat makanan?

LH tak pasti pasal tu tapi redha jah. Pukul 6.30 pagi waktu Turkey nampak sunrise di sebalik awan. LH pulak duduk seat tengah. Tinjau tinjau saja nak tengok. Time ni lah rasa nak patah balik ambil kamera. Lh lupa bawak Fujifilm LH. Huh!


Memacam hal kan. Duk sekejap pramugari datang nak breakfast tak? Sebab diorang tak serve makanan semalam. Laju LH angguk. Lapar uall!!


Time pramugari tu serve sarapan tu, dia boleh tumpahkan air kopi kat atas jaket LH. Membara hati. Tak sempat pakai lagi. Bukan tak sengaja tapi sebab cuai. Tu yang sakit hati. Kelam kabut macam nak cirit. Geram. LH minta tisu dia bleh kalut bersembang dengan kawan dia. Kawan dia dengar dan kawan dia yang bagi tau LH cakap sesuatu. Dia tanya balik nak apa? Kali ke tiga da ni beritahu nak tisu. Dapat jeritan sekali kat telinga. TISSUE! sambil tunjuk jaket. Semua orang pandang. Dia keluarkan tisu dan nak lap jaket tu. Katanya boleh hilang dengan refreshment tisu tu. LH cakap tak payah. I can do. Panasnya hati. Servisnya masyaAllah. Berbanggalah  Malaysian dengan MAS. 


Sejam lebih ngesot kiri ngesot kanan akhirnya im touchdown at Ataturk airport. Alhamdulillah.
Dalam cerita ni nampak LH berlagak kan? No. Bukan berlagak yer kakak dan abang. Situasi tu yang menyebabkan LH marah. Dengan serabut terjerit-jerit pramugarinya dalam flight. Dengan serve makanan campak-campak. Aiyo.. sabar hati hilang juga dihujung perjalanan. 


Tapi sampai saja airport marah semua hilang. Misi bermula. Part bodoh buat LH, LH tak cek suhu berapa kat Istanbul sebelum boarding. Sejuk! Winter coat tak bawak. Bawak jaket saja. Redah je la. Winter coat tak ada dalam bajet. Tak akan ku beli baru.


 Im here!


Nanti kita sambung. Istanbul  Backpackers part 1.
Wasalam

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images