Kisahnya | Trip Ke Krabi. (Backpackers) 1

Entri basi. Itu yang pasti. Sebabnya? Sebabnya LH pergi Krabi ni bulan 9 haritu. Ni dah tahun baru baru nak cerita bagai. Tak kisah la. Janji masuk juga dalam label Kisahnya blog LH ni kan?

Jadi memulakan kisah, LH dan rakan-rakan seperjungan *gituh memulakan trip kitaorang ni dengan bas. Sekali lagi dengan bas ok. Mari sini LH terperincikan.

Cari punya cari tiket flight yang murah semua habis,tapi tarikh yang tu saja yang bersesuaian. Jadi memasing setuju ikut jalan darat. Lagipun tak ada sesapa pernah cross border ikut jalan darat melainkan LH sebab LH jiran Thailand. Keputusan dibuat. Kitaorang amik tiket pukul 10.30pm naik bas di Pudu Sentral. Kitaorang pilih bas Konsortium. Pemilihan bas ni ikut pada kehendak hati sebab banyak bas yang menawarkan perkhidatan cross border ke Hatnyai ni. Kitaorang beli secara atas talian saja. Online jah.

Perancangan awal kitaorang nak pergi berempat,tapi memandangkan salah seorang rakan taulan tu dihingapi campak jadi terpaksa pergi bertiga saja. Kitaorang ok saja. Untuk yang nak beli tiket bas ke Hatnyai tu korang buka saja laman web konsortium express semua ada dalam tu.Harga tiket adalah berbeda mengikut masa dan kemudahan dalam bas,sebab ada bas yang sediakan TV sekali setiap tempat duduk. LH nak tunjuk tiket pun dah lupa nak ambil gambar.

LH masih kerja hari yang nak pergi tu sebab bukan nak buat apa pun siang tu, jadi LH pun kerja macam biasa. Member yang lain pun kerja macam biasa. Tepat jam 10.30 kitaorang berkumpul kat pudu sentral dan melantak marrybrown dulu sebab memasing kebulur. Pada yang tak pernah ke pudu tu korang boleh naik bas rapid atau metro atau naik saja LRT. Kalau naik LRT Putra kena tukar naik LRT STAR dekat stesen MAsjid JAMEK dan berhenti di stesen PUDU(ada orang kata nama dia Plaza Rakyat).

*matila la naik LRT pon nak ajar

Selesai mengisi perut kitaorang pon masuk dalam perut bas. *gituh
Perjalanan ke Bukit Kayu Hitam ambil masa lebih kurang 5 jam. Tapi biasa sampai awal sebab jalan malam kan.

Lebih kurang jam 4 am - 4.30 am gitu Kitaorang sampai kat satu perhentian ni. Tempat tu macam dalam hutan.Ingatkan dah sampai Bukit Kayu Hitam sekali dia berhenti rehat dulu makan dan yang pasti kat perhentian sebelum ke Bukit Kayu Hitam ini kita berhenti sebab nak dapatkan pas masuk dan keluar ke Thailand. Driver bas akan minta Passport kat korang dan dia akan pulangkan lebih kurang sejam macam tu bersama dengan pas masuk dan keluar.

credit to dmnfarra
Apa gunanya pas ni?

Pas masuk tu perlu diserahkan kat imegresen masa masuk gate Thailand nanti. Dan korang kena ingat yang korang kena simpan pas keluar korang sampai hari korang nak keluar dari Thailand nanti. Kalau takde or hilang korang akan diambil jadi amah diorang. *matila tipu..hahaha... LH pon tak pasti apa akan jadi sebab LH punya selamat disimpan.

Sampai saja dekat Gate Bukit Kayu Hitam, tunggu la bas tu bergerak ikut giliran. Penumpang duduk saja diam-diam dalam bas. Bila dah sampai giliran baru semua akan turun dan pergi beratur untuk masuk ke Thailand. Bukit Kayu Hitam ni gate Malaysia dan proses yang sama akan berlaku sekali lagi di gate sebelah Thailand. Untuk pemegang passport Malaysia korang lalu saja auto gate. Ingat AUTOGATE sebab passport korang dah ada cip dan letak je atas mesin dalam auto gate tu. Ini di gate Malaysia. Dekat gate Thailand nanti manual sajoh.

Apa yang menariknya sepanjang perjalanan kitaorang tu, banyak benda pelik berlaku tau macam kitaorang nampak proses seludup orang. Hah! Seludup orang ok.. Pompuan tu macam rela je tapi. *Abaikan dia,LH nak bercuti.

Perjalanan dari gate Thailand ke Hatnya dalam sejam juga dan LH tak boleh tidur pun. *Excited


 Stesen Keratapi Hadyai







Sampai Hatnyai turun saja terus diserbu suruh naik tut tut. Damn! Rimas. tut tut ni akan bawak korang g ke agen pelancongan. Kat sana korang boleh pilih kemana van korang nak g dan kitaorang pilih ke KRABI.

Agen pelancongan kat Hadyai.

Yang tak bestnya sebab kitaorang tak ada amaun kecil untuk Thai Baht. Jadi nak bayar duit tut tut yang harga RM 2 tu dia taknak sebab duit besar semua. Jadi kitaorang terpaksa bayar duit van dulu baru bayar duit tut tut. Kisahnya kat sini kitaorang tak boleh nak jejalan cari dan survey harga van tu sebab terikat dengan orang tut tut tu. LH cuba nak bagi duit Malaysia tapi dia tak nak. *kekwat

Bila dah selesai semua kitaorang tunggu van tu dan sementara tu sarapan dulu. Jangan risau kat situ ada saja kedai muslim. Korang jalan saja sekitar tu sampai jumpa. InsyaAllah ada. Kitaorang makan nasi beriyani pepagi buta, yang pasti sedap. Rega tak ingat dah. Tapi rega tak jauh pun dengan harga Malaysia. Duit diorang tak jauh beza pun.

muka hazab sebab sempit

Van sampai naik dan bergerak ke Krabi.


p/s: Jangan lah duk rasa ikut jalan darat ni senang. van saja tukar 2 kali dengan dalam tu aircond cukup2 nak nafas saja. Kalau bawak family tu pergilah dengan flight. Tapi kitaorang ok sajo. Bukan setiap hari pergi sana jadi apa salahnya merasa jalan darat untuk yang backpackers.


Sambung part 2...


FACEBOOK LH: LANGSIR HITAM

Kisahnya | Clean Pro Jimat atau Memudahkan?

Kisahnya nak cerita pasal clean pro...
Apa tu clean pro?
Korang penah guna clean pro tak?

Sebenarnya LH ni baru balik dari Melaka,ada kerja kat sana. LH tinggal kat sana 4 hari sorang-sorang.
*mati kutu ok

Dalam tempoh tu,LH terpaksa guna cleanpro sebab stok baju uniform LH da habis. Clean Pro tu pada yang belum penah jejak kaki ialah dobi layan diri. Masuk duit tekan-tekan siap.

Sini ada sampai 14 kg saja. 25kg takde.


Sebenarnya bukan LH  nak cerita macam mana nak guna dan segala bagai kepentingan da kebagusan dia. Cuma entri kali ni LH jadi pelik,sebab dalm tempoh LH tunggu baju LH siap tu, ada ramai juga pasangan yang datang untuk cuci baju dan ramai di antara diorang adalah makcik-makcik dan suri rumah.

*motif keja perhati orang.

Dalam permehatian LH tulah,LH terpikir, kenapa diorang tak cuci di rumah dan kenapa datang ke Clean Pro?
Sebabnya kalau dekat rumah, tak payah bayar apa-apa dan dalam tempoh sejam proses cuci di rumah tu banyak benda boleh dibuat. Tapi banyak makcik-makcik(akak rasanya) datang cuci disini gak.
Tapi LH tak kisah pun sebenarnya,cuma sekadar terfikir, sebab kalau nak kata cuci terus kering tu tak juga sebab masih perlu tukar mesin lain untuk keringkan dan akak-akak ni boleh jimat cash money tu untuk keringkan sahaja. Basuh masih di rumah.(macam LH buat.) 
Untuk baju sikit. 9KG

Alasan kenapa LH buat entri ni,sebab pelik je. Takde mesin basuh ke kat rumah? Hehehehe...

*LH pergi masa travel saja

Sekadar tertanya di hati. Jangan amik hati. Apapun CleanPro memang menyenangkan.

Dapur Teruna | Seri Muka Bakar

Resepi oh resepi..

*Kannn gituh mukadimmah entri kali ini...

Terlanjur da masak bagai ni terus lah LH amik gambar bagai menerai atau bahasa suratnya mencuba kamera baru yang LH beli.

*motif nak bagitahu kamer baru..hehehe

Seri muka memang kegemaran LH. Asal balik kampung saja mesti LH beli. Wajib beli dekat satu kedai ni dekat 'nat' balai baru kat Perlis. Memang ohsem dia unya rasa. Keaslian rasa dia tak penah hilang kot. Satu lagi kuih yang best dekat situ ialah kuih bengkang ubi kayu. Itu pon feveret.


gambar so so saja

Alkisahnya nak makan mengalahkan orang ngidam. Lagipu baki beras pulut susu dari Thailand hari tu masih ada. Jadi LH habiskan saja. Sebenarnya LH penah buat seri muka ni masa bercuti dan balik kampung hari tu dan menjadi dengan baik. Tapi cubaan kedua ni agak lembik sikit atas dia. Tapi LH suka saja senang nak sedut. Hahahahah..

Soalan cepumas!!!

Kenapa bakar?

Sapa penah makan Seri Muka bakar?

Benda ni mungkin tak ada kejanggalan pada yang dah biasa makan seri muka bakar. Tapi pada yang tak pernah jakun sekampung jadiknya macam teman serumah LH ni. Memacam ditanya.. Xkose nak menjawab. G tanya cik Google.

Ok jom intai resepi cara anak teruna.

Bahan

1. Beras pulut 500g (direndam 3 - 4 jam)
2. Santan - 400 mls cair* dan 250 mls pekat
3.Daun pandan 2 helai*
4.Gula pasir 200 g(kalau nak lebih manis lebihkan 50g)*
5. Tepung gandum 100g*
6. Tepung kastard atau tepung jagung 50g*
7. Telur 3 biji*
8. Pewarna Hijau*
9. Perasa pandan*
10. Garam secubit*



Cara

PULUT
1. Basuh dan toskan beras setelah direndam 3-4 jam.
2. Masukkan ke dalam loyang yang xde lubang dan masukkan santan 250mls. Ini bergantung pada kehendak memasing. 250mls tu ada orang buat semua santan dan ada yang campur air. LH buat semua santan.
3. Kemudian kukus selama 30minit. 
4. Setelah siap dikukus pulut dah masak,gaulkan pulut tu bagi sebati dan tekan pulut tu dengan senduk bagi dia padat. Senang cerita bila masak pulut tu macam hampir penuh loyang kemudian tekan pulut tu sampai dia separuh loyang. Ratakan.Biarkan kat tepi.

TOPPING
1. Sediakan blander. Masukkan semua bahan bertanda * dan kisar sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam periuk dan masak sampai naik wap sahaja. (Xmasak pun xpe).
2. Tapis dan tuangkan ke atas pulut yang dah dimampatkan tadi. 
3. Kukus lagi selama 30 minit.
4. Pada yang pertama kali guna pengukus dan buat kuih ni, pastikan atas loyang di tutup dengan aluminium foil atau tuala bagi mengelakkan air kukusan menitik atas kuih. Nanti lembik yer makcik2.

Dah siap semua masukkan dalam oven dan bakar dengan api atas saja selama 15 minit dengan suhu 120 celcius.

* pengsan nak ajar makcik2 padahal resepi dari makcik2.

Dah siap sejukkan dulu baru potong yer. Jangan gatal nak potong awal- awal.

Ok selamat mencuba.

p/s:kalau topping korang lembik maksudnya tepung xcukup leh tu.. Masukkan kan dalam peti nanti dia ok.



Dapur Teruna | Spaghetti Seafood Olio

Omg! BMI dah overweight.  Tahniah buat LH.
Lamanya xmasukkan resepi. Kesana kemari sampai lupa akan kewujudan blog nih.
Memandangkan BMI LH da overweight maka sesi mendietkan diri bermula.
Nasi of coz LH xbleh makan sebab LH ni kalau makan nasi mmg xleh stop. Kuantiti kalori pon xterkira. Alhamdulillah setakat 3 minggu ni LH amik nasi seminggu sekali saja dan ambil masa sarapan sahaja. Mana mungkin boleh lupakan terus makanan ruji kita tu kan. Dengan jayanya LH dah kurangkan berat sebnyak 4kg. Ni bukan diet saja ok.. LH campur aduk skali dengam workout macam cardio n weight lifting.  Ceh speaking pulak.. oklah xmau cerita panjang, pada yang mencari karbohidrat pengganti nasi boleh cuba resepi ini.
Spaghetti Seafood Olio
Bahan2
Seafood - udang/sotong/tiram.
Serbuk lada hitam
Minyak olive/butter/minyak biasa pon boleh
Spaghetti
Serbuk cili
Daun oregano
Garam secukup rasa
Cara
1. Rebus spaghetti sampai lembut. Spaghetti ni LH rebus 3/4 lembut sebab nanti nak menggoreng pulak.
2. Tumiskan bawang putih dan bawang besar dengan minyak olive dan butter sikit.
LH potong bawang putih dadu.
3. Masukkan seafood. Masak separuh masak. Jangan lelama kalau pakai sotong nanti dia liat.
4. Masukkan cili kering yang dipotong dan dah direndam air panas.
5. Masukkan spaghetti. Gaul sampai semua sebati dan spaghetti lembut.
6. Masukkan serbuk lada hitam, serbuk cili dan daun oregano.
Siap untuk dihidangkan.
Pada yang xsuka rasa lemak2 jangan guna butter. Cukup sekadar minyak.
Jumpa lagi. Selamat mencuba.
#bodyjam+bodypump harini...

Bersawang | Status Klise

Asalamualakum
Tengok status tu. klise sangat kan..
Itulah LH asyik malas nak update
Apa nak jadi tah dengan blog ni.

Semester baru LH dah bermula. Alhamdulillah ini dah masuk semester ke empat untuk pengajian LH.
Tak lama dah nak habis. sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah juga sebab semester lepas LH dapat pointer yang memberansangkan walaupun masih belum layak bergelar dekan. Jadi semester ni berazam nak jadi lebih baik.

Bulan lepas LH dikejutkan dengan tempahan pertama untuk cupcake. Ini semua gara-gara suka update FB gambar kek cawan. sekali ada yang nak order. memula tu risau juga sebab tak pernah ambil tempahan. Ex pengajar LH masa diploma lah nak order ni untuk jamuan diorang. Fikir punya fikir LH pun setuju ambil tempahan untuk 50 biji saja. Dah nama pun amatur kan,50 biji tu dah rasa macam 500 biji saja. hahahaha...
Kelakar kalau ingat kelam kabutnya. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar jugak walaupun kelam kabut sikit. Pengajar LH tu tempah perisa vanila dan pisang. Kesukaan LH tu.

\
Ni saja gambar yang LH ada. LH tak ambil banyak gambar. Almaklumlah nerbes katakan. Nasib LH ada hosmate yang membantu. Diorang tolong2 untuk topping. hehehehe..Ini kali pertama pakai fondant. Sangatlah xbest sebenarnya. LH suka buttercream dan creamcheese lagi untuk topping. sebab rasa dia sedap. Kalau fondant ni buang jer. Hehehe..Ada ke yang makan fondant?

Ini pula tempahan kedua dari orang yang sama cuma berbeza topping. LH guna creamcheese. Sedap pakai creamcheese ni. lemak-lemak gitu. 

Sebenarnya LH penuhi tempahan ni sekadar isi masa terluang saja. Dapat lah LH menajamkan lagi skill yang tak seberapa ni. Sekaligus mengisi hobi LH. Sebab kalau buat suka-suka hobi macam ni kang membazir takder orang makan. Housemate LH boleh gemuk asyik makan cuppies jer.

Dan ini tempahan ketiga setakat ini. Sebenarnya takada apa2 permintaan pun dari yang menempah kek ni. Jadi LH buat keputusan untuk buat fruit cheese cake dan chocolate mouse yang diambil resepi daripada blog femes dan favourite LH kak Azlita.

Resipinya ohsem. Memandang kan topping dia ambil masa lama untuk disediakan mengikut resipi kak Ita jadi LH guna buttercream coklat saja untuk topping tapi filling kek coklat tu LH buat mouse yang macam kak Ita. Resepi FRUIT CHEESE KEK pon LH ambil dari resepi kak Ita. Memang ohsem dan mendapat pujian ramai. Bukan nak puji diri sendiri yer sebab LH pun terkejut degan rasanya. Bezanya Kak ita buat 5 layer tapi LH buat 3 layer saja dengan rasa ros,oren dan pandan. Padanan yang sangat ohsem sebab tak muak bila makan. Mungkin sebab ada rasa Oren kak situ. Base dia plak buat kek span vanilla. Gebu sangat. TQ kak AZLITA for the recipe.



p/s: Ini bukan entri untuk promosi tempahan yer. Belum bersedia. Follow instagram LH(Langsirhitam). Banyak gambar makanan dalam tu..

Dapur Teruna | Kerabu Perut Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sarapan apa hari ini? LH makan apa yang ada saja tadi. Hari ini LH nak kongsikan menu atau resipi kerabu perut. Siapa suka makan perut? Bak kata teman serumah LH,LH ni suka makan makanan eksotik. Hahahahaha.


Perut ini sebenarnya perut kitab(panggilan orang kg), Perut yang putih tu. Kalau perut lilit yang usus tu. Yang tu biasanya bila balik kg saja LH makan sebab kena bakar. KL susah mahu buat. Kerabu ni hari tu LH buat sebab nak habiskan sisa perut yang ada dalam peti. Dari buang baik buat sesuatu yang semua bolehmakan. Sebab kalau rebus kosong dan cicah air asam teman serumah LH tak makan. Jadi LH amik keputusan buat Kerabu. Kerabu ni LH namakan Kerabu Perut Mudah. Sebabnya main campak sahaja. Jom kita intai resepinya.





Bahan-Bahan

1. Perut 2 keping(saiz tapak tangan)
2.Tomato 2 biji
3.Bawang besar (Dimayang)
4.Bawang putih di tumbuk halus
5.Cuka satu SDB
6.Garam dan Gula secukup rasa
7.Serbuk kacang tanah *pilihan


Caranya

1. Rebus perut tu terlebih dahulu selepas dicuci sehingga masak.
2. Potong perut tu menjadi bahagian kecil-kecil.
3. Masukkan dalam bekas yang agak besar untuk digaulkan. Masukkan bawang putih,bawang besar,cili potong, dan perut. Gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan cuka,gula,dan garam dan gaulkan lagi. 
5. Pada yang suka rasa kacang tanah boleh masukkan kacang tanah.
6. Biarkan campuran sebati selama 1/2 jam sebelum boleh dimakan.


Selamat mencuba

Kisahnya.. | Moga Kesihatan Berambah Baik

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Apa Khabar semua? LH kat rumah ni alhamdulillah sihat hendaknya. Cuma agak serabut kepala dengan aktiviti yang sedia ada. Lama LH tak bersiaran. Asal nak bersiaran saja ada yang mengganggu. Malam ini pun bersiaran pada masa dan ketika berehat dari menelaah assignment. Haish susah sungguh assignment sem ni. Moga dipermudahkan hendaknya.

Hah,apa kena dengan kesihatan ni?Sebenarnya begini kisahnya. Malam LH nak drive balik KL dari kampung hari tu,nenek LH tetiba jatuh sakit. Nenek LH memang dah ada stroke,tapi keadaannya tidaklah seteruk mana sebab masih boleh makan minum sendiri cuma tak boleh berjalan dan bercakap saja. Malam tu masa LH dah siap-siap nak balik tetiba nenek macam tak sedarkan diri. LH macam tak sedap hati sebab bila LH cek tekanan darah dan nadi macam tak normal. nadi dia semacam saja. Tapi LH diamkan saja dan tak beritahu mak sebab tak nak mak runsing sangat. Nenek muntah-muntah kemudian tak sedar sepenuhnya. Kiranya kalau cek GCS tu dalam 8 saja rasanya boleh bagi. Fikir-fikir dan fikir LH tetap kena balik juga sebab sebelum ni nenek penahalami benda ni tapi tak lama cuma kali ni lebih lama. Dalam perjalanan pulang LH cuma boleh berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sampai Tapah,mak LH telefon. Hati makin risau. "Nenek muntah darah dah dua kali". Hah!! " Tel ambulans" Itu saja yang LH boleh suruh buat. seketika kemudian mak telefon lagi dan bagitahu nenek dah admit.

3 hari di hospital macam-macam yang berlaku. LH tetap tak pulang ke kampung sebab bos LH cakap emergency leave bukan untuk nenek. Lagipun bukan kes kematian nak ambil leave. LH redha. Lepas 3 hari di wad nenek pun keluar dan nenek jadi macam tu sebab najis nenek banyak sangat terkumpul kat dalam usus. Nenk buang air besar macam biasa cuma apoa yang dibuang cuma 1/3 daripada kuantiti asal. Macam-macam kan?

LH cuma terkilan dengan pengurusan doktor kat hospital tu masa tu. Ahli keluarga LH dan buat aduan kata nenek meneran sakit tak boleh kencing tapi doktor tetap tak datang. Walhal masa tu bukan lepas pukul 5 lagi. Kalau lepas pukul 5 boleh diterima akal juga sebab tinggal doktor oncall saja. Last-last LH on9 sendiri dengan doktor tu. Tanya kenapa tak ada apa-apa tindakan. Barulah kelam kelibut. Bukan nak berlagak sombong tetapi bila keadaan macam ni kena atas batang hidung sendiri sesiapa pun akan sakit hati. Percayalah.

2 hari di rumah,lain pulak jadinya. Selera makan nenek hilang. Tak nak makan dan hanya minum. Masuk hari ke tiga di rumah nenek mengadu sakit pada bahagian kaki yang tak lumpuh. Sakit sampai menangis nagis. Kakinya sejuk dan kebiruan. Semuanya diceritakan oleh mak masa telefon LH. LH risau ada blok dekatsaluran darah nenek. LH terus suruh telefon ambulans. Pergi hospitallepas ambil darah dan buat scan. Kata doktor ini semua kesan dari kejadian tempoh hari dan perkara ini akan berulang dan doktor suruh mak bawa pulang saja nenek. Ya Allah,masa mak bagi tahu tu,LH terduduk sebab telahan LH betul.

Sekarang semuanya berserah pada takdair. Keadaan nenek makin baik dari hari tu cuma kakinya tak smebuh balik. Dia asyik mengadu sakit. Dan kaki dia terus-terusan kesejukan. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah. Andai ini penghujung hayatnya dan ini keputusan terbaik dariNYA kami sekeluarga redha.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images