Kisahnya... | Trip ke Singapore 1. (Backpackers)

5.00 a.m

Ok sangat gigih tak? (Baru setel sahur...)

Rajin tak LH?

Moh nak cerita trip LH ke Singapura(SG) tempoh hari gara-gara malas nak balik rumah. Ada a few things yang tak best dah sekarang ni dekat rumah jadi LH selalu menyibukkan diri yang tak sibuk.

Kembali ke cerita asal yer adik-adik. Trip ni secara mengejut sebenarnya. LH dapat cuti on Monday and Tuesday. Tapi Sabtu dan Ahad LH kena kerja. Makanya pergi SG dua hari sajo bertolak naik bas dari Terminal Bas Selatan. Tiket Bas dapat seorang lebih kurang RM40 perjalanan ke SG dan SG$30 untuk perjalanan pulang. Tiket boleh beli terus pergi dan balik di TBS.

Ada nasihat baik dari LH. Pilihlah bas ke sana yang berkualiti. LH dah terkena haritu. Camni ceritanya. Tiket dibeli jam 09.30 A.M makanya bergegas pagi tu ke terminal sebab takut lambat kang kena tinggal. Sampai di terminal sempat lagi makan sebab baru pukul 8.30 A.M. Tetiba tengah makan telefon bunyi,

"Hello en LH yer?"

"Yer saya,siapa ni?"

"Saya dari syarikat bas STARMART, nak inform bas delay yer en ke pukul 10.30"

"Delay? ermm yelah"

Haaaa meriah sangat kan. Beriya LH bergegas sekali kena tunggu lama lagi. Macam nak maki hamun pun ada tapi entah napa berdiam diri. Pukul 9 lebih LH ke kaunter tiket sebab nak confirmation dan cop tiket. Jadi makanya LH tanya lah kat mana nak tunggu bila nak balik ke Malaysia nanti. Jawapan dia Little India. Dalam hati LH memang tak best ni. Tapi abaikan lagi. Tunggu dan tunggu 10.45 A.M bas baru sampai. Dah naik bas tunggu lagi dalam bas dan pukul 11.30 baru jalan. Dalam hati memang dah maki hamun. Dengan bau bas yang hapak. Waduh!! Redah jelah.

Bayangkan berapa jam dibazirkan kat situ. Masuk area JB jem tak hengat sebab sampai waktu orang keluar pejabat dan yang bestnya bas ni boleh pulak drop penumpang sikit-sikit sepanjang jalan. Ya Allah masa tu rasa nak mengamuk pun ada sebab LH dah buang masa banyak sangat. Plan dekat SG semua berubah gara-gara bas.

Sampai imegresen Malaysia dan setel pastu turun nak naik balik bas yang sama driver bas kata naik yang sebelah ye dik. Dan semua penumpang diarahkan naik bas yang sebelah. Masuklah dalam bas yang sebelah itu dan bergerak ke Woodlands, Imegresen SG. Setel cop passport LH pun keluar dan blur jap. Ni semua gara-gara kemarahan pada bas tuh. Hah sudah nak ke mana? Sebabnya bas tak hantar ke dalam SG. LH bertenang sekejap dan tengok banyak bas ke stesen MRT KRANJI. Makanya LH buat keputusan ambil salah satu bas transit dalam kota tu ke stesen MRT KRANJI. Sebelum sampai SG LH sempat baca sikit2 cara nak berjalan dalam SG ni dan stesen terdekat dengan border adalah KRANJI. Makanya LH amik bas mana2 saja yang ada tulis KRANJI tetapi disebabkan tiket belum dibeli makanya masa naik kena bayarlah macam naik RAPID KL tu.

Nak dijadikan cerita masa LH naik tu driver bas tu suruh masuk sajo tak pon dia minta duit. LH blur lagi. Tapi naik juga dan ianya percuma untuk LH haritu.

Sampai stesen KRANJI LH beli tiket satu arah ke stesen ALJUNIED sebab dah tempah hotel disitu. Jauh juga perjalanan sebab ada interchange train. Sampai stesen ALJUNIED lagi satu hal. Cari hotel tak jumpa.

#rebah lagi

Melilau sana sini tak juga jumpa hotelnya. Akhirnya LH buat keputusan naik balik MRT ke stesen BUGIS. Turun kat BUGIS sebab ramai cakap situ banyak backpacker punya room. Pusing punya pusing tapi tak jumpa.

Huaaaaa!!!

Matila mana nak tidur malam ni. Perut pulak berkeroncong. LH cuba masuk dalam BUGIS STREET tapi tak nampak pon kedai makan yang halal. Makanya buat keputusan ke POPEYE sebab ada wifi jadi boleh search nak tinggal mana. Selesai makan LH terus mengadap tab ggih cari sampai jumpa dan akhirnya dapat bilik di 5footway.inn Bugis Project.

Harga secara jujur tak murah sebabnya LH amik bilik berdua memandangkan trip ni berdua. Toilet kat dalam bilik. Harga $SG64. Dari POPEYE tu LH kena jalan dalam 1.5km dan LH menggunakan app Google Maps. Lucky me app tu masih berfungsi walaupun talian internet dah tak ada. Boleh tahan menapak sampai lah ke bilik. Plan malas dah nak keluar ke mana2 tapi lepas mandi dan rehat sekejap segar pulak dan terus LH keluar ke MUSTAPHA CENTRE di  stesen MRT FERER PARK. Turun situ LH jejalan lah cari. Dia macam Mydin dekat PUDU tu tapi ada kelas sikit lah. Jual segalan macam minyak wangi dan kosmetik dengan harga murah. LH pergi tengok2 sajo. Duit nan hado.

Tak lama kat sana sebab takut train tamat perkhidmatan. Oh lupa nak cerita yang LH beli tiket EZ LINK untuk guna perkhidmatan train ni lepas yang LH beli single tiket tu. Senang sebab dia macam Touch n Go. Beli dengan harga $SG12 dan ada $SG7 dalam tu. Turun balik di stesen BUGIS dan menapak ke bilik. On d way balik bilik LH dah kebulur balik dan terjumpa kedai mamak kat area bilik tu. Makanya menyantap di situ. Nasi goreng Pataya sama Bandung=$SG7.

Balik bilik terus tidur sebab esok nak bangun awal kononnya nak ke Merlion Park sebelum ke USS.

Jalan2 tengok gambar dulu sebelum kita sambung.




 USS

 USS


 USS


 hotel kitaorang

 cantik x rumah ni? LH suka tau design camni. Ni blok kedai dekat kg Glam
 Amacam? Macam kat Penang dan Melaka pulak rasa.



 Masjid dekat kg gelam

 LH tak tahu kenapa ambil gambar ni yg pasti bangunan ni cantik



 USS



































Moral of the story bagi LH ialah pilih bas yang betul. Servis dari bas STARMART sangat teruk. Harap tidak terkena pada yang lain.

p/s Gambar adalah secara rawak. Malas nak susun. Ada gambar dalam USS juga.

Kisahnya | Trip Yogyakarta/Jogjakarta 3 (Bandung)






Moh sambung cerita..

Konon kata nak sambung malam karang yer.. sekali berhari baru sambung.

Sampai saja pagi tu dekat stesen Bandung, macam yang LH cerita sebelum ni, LH dan rakan sekalian alam terus menapak mencari guesthouse yang telah ditempah. Pepagi tu jalan sekitar bandar Bandung dah. Masa memula keluar dari stesen, jalan raya tak sibuk lagi,baru nak bermula walaupun hari dah nak cerah. Sepanjang perjalanan tu sempat la LH tengok kehidupan pagi rakyat Indonesia di Bandung. Budak-budak ke sekolah dan ada yang ke pejabat dan tak kurang juga yang nak mula bisnes pepagi tu. Yang menarik perhatian kanak-kanak sekolah diorang ni tengok kecik-kecik saja tapi dah naik motosikal dalam bandar Bandung tu ke sekolah. No worries!! Abang Polis tak kacau. Kalau Malaysia mati kena kejar.

Cari punya cari siap tanya pakcik tepi jalan yang menyapu sampah di pagi hari. Dekat saja dari setesen cuma kitaorang terlepas lorong. Lumrah kalau datang backpack ni sesat. Masuk guesthouse tu dan alhamdulillah GH ni boleh check in serta merta walaupun masih awal pagi. LH sangat gembira sebab boleh mandi.

Maaf gambar GH dah hilang dan LH lupa dah nama GH tu.

GH ni nak kata hebat macam GH dekat Krabi tu taklah. Biasa saja. LH rasa memang standard GH Indonesia ni macam tu saja kot sebab dekat Jogja pun macam tu.

Abaikan tentang GH tu, selesai rehat sekejap kitaorang pun keluar menjelajah. Plan asal nak ke Trans studio. Hati berbelah bahagi nak masuk atau tak. Almaklumlah dah tua. Tapi hati berat ke arah nak masuk sebab nak tengok. Berkorban lah duit yang tak seberapa tu sebab nak jugak masuk TRANS STUDIO BANDUNG.

Sebelum tu, kitaorang ke stesen keretapi Bandung balik sebab nak beli tiket ke Jakarta pagi esoknya. Selesai beli tiket LH cari kedai makan dan jumpa kedai makan tepi jalan. Kawan-kawan pesan jangan makan dekat gerai tepi jalan di Indonesia tapi entah macam mana LH boleh pergi makan dekat kedai tepi jalan. LH masuk dengan kawan-kawan lain dan perseketiran kedai macam, oh kenapa aku masuk sini?

Yang jaga kedai tu makcik muslim sebab pakai tudung jadi LH berdoalah muslim. Makcik tu pun baik orangnya dan ramah.

LH tak tau nak makan apa, sebab nama-nama makanan dia pelik. Lepas tu mak cik tu cadangkan Nasi Gudeq. LH setuju. Nasi Gudeq menjadi sarapan merangkap maknan tengahhari. Rasa dia boleh tahan dan pada LH sedap ada nangka dan daging lembu. Rasa dia agak manis untuk gulai rakyat Malaysia. Sebelum makan bukan setakat doa makan, ayat kursi pun LH baca takut lah kan negara orang. Dan alhamdulillah sampai balik Malaysia perut LH sihat.

Waduh!! Kalau cerita bab makan panjang berjela. Jom layan gambar TRANS STUDIO BANDUNG.










sesuatu yang harus korang cuba kalau masuk sini


Kalau minta pendapat LH,LH rasa Taman Tema Genting lebih menarik. LH pun tak pasti kenapa mungkin faktor usia yang dah makin menginjak ke usia dewasa antara penyebab LH makin kurang dengan aktiviti macam ni. Lepas habis main 2 game kalau tak salah LH, LH sekadar jalan-jalan ambil gambar dan tunggu yang lain. Pada yang tak suka aktiviti macam ni jangan membazir. Cukup sekadar pergi depan tu dan ambil gambar dan balik. LH dah lupa dengan harga tiket. Ampun ya. Malah harga teksi ke Trans ni pun LH da lupa tapi kalau tak salah LH berjaya dapatkan harga kurang dari 100 ribu rupiah walaupun jalan sesak. Pastikan deal harga sebelum setuju.

Balik dari TSB LH dan kawan2 ke Pasar Baru beli telekung. Habis berborong balik hotel dan rehat. Gila penat. Duit LH dah habis masa ni. Tengah pikir camna nak buat sama ada nak tukar kat money changer atau withdraw saja. Sekali kawan LH inform kata boleh withdraw duit dari ATM tanpa sebarang caj. Cari bank yang ada lambank maybank kecik saja. Bri Bank kalau tak salah LH.

Ini buka trip Jimat. Jangan contohi. Hahahahaha....

Malam tu LH makan tepi jalan lagi. Hati kental perut waspada. Gituh!!

Jalan-jalan cari kedai semuanya kedai tepi jalan saja dan alhamdulillah semua sihat. Cuma pastikan kedai tu halal yer. Sebab ada kedai yang jual katak.

 Waiter kedai

 Kangkung hot plate


 Masih hidup!!(Ni belum dimasak dan bukan menu kitaorang)


 tepi jalan kan?


 Nasi goreng


Ikan Gurami aka Ikan Kaloi. SEDAP!!

Balik hotel terus tidur sebab besoknya train ke Jakarta paling awal pukul 5.30. Pukul 4.00 pagi kitaorang dah bangun dan berjalan kaki ke Stesen Bandung tanpa sesat. Bangga tak sesat.
Nasihat untuk korang,sebelum makan Bismillah ye.

Pagi-pagi naik keretapi ke Jakarta. Kelas Eksekutif. Harga tiket rabak poket. 


EXECUTIVE x?

Sampai situ sahaja. Bye bye Bandung, Welcome Jakarta..

Kisahnya | Trip ke Koh Lipe (SOLO)

UPDATE: 16/2/2015@ DAMMAM , KSA

Hah malasnya nak sambung cerita pasal Yoyakarta... Sebab trip dah lama. hehehe

Di kerajinan LH ni Lh nak cerita pasal Koh Lipe sebab trip ni xbasi lagi. Pantai yang memutih dan laut yang jernih masih jelas dalam kepala otak.

Ini trip pertama LH pergi solo. SOLO ok. Sesorang meredah Thailand dengan berbekalkan sedikit ilmu sajo. Walaupun cuak gementar segalnya lah tapi mengenangkan laut Koh Lipe yang Ohsem tu hilang semua perasaan tu.

Trip ni LH pergi masa 27hb April 2014 dan perancangannya balik 29hb April tapi tergendala. Itu nanti LH cerita kemudian.

Banyak cara sebenarnya nak ke Koh Lipe ni. Antara jalan yang ada dan LH tau:-

Langkawi

Orang Malaysia boleh ikut Langkawi kalau nak ke Koh Lipe direct dari Malaysia. Langkawi ada menyediakan perkhidmatan bot laju berharga RM240 pergi balik. Tiket ni korang boleh book online dari laman web telaga harbour. Telaga Harbour ni jeti untuk ke Koh Lipe. Bukan jeti Kuah yer.Tiket pastikan korang beli awal sebab sangat laris di pasaran. Sangat-sangat laris. Masa LH pergi tu tiket pergi habis dan LH cari alternatif lain iaitu melalui Satul. Pada yang duduk KL atau memana area lain di Malaysia boleh naik flight ke airport Langkawi dan ambil teksi ke Jeti Pearl Harbour. Harga teksi lebih kurang RM30. Jeti ni juga dikenali Awana Portal Malai,Pantai Kok. Tiket ada 2 waktu pagi dan petang. Pagi pukul 9.30 am dan petang pukul 2.00pm.

Satul/Satun
Ini jalan yang LH amik untuk ke sana. Disebabkan kehabisan tiket dari Langkawi terus ke Koh Lipe terpaksalah LH berhempas pulas melalui jalan Satun. Memandangkan LH da beli tiket flight ke Langkawi jadi LH amik bot ke Satun dari Langkawi berharga RM30 dan perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Kalau yang drive kereta boleh ambil bot ke Satun juga dari Jeti Kuala Perlis tapi LH tak pasti harganya. Kalau tak salah RM100.

Sampai di Satun(Jeti Tammalang) kena ambil teksi pulak ke Jeti Pak Barra iaitu jeti yang menghubungkan Koh Lipe. Teksi ke Jeti PakBarra mengambil masa 1jam dengan harga RM80. Kalau pergi reramai kira boleh jimatlah sebab boleh kongsi. Sampai Jeti Pak Barra jangan lupa bayar 20baht untuk masuk jeti yer dan sampai jeti Koh Lipe juga kena bayar 70baht. Duit sajo diorang ni.

LANGKAWI-->SATUN (JETI TAMMALANG <jalan darat naik teksi>JETI PAKBARRA)

PAK BARRA --> KOH LIPE

Selain laluan ni LH ada juga terbaca yang ada laluan ke Koh Lipe ni melalui Penang,Krabi dan Koh Lanta. Cuma harga dan tempoh perjalanan LH tak pasti.

Jeti Tammalang

Meh LH story mory kat semua susah payah LH nak ke Koh Lipe. Lepas turun di airport Langkawi LH amik teksi ke Jeti Kuah. Tujuan ke Jeti Kuah ni sebab nak sewa motor nak ke rumah saudara di Langkawi sementara menunggu bot jalan. Sampai langkawi 8.30 pagi dan bot ke Satun pukul 1. Jadi Lh sewa motor dulu dan lepak rumah saudara. Pada yang tak ada apa nak di buat boleh sewa motor dan jejalan sekitar Langkawi sementara menunggu bot boarding. #makcik kaunter pesan "boarding pukul 12.30 yer dik"

Siap jejalan LH pon beredar semula ke Jeti Kuah, dan fefeeling nak check in. Sekali gate tak buka pon lagi. Untuk panduan masuk saja dalam jeti kuah tu korang boleh tengok sign board nak naik bot ke Satun. Korang jalan saja ikut arah yang sign tu tunjuk. Kemudian tunggu lah situ sampai cik kastam buka gate. 

Bila cik kastam buka saja gate urusan macam biasa tunjuk passport kemudian masuk bot. Takpayah nak scan2 beg bagai.

Alkisahnya LH ni baru habis keje malam masa hari pertama tu. Makanya tak tidur lah malam tu. Bila sampai Langkawi pun tak lelap pun. Naik bot ke Satun pun lelap kejap-kejap saja. Sampai Satun LH da pening lalat. Hah gelabah kejap. Konfius kejap. Betul ke Jeti ni. Turun dari bot saja di Jeti Tammalang tu LH macam menggagau jap kat mana ni. Pastu LH tunjuk tiket bot ke Koh Lipe dan orang kat jeti tu cakap kena naik teksi ke Jeti Pak Barra. LH diam menyepi. Berfikir sejenak. Ok betul memang itu yang LH baca. Lepas cek passport di imegresen Satun LH di tawarkan teksi dengan harga 800baht lebih kurang RM80. Disebabkan ada sejam saja lagi sebelum bot di Jeti Pak Barra berlepas LH dengan selamba terus setuju.
Maka naiklah LH dengan teksi yang ditawarkan.

Korang tau apa jadi?

Teksi dia kalah kereta uzur. Cuak kejap. Bleh ke sampai?

Yang bestnya lagi,ada beberapa sketsa menarik di tengah jalan. 3 kali teksi tu mati!!!

MINYAK HABIS!!!

Mulut LH tak berenti baca ayat seribu dinar moga-moga sempat sampai di PakBarra sebelum bot jalan. Selepas pakcik driver bertungkus lumus masukkan minyak dan alhamdulillah LH sempat sampai di Jeti Pak Barra 2 minit sebelum pukul 3 petang waktu Thailand. Bila sampai tunjuk ticket yang korang print pada agensi yang berkenaan. Macam LH di bawah syarikat Bhundaya maka carilah kedai nama syarikat tersebut. Terus lah catwalk ke jeti dan bayar 20baht kat kaunter jeti untuk masuk ke jeti. Jom layan Gambar sekitar Jeti Pak Barra.






LH tak sempat nak ambil gambar depan Jeti PakBarra sebab kejar bot. Bila masuk dalam botnya lambat lagi tapi tak berani nak keluar balik ambik gambar sebab jauh ke depan. Kang terlepas bot. Kuikuikui...

Sampai kat jeti korang tanya saja sesapa yang pakai nametag bot korang mana satu nanti dia akan explaine. Beg nanti akan dikumpul satu tempat untuk di uruskan untuk naik atas bot. Korang boleh melenggang.

Sepanjang perjalanan LH tetap tak boleh tidur. Bot laju yang amat dan ombak yang amat tinggi walhal belum monsun lagi tapi mungkin dah petang. Jadi sapa yang tak tahan pukulan ombak tu lebih baik ambil tiket pagi.

Sampai di Koh Lipe selepas 2 Jam perjalanan dan di Koh Lipe airnya tenang. Bot laju tak boleh masuk sampai ke pantai dan LONGTAIL BOAT akan jemput korang. Tapi...

Dekat jeti Koh Lipe ni ada kaunter untuk korang bayar pengeras. Pengeras ni lebih kurang macam cas untuk masuk kawasan terjaga la. Lebih kurang 70baht. Kemudian Naiklah longtail bot ke pantai. Biasanya bot akan mendarat di Sunrise Beach. Koh Lipe ni ada tiga pantai iaitu Pattaya Beach,Sunrise Beach dan Sunset Beach. Pattaya Beach paling meriah. Jom layan gambar.









Ok cantikkan? Gila ohsem pulau dia. Alhamdulillah LH selamat sampai kat sana secara solo. Nanti bila dah siap edit gambar dan video LH akan buat satu lagi entri pasal KOH LIPE.


p/s: LOW SEASON bermula MAY sampai OKTOBER. Harus diingat tiket bot juga berkurang masa ni.

FACEBOOK LH: LANGSIR HITAM 

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images