Dapur Teruna | Kerabu Perut Mudah

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sarapan apa hari ini? LH makan apa yang ada saja tadi. Hari ini LH nak kongsikan menu atau resipi kerabu perut. Siapa suka makan perut? Bak kata teman serumah LH,LH ni suka makan makanan eksotik. Hahahahaha.


Perut ini sebenarnya perut kitab(panggilan orang kg), Perut yang putih tu. Kalau perut lilit yang usus tu. Yang tu biasanya bila balik kg saja LH makan sebab kena bakar. KL susah mahu buat. Kerabu ni hari tu LH buat sebab nak habiskan sisa perut yang ada dalam peti. Dari buang baik buat sesuatu yang semua bolehmakan. Sebab kalau rebus kosong dan cicah air asam teman serumah LH tak makan. Jadi LH amik keputusan buat Kerabu. Kerabu ni LH namakan Kerabu Perut Mudah. Sebabnya main campak sahaja. Jom kita intai resepinya.





Bahan-Bahan

1. Perut 2 keping(saiz tapak tangan)
2.Tomato 2 biji
3.Bawang besar (Dimayang)
4.Bawang putih di tumbuk halus
5.Cuka satu SDB
6.Garam dan Gula secukup rasa
7.Serbuk kacang tanah *pilihan


Caranya

1. Rebus perut tu terlebih dahulu selepas dicuci sehingga masak.
2. Potong perut tu menjadi bahagian kecil-kecil.
3. Masukkan dalam bekas yang agak besar untuk digaulkan. Masukkan bawang putih,bawang besar,cili potong, dan perut. Gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan cuka,gula,dan garam dan gaulkan lagi. 
5. Pada yang suka rasa kacang tanah boleh masukkan kacang tanah.
6. Biarkan campuran sebati selama 1/2 jam sebelum boleh dimakan.


Selamat mencuba

Kisahnya.. | Moga Kesihatan Berambah Baik

Assalamualaikum
Salam Sejahtera

Apa Khabar semua? LH kat rumah ni alhamdulillah sihat hendaknya. Cuma agak serabut kepala dengan aktiviti yang sedia ada. Lama LH tak bersiaran. Asal nak bersiaran saja ada yang mengganggu. Malam ini pun bersiaran pada masa dan ketika berehat dari menelaah assignment. Haish susah sungguh assignment sem ni. Moga dipermudahkan hendaknya.

Hah,apa kena dengan kesihatan ni?Sebenarnya begini kisahnya. Malam LH nak drive balik KL dari kampung hari tu,nenek LH tetiba jatuh sakit. Nenek LH memang dah ada stroke,tapi keadaannya tidaklah seteruk mana sebab masih boleh makan minum sendiri cuma tak boleh berjalan dan bercakap saja. Malam tu masa LH dah siap-siap nak balik tetiba nenek macam tak sedarkan diri. LH macam tak sedap hati sebab bila LH cek tekanan darah dan nadi macam tak normal. nadi dia semacam saja. Tapi LH diamkan saja dan tak beritahu mak sebab tak nak mak runsing sangat. Nenek muntah-muntah kemudian tak sedar sepenuhnya. Kiranya kalau cek GCS tu dalam 8 saja rasanya boleh bagi. Fikir-fikir dan fikir LH tetap kena balik juga sebab sebelum ni nenek penahalami benda ni tapi tak lama cuma kali ni lebih lama. Dalam perjalanan pulang LH cuma boleh berdoa agar semuanya dipermudahkan.

Sampai Tapah,mak LH telefon. Hati makin risau. "Nenek muntah darah dah dua kali". Hah!! " Tel ambulans" Itu saja yang LH boleh suruh buat. seketika kemudian mak telefon lagi dan bagitahu nenek dah admit.

3 hari di hospital macam-macam yang berlaku. LH tetap tak pulang ke kampung sebab bos LH cakap emergency leave bukan untuk nenek. Lagipun bukan kes kematian nak ambil leave. LH redha. Lepas 3 hari di wad nenek pun keluar dan nenek jadi macam tu sebab najis nenek banyak sangat terkumpul kat dalam usus. Nenk buang air besar macam biasa cuma apoa yang dibuang cuma 1/3 daripada kuantiti asal. Macam-macam kan?

LH cuma terkilan dengan pengurusan doktor kat hospital tu masa tu. Ahli keluarga LH dan buat aduan kata nenek meneran sakit tak boleh kencing tapi doktor tetap tak datang. Walhal masa tu bukan lepas pukul 5 lagi. Kalau lepas pukul 5 boleh diterima akal juga sebab tinggal doktor oncall saja. Last-last LH on9 sendiri dengan doktor tu. Tanya kenapa tak ada apa-apa tindakan. Barulah kelam kelibut. Bukan nak berlagak sombong tetapi bila keadaan macam ni kena atas batang hidung sendiri sesiapa pun akan sakit hati. Percayalah.

2 hari di rumah,lain pulak jadinya. Selera makan nenek hilang. Tak nak makan dan hanya minum. Masuk hari ke tiga di rumah nenek mengadu sakit pada bahagian kaki yang tak lumpuh. Sakit sampai menangis nagis. Kakinya sejuk dan kebiruan. Semuanya diceritakan oleh mak masa telefon LH. LH risau ada blok dekatsaluran darah nenek. LH terus suruh telefon ambulans. Pergi hospitallepas ambil darah dan buat scan. Kata doktor ini semua kesan dari kejadian tempoh hari dan perkara ini akan berulang dan doktor suruh mak bawa pulang saja nenek. Ya Allah,masa mak bagi tahu tu,LH terduduk sebab telahan LH betul.

Sekarang semuanya berserah pada takdair. Keadaan nenek makin baik dari hari tu cuma kakinya tak smebuh balik. Dia asyik mengadu sakit. Dan kaki dia terus-terusan kesejukan. Kami sekeluarga hanya mampu berdoa dan berserah. Andai ini penghujung hayatnya dan ini keputusan terbaik dariNYA kami sekeluarga redha.

Moga dipermudahkan segala urusan. Amin

Dapur Teruna | Nasi Rendang versi Teruna

Assalamualaikum semua.

Nasi Rendang

Selamat malam.. Hari ni LH agak sibuk menguruskan kereta ayah. Aircond dia ada masalah. Besok dah la nak jalan jauh. Kereta LH pulak secomel LH saja jadi tak muat reramai. Hahaha..

Hari ni LH nak kongsikan satu menu yang dah lama ada dalam draft LH ni dan resipi ni sangatlah mudah. Serius kalau korang tak pandai masak tahap buta masak pon boleh buat. Caya sajalah. Nama memang gempakkan. Nasi Rendang. Kelas kau jah!.. kuikuikui... Sebenarnya sangat simple mimple tahap bujang trang tang tang. Haaaa gituh... *Over pulak.

Nasi Rendang ni mak LH selalu sediakan dekat LH masa zaman sekolah rendah. Masa tu mak kerjakilang jadi masa agak terbatas nak sediakan sarapan. Lagipun LH bukan dari golongan berada. Makan saja apa termampu.

Menu sarapan

Ok jom kita tengok sikit apa yang senangnya.

Bahan-bahan

1. Nasi putih yang dah sejuk. (Lebihan nasi)
2. Bawang putih (dihiris nipis)
3. Bawang merah (dihiris nipis)
4. Minyak 2 SDB
5. Garam secukup rasa

Caranya

1. Gaulkan garam dengan nasisebelum mul menggoreng.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang sehingga keperangan.
3. Masukkan nasi dan goreng sehingga nasi tidak lagi melekit antara satu sama lain.



Kuah banjir lagi best..

Senng tak? haaaa senang cerita, Nasi Rendang ni ialah nasi goreng biasa sahaja tetapi LH tak pasti kenapa keluarga LH panggil nasi ni NASI RENDANG. Nasi ni LH suka makan dengan sardin yang masin sikit. Sebab nasi ni dia macam kosong. Mak LH masa dulu dia suka makan dengan minyak goreng lauk tu. Lemak-lemak rasanya. *Sangat tak bagus untuk kesihatan.Tapi sekarang dia tak amalkan dah sebab tak tahan dengar bebelan LH.hahahahaha..

Selamat mencuba..

Kisahnya.. | Genting Bersama yang Disayangi

Assalamualaikum..

Lamanya LH tak bersiaran dan hari ini LH bersiaran dari kampung. Hari-hari LH makin sibuk dengan aktiviti harian. Baru-baru ni LH bawa 3 adik LH ke Taman Tema Genting. LH dah kali ke empat dah. Yang bertiga lagi tu kali pertamalah. LH pergi hari Sabtu yang lepas. Rancangan awal nak pergi hari Isnin masa Thaipusam tapi memandangkan LH nak jimatkan cuti LH sebab nak balik kampung awal sikit jadi LH ubah rancangan pergi hari Sabtu.

LH tak pergi dengan kereta sebab bukan nak bermalam pun. Lagipun pergi dengan bas lebih menjimatkan. Sangat menjimatkan untuk yang bujang. Kalau family yang besar mungkin pergi dengan MPV masing-masing lebih menjimatkan rasanya.

LH beli tiket awal 2 hari sebab risau tiket habis. Rancangnya pergi bas yang pertama dan alhamdulillah masih ada kosong untuk tiket tu. Naik di Pudu Sentral. Tempat bertolak ni sebenarnya ada banyak pilihan. Korang boleh pilih sama ada nak naik di Pudu,KL Sentral,One Utama,Kajang dan Stesen Lrt Gombak. Tetapi masa perjalanan adalah berbeza. Tiket tidak boleh dibeli on9 atau tempah melalui telefon dan hanya boleh dibeli melalui kaunternya sahaja. LH amik yang pakej punya sebab menjimatkan. Bukan kedekut ya! Tetapi lebih menjimatkan. Pakej ni menawarkan perjalanan bas pergi dan balik,tiket kereta kabel pergi dan balik dan tiket masuk ke outdoor theme park. kalau nak masuk indoor korang boleh beli di sana dengan harga RM 32 sahaja. Jadi harga untuk pakej ni ialah RM 58sahaja. Murahkan. Cuma masa beli tu akak jaga kaunter tu cakap bulan ni mungkin bulan terakhir pakej ini ditawarkan. Dulu ada sekali LH pergi dengan pakej ni juga, termasuk indoor theme park hanya dengan harga RM 47 sahaja. Tapi nasihat LH rancanglah perjalanan andan dengan baik. Sebab kalau pergi hari cuti memang sangatlah ramai. Tapi alhamdulillah LH ambil tiket paling awal dan bila sampai mainan baru tengah buka,dan LH dan adik2 dapat main dengan aman tanpa perlu beratur panjang. Serius panjang wei kalau dah ramai. Tepat jam 2 petang LH dan adik2 dah balik sebab dah selesai mencuba semua permainan indoor dan outdoor. Melampau tak? Dan yang paling best LH dah berjaya naik Space Shoot untuk kali pertama. Hahahaha.. ok.. Jom kita tengok Gambar.









...perjalanan pulang yang agak menyeramkan...

Dah selesai... Jom balik...Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik selamat..

Terima Kasih pada adik-adik yang disayangi...

!. Mohamaad Fikri Tugiman
2. Nur Atiqah Alias
3. Nur Aqilah Alias

p/s: Siapa penah makan 'NASI RENDANG'?

Kisahnya.. | Status : Tak Sempat

Selamat Pagi dan berhari minggu semua.

Kelakar saja bila nak buat entri ni. Semalam LH ada cek LH punya barang order tu kenapa tak sampai-sampai sebab dalam track sistem diorang cakap dahkeluar untuk di edarkan. Sampai petang LH tunggu tak jugak sampai. Jadi malam tu LH pun ceklah kat mana barang tu. Sekali tahu apa yang keluar?



Bahagian yang hujung tu yang buat LH kelakar. TAK SEMPAT. Adoi.. Letakla yang best sikit. worldwide punya serviskan.Kalau orang 'obesea' yang cek camna?Diorang faham ke 'TAK SEMPAT'?...hehehehe... 

Mungkin dia kelam kabut nak balik kot. Semalam kan hari last kerja. Harini cuti. LH tak kisah pun. Cuma kelakar tengok status dia. Harap2 barang sampai Isnin ni.


p/s: Swis Roll Polkadot saya dah jadi!

Dapur Teruna | Kuey Teow Sup Thai(Siam)

Assalamualaikum,selamat petang semua... Sihat?Moga sihat hendaknya. Cewah.. Macam nak mengacara pulak. kuikuikui..


Hari dah 10 Januari 2013. Cepat masa berlalukan. Baru 10 hari dalam tahun baru rasa dah macam-macam yang berlaku. Banyak pulak aktiviti aku bulan Januari ni. Tadi pagi aku bangun saja terus jalan-jalan seorang diri. Korang tahu ke mana? aku 'blogwalking' lah. Saja mengintai tengok apa yang menarik di sana.Maklumlah blog ni kan blog baru,jadi mana na ada followers lagi. Sebelum nak ada followers biar aku follow diorang. Tengah jalan-jalan tadi baru aku tersedar akan inti pati blog aku ni. Tajuk blog Bachelor's Diary,tapi penuh dengan resipi saja kan? hehehe... Ok,lepas ni aku campur adukkan segala aktiviti ok.



Tadi pagi kawan dari Kedah telefon ajak keluar. Walaupun malam ni kena kerja,keluar jugaklah dah kawan datang dari jauh. Tak elok pulakkan.Aku pun mengemaslah apa yang patut sebelum keluar. Takkan nak tinggalkan bilik bersepah pulakkan? Betul tak?



Mengemas punya mengemas sampai ke dapur aku mengemas dan sekali aku teringat sesuatu. Ada menu menarik dari utara yang aku nak kongsikan. Menu ni semua gara-gara kawan sekerja akulahyang asal dari utara bawak masa kerja. Kuey Teow Sup Thai atau Kuey teow Sup Siam. Kalau balik kampung aku mesti pergi beli dekat 'nat' (pasar tani pagi) hari Sabtu di Balai Baru. Siapa orang Perlis mesti tahu. Kat sana ada satu kedai yang best jual ini makanan. Siapa yang nak cuba jom kita tengok resipi.

Bahan-bahannya.

Kuey teow satu bungkus
Kangkung 1 ikat (Dipotng dan dicelur)
Serbuk Paprika
Serbuk Lada hitam
Kacang tanah (dikisar halus)


Sup Ayam

Isi ayam
Bawang Besar1 biji (dibelah 4)
Bawang Putih 3 biji dihiris halu
Halia satu inci
Lada sulah 1/2 sdb

Cara-caranya

Rebus ayam tanpa air dengan halia dan bawang sampai ayam separuh masak. Ini petua mak aku sebab nak elakkan bau ayamyang kuat sangat. 

Masukkan 3 cawan air dan serbuk lada sulah. Biarkan mendidih dan ayam empuk. Serbuk perasa dan garam jangan lupa yer. Ini sendiri punya rasa. Toskan Isi ayam tadi dan carik carikkan dan asingkan daripada sup.

Bila sup dah siap ketepikan. Bersihkan kangkung dan celurkan.Jangan terlampau lama nanti dia hilang rangupnya. Ketepikan.

Goreng bawang putih yang dah dihiris sampai garing dan keperangan.Isi dalam bekas termasuk minyak menggoreng sekali. Ketepikan.

Bila semua bahan dah siap. Bolehlah isikan Kuey Teow tu dalam mangkuk dan isikan semua bahan-bahan yang dah disediakan tadi. rahsia kesedapan makanan ni pada aku sebenarnya terletak pada serbuk paprika tu. Kalau pakai yang halus sangat dia kurang umph. Kalau dapat beli yang sederhana kasar memang sedap.

Pada yang kurang gemar rasa bawang putih,taknak taruk pun tak apa.

Selamat mencuba. Nak bersiap nak ke Ikea cari pinggan baru. Gigih tak aku platting?




p/s: Nanti saya bahasakan diri cik itam lah. Xsenonoh pulak bahasakan aku. Macam kasar kan?





Dapur Teruna | Profiteroles Si Bujang

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Sihat?
Aku sihat saja.

Kisahnya semalam teringin nak makan profiteroles(jenuh belajar menyebut dengan hsmate). Ni semua gara-gara tertonton Anna Olson punya rancanganlah ni. Korang ada tengok tak channel AFC tu. Huish dia punya eclair dengan profiteroles mantap sangat. Rasa mennilat jari sangat. Kena pulak masa aku balik kerja semalam hsmate aku da prepare nak buat Red Velvet katanya. Lagi lah membuak semangat aku nak menyibuk. Hahahahaha... Jadi aku pun mengigihkan diri walaupun tekak rasa perit sebab sakit tekak dan badan seram sejuk nak demam. Yang bestnya buat benda alah ni ialah bila filling tu. Haishh.. Aku suka sangat part tu. Satu filling satu masuk mulut. Hehehe... So korang nak tau resepinya? Resepi ni aku tengok dari blog kegemaran blog Masam Manis dengan blog Citarasawan. Aku tengok resipi diorang dan aku gubah cara aku sendiri. Aku kan amatur. Hehehe.. Jom kita tengok macam mana nak buat benda alah bernama profiteroles nih.

Bahan.

1. Air 120ml
2. Susu segar 50ml
3. Mentega 80g
4. Tepung gandum/tepung kek 100g
5. Esen vanila 1/2 tsp
6. Telur saiz A tiga biji


Caranya-

Mentega tu korang cairkan dengan susu dan air tu dengan api yang slow. Slow jer. Bila dah cair korang kacau.

Tutup api dan masukkan tepung yang dah di ayak tadi ke dalam mentega yang dicairkan dengan susu dan air tadi. Aku ikut petua kak Ita,masuk jer tepung terus kacau sampai tak melekat dekat periuk.

Bila dah sebati buka api sekejap,dan kacau sampai ada warna putih lekat dekat dinding periuk.

Pastu angkat dan swjukkan. ( boleh lah g ngemas dapur korang tu sementara menunggu benda ni sejukkan)

Bila dah sejuk korang masukkan sebiji telur dan pukul sebati. Kemudian masukkan telur yang selebihnya satu satu sampai adunan boleh dipipe. Adunan dia lembut tapi macam liat liat sikit.

Kemudia bolehlah dipipekan atas loyang. Jangan lupa panas kan ketuhar korang sebelum membakar yer. Panaskan ketuhar pada suhu 200c. Kemudian bila membakar turunkan suhu ke 190c dengan api atas bawah selama 25 minit.

Owh lupa,sebelum masukkan loyang korang dalam ketuhar,aku basahkan jari aku dengan susu dan tekan muncung tajam adunan tu supaya bila masak dia bulat elok saja atas dia. Basahkan guna air biasa pon bolehhhh...

Thaz to dua blog yang menyediakan resipi menarik ini.  filling dia aku tak sediakan resipi sebab aku beli yang dah siap dekat kedai. Aku guna strawberry filling. Sedap dan kena.

 
Ni rezeki kawan2 kerja hari ni. Selamat mencuba semua.


Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images