Dapur Teruna | Hokkaido Cupcake @ Hokkaido Chiffon Cupcake

Monday, January 07, 2013

Aiseh panjang pulak tajuknya..

Assalamualaikum semua..

Seronoknya bangun lambat..(hehehe tak senonoh..)
Isnin kalau bangun lambat seronok sebenarnya. Lepas Subuh sambung tidur. Pergh..hahaha..(Sapa baca entri ni kat pejabat mesti makan hati)

Ok,hari ni sebenarnya nak cerita pasal cupcake ketiga yang berjaya aku buat. Semuanya disebabkan gambar-gambar blog korang yang hebat itu. Gambar-gambar tulah membuatkan aku nak buat cupcake ini. Sesi mencari dan menjelajah segala blog yang ada pon dijalankan.Dan seperti biasa,tangan ni tetap klik padan Masam Manis punya blog. Kekekeke... Gambar2 kat situ,haish... Cantik sungguh. Terliur aku tengoknya.. Rasa nak buat saja semua jenis resipi yang ada kat situ.

Eh panjang pulak membebel. Resipi ni memang aku ambil dan ikut sebiji dengan apa yang di tulis oleh Kak Ita. Cuma ada sikit aku derhaka iaitu aku tak taruk 80% adunan dalam cup. Dan hasilnya?



Hah jangan nak fikir kek ni bantat yer.. Ni lah kesannya kalau menderhaka. hahahaha... Aku sebenarnya dah test dengan satu cup ni. Aku taruk 80% adunan dalam cup tu. Masa masak tu,terkezut sebab dia kembang walaweh.. Disebabkan terkejut dengan kejadian tu,aku pun masukkanlah 1/2 adunan saja setiap cup. Sekali bila sejuk,kek tu mengempis rupanya,tapi tekstur dia masih sama. Haish.. Takpelah nanti aku buat lagi sebab cream custard ada lagi. Jom kita intai resipinya...



HOKKAIDO CHIFON CUPCAKES

(Resepi asal blog Masam Manis)


4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Sediakan 8 biji ramekins bersaiz besar
Atau boleh juga guna mangkuk kertas cup cake yang keras
Atau boleh juga gunakan cawan muffin

Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain ~ pastikan bekas berkeadaaan kering
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental dan kaku (soft peaks)

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam ramekins atau cawan kertas anggaran 80% penuh
Hentakkan sedikit bekas ramekins utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Hentakkan bekas remakins sekali lagi dan biarkan kek sejuk
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega

1 sudu teh esen vanila - ita tambah

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula ke dalam mangkuk.
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi.
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi.
Masak sehingga pekat.
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata.
Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.







p/s: Kak Ita mohon copy yer..

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images